Orang kata;
"God gives the hardest battles to His strongest soldiers."
Oleh itu,
di saat engkau merasa down, terduduk dan hampir tertewas…
lagi merasakan betapa hina dan loser nya dirimu,
dalam melayari ombak badai samudera perjuangan….
bertahanlah! Dan janganlah sesekali berputus asa
bahkan sambung dan paterilah asa mu itu
sekuat-kuatnya….
seketat-ketatnya…
seerat-eratnya…
kerana ujian Tuhan tak akan pernah melampaui batas kemampuanmu…
bukankah itu sudah menjadi janji nan benar dari Tuhanmu?
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
lantaran hanya "tentera-tentera"-Nya yang terbaik,
yang dipilih oleh Dia untuk berjuang dan berjuang dan terus berjuang…
mempertahan dan mendaulatkan agama-Nya
hingga bisa beroleh sebuah keredhaan
Apakah kau ragu akan pemilihan-Nya?
Apakah kau tergamak mempertikaikan pemilihan-Nya?
Maka,
semakin sesak halanganmu itu…
semakin sulit penghadang itu…
semakin besar musykilah mu itu…
justeru,
semakin kuatlah Dia memanggil-manggil jiwa mu
untuk mendekat dan berharap hanya kepada-Nya
Kau tidak lagi bersandarkan kepada kekuatanmu…
sebaliknya, sebulatnya, kau bersandar kepada kekuatan Yang Esa
kerana وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
"mana ada pertolongan, melainkan daripada sisi Allah"
Kerana..
when the going gets tough…
the tough gets going….
kau tetap berjuang hingga titisan darah atau peluh atau asa yang terakhir
"panji" pun akan tetap tegak, biar jasadmu sendiri telah jatuh tersungkur
hingga…..
tatkala seakan tiada lagi daya mahu pun upaya….
datanglah janji Allah….
حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا
جَاءَهُمْ نَصْرُنَا
فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ ۖ
وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ
"sehingga, apabila para rasul itu hampir berputus asa
Dan merasa bahawa betapa mereka telah didustakan
Lalu datanglah perolongan Allah….
Yang menyelamatkan sesiapa yang kehendaki-Nya….
Dan tidaklah dapat para pendosa itu
Untuk menolak azab yang akan menimpa mereka semua"
Lantas…
Ingatlah!
Betapa God gives the hardest battles…
to His strongest soldiers
And you my friend, are definetly one of them
….insyaAllah
(p/s - artikel tiada kena mengena dengan gambar)
Salam Ustz.. jzklh atas seni kata semangat di atas buat hamba yg sedang diuji ini..
ReplyDeleteSesunnguhnya artikel ustaz selalu menjadi penguat semangat ana lantaran diuji sedikit dgn dunia.Memang selalu.. bukan kebetulan..mungkin krn kesan title murabbi seketika dulu..mgkin sebentar tp keiklasan itu sampai ke ruhani mutrabbi/yah
Sesunngguhnya tidak dinafikan Ustaz adalah murabbi ana selepas Rasulullah saw.Semoga kejayaan ustaz mengiringi kejayaan mutarabi/mutarabbiah yg lain seterusnya.Sampaikan salam buat K.Hanani.
(Kenangann Kolej Mara Kulim 2002/2003- mlina311@yahoo.com)
wa'alaikumus salam warahmatullah
ReplyDeleteJazakallah khairan mlina. Moga Allah tsabatkan dan istiqamahkan kita semua