Followers

Monday, December 3, 2012

Kekuatan Jiwa

Semalam, kami ber"halaqah" seperti biasa. Saya, pada tengaharinya, meng-sms "adik-adik" saya bahawa saya kurang sihat, mungkin tak dapat datang. Tapi saya akan usahakan juga untuk datang, dan Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya untuk datang. "Adik" saya pula keletihan, dek kerana ber-rehlah pada waktu siangnya.

 

Dalam keadaan masing-masing nak demam dan/ atau keletihan, lalu apa yang mendorong kami untuk tetap hadir meneruskan agenda perjuangan? Jawabnya; kekuatan jiwa! Kerana bila jiwa itu kuat, maka jasad akan mengagahkan diri mengikutinya. Lalu kita kan tetap berharakah, bergerak dan berjuang demi meraih sebuah keredhaan.

 

 

Itulah sebabnya, oleh ALLAH Azza Wa Jalla, diingatkan agar para rabbaniyyin untuk menguatkan jiwanya. Kerana kemudian akan beroleh kegagahan jasadnya. Lalu terus membangun harakahnya. Firman Allah;

 

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat/ jiwa akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga/ jasad dan tidak pula statik (tidak berharakah) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar."

(Surah Ali Imran [3]:146)

 

 

Benarlah kata Iqbal. "Bila roh kamu kuat, jasad akan keletihan mengikutinya." Maka kuatkanlah roh (jiwa) kalian wahai sahabat!

 

2 comments:

  1. Assalamualaikm. Subhanallah, utk memiliki kekuatan jiwa bukannya semudah kata-kata.. Mungkin ustz boleh post artikel berkenaan membina kekuatan jiwa pula..Jazakallah...

    ReplyDelete