Followers

Wednesday, December 19, 2012

31 Hari

Alhamdulillah, semalam saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Cumanya, saya mengambil masa 31 hari untuk berbuat yang sedemikian. Ertinya, terlewat satu hari daripada "syarat" yang disebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna kepada ikhwah-ikhwahnya di dalam Al-Wajibat (kewajipan al-Akh Muslim). Ini berdasarkan hadith yang mana Nabi SAW memberitahu Abdullah bin Amr bin 'Ash (R.A) seperti yang berikut;-

 

"Tamatkanlah Al-Quran dalam waktu satu bulan."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Rasulullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu dua puluh hari."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu sepuluh hari."

 

Saya (Abdullah) berkata:

"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

 

Rasulullah SAW bersabda:

"Tamatkanlah dalam waktu seminggu, jangan kurang dari itu. Pada isterimu ada hak yang harus kau tunaikan, pada tamumu ada hak yang harus kau tunaikan, dan pada tubuhmu ada hak yang harus kau tunaikan"

 

Saya (Abdullah) berkeras, Rasulullah SAW juga berkeras, lalu baginda bersabda:

"Sungguh engkau tidak mengetahui, mudah-mudahan umurmu panjang."

 

Saya pun pergi dengan memegang teguh apa yang dikatakan Nabi SAW. Tatkala saya sampai pada usia uzur, saya berpikir seandainya ketika itu saya menerima keringanan dari Nabi SAW."

 

(HR Bukhari dan Muslim)

 

Satu hari kelihatannya tidaklah begitu besar. Tak lah major sangat. Namun, sedar tidak sedar, di dalam angka 1 hari itu, sebenarnya terkandung angka 24 jam. Di dalam 24 jam itu pula, akan membesar apabila diconvertkan ke dalam minit; 1440 minit. Dan menjadi semakin besar, andainya dinilai dari segi saat; 86,400 saat. Ertinya, saya terlewat selama 86,400 saat daripada had maksimum mengkhatamkan Al-Quran. Kalau menurut Imam Asy-Syafi'e Rahimullahi Ta'ala, andai kita tidak tersibuk dengan hal-hal kebenaran, tentunya kita disubukkan dengan unsur-unsur kebatilan. Unsur-unsur kelalaian. Dan kelalaian itu pula, adalah antara sebab-musabab insan memenuhi Neraka, apatah lagi jika kelalaian itu sebanyak 86,400 angkanya!

 

 

Firman Allah:-

 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

(Surah Al-A'raf [7]:179)

 

Sebab itulah, insan harus menanamkan sensitiviti di dalam diri mereka, betapa tidak ada kelalaian yang sedikit, dan tidak ada kedurhakaan yang kecil. Ini kerana generasi salafus solih yang terbaik di dalam sejarah kemanusiaan –siapa lagi jika bukan para sahabat- menyebutkan (seperti yang tertera di dalam kitab Riyadhus Shalihin, no. 63):-

 

Diriwayatkan dari Anas (R.A), ia berkata:

"Sesungguhnya kalian sekarang melakukan perbuatan-perbuatan yang menurut kalian lebih ringan daripada rambut, padahal pada masa Rasulullah SAW perbuatan-perbuatan senacam itu kami anggap termasuk hal-hal yang menghancurkan."

(HR Bukhari, 4692)

 

 

Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Dan bantulah aku agar senantiasa berzikir mengingati-Mu. Senantiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Mu. Dan senantiasa memperbaiki ibadahku terhadap-Mu.

 

3 comments:

  1. salam ustaz, mohon share
    macam mana boleh habiskan dalam sebulan,
    dengan komitmen kerja, keluarga,usrah

    ana rasa sulit sekali

    adakah ustaz baca bersama tafsirannya

    jazakallah khair ustaz

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumus salam

    1) biasakan khatam al-quran selewat-lewatnya sebulan semasa zaman student. sebab kalau tak terbiasa zaman student, maka akan lagi bermasalah ketika zaman dah kerja + berkeluarga

    zaman ana student, ana biasa baca 9 to 10 juz a week, so khatam around 22 to 24 days. So bila dah kerja dan berkeluarga, at least leh maintain 30 hari. Cuma kekadang lari jugak 31 hari... :(

    2) jauhkan hal-hal lagha termasuk tengok tv etc. Pastikan ada quran dalam handphone dan baca during masa-masa terluang

    3) nak mudah, pastikan baca at least separuh juz lepas subuh. sebab lagi separuh juz tu kita leh selit-selit bila ada masa lapang (cuma ana sendiri dah tak amal dah hal ni hoho.. tu sebab kadang-kadang lebih 30 hari gak :( )

    4) usahakan belajar bahasa Arab, agar tak banyak-sikit kita paham apa yang kita baca. Bila rasa macam ada ayat yang menarik, lepas habis baca, capailah tafsir. Kalau time kita sedang di luar, bukalah web www.qtafsir.com dan baca Tafsir Ibnu Katsir tentang ayat tu.

    Wallahu a'lam.

    Ermm...cuma bab nak share tu, rasa malu pulak sebab kantoi mutaba'ah fail :( pepandailah anta edit ayat tu hoho

    ReplyDelete
  3. the focus of this article is the given hadith

    Sesungguhnya kalian sekarang melakukan perbuatan-perbuatan yang menurut kalian lebih ringan daripada rambut, padahal pada masa Rasulullah SAW perbuatan-perbuatan senacam itu kami anggap termasuk hal-hal yang menghancurkan."

    (HR Bukhari, 4692)

    so bukan bilangan hari tu yang utama, tetapi cara kita melihat sesuatu amal/noda besar atau kecik. Harap maklum

    ReplyDelete