Followers

Tuesday, February 19, 2013

Jadilah syeikh Bahasa Arab....

Buat adikku yang berada di bumi Mesir.

 

Jika kau punya sekelumit minat di dalam bidang sastera –dan sastera, menurut Ustaz Anis Matta, adalah salah satu ilmu yang diperlukan untuk mengelola sesebuah Negara, bersama-sama sejarah dan geografi- maka jika bisa ku cadangkan kepadamu, ambillah Bahasa Arab sebagai takhassusmu kelak.Biarpun aku tahu, cadanganku ini pasti tentu kontra dengan sebahagian besar ikhwah-ikhwahmu yang lain, yang lebih condong menyerumu untuk mengambil bidang Syariah, dan yang lain seumpamanya.

 

Tetapi, menurutku, kekuatan penguasaan Bahasa Arab, bisa mengantarmu untuk menguasai bidang Tafsir, atau Hadith, atau Syariah, atau lain-lain ilmu syari’e yang menjadi “siulan” kebanyakan daripada kita.

 

Lihatlah Tuan Guru Nik Aziz. Tok Guru, ketika di Al-Azhar, pengkhususan yang pertama yang beliau ambil adalah Bahasa Arab[1]. Barangkali, kelebihan Bahasa Arab Tok Guru inilah yang menjadi “rahsia” kuliah Tafsir Tok Guru “stand above the rest.” Lihatlah sahaja kuliah Tafsirnya, dalam mensyarahkan sesebuah ayat Al-Quran, Tok Guru senantiasa bisa mengaitkannya dengan isu-isu semasa tanahair. Hingga, Quran seakan “hidup” dalam kehidupan kita pada hari ini.

 

 

Begitu juga dengan Ustaz Dr. Zahazan, yang kini terkenal dengan kuliah Tafsirnya lewat radio ikim.fm, juga punya background Arab di dalam pendidikan awalnya[2]. Begitu juga lulusan Jordan yang lainnya, seperti Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri -yang kini Setiausaha Dewan Ulama’ PAS- juga bermula dengan degree di dalam Bahasa Arab[3].

 

“Tokoh” (mujaddid Malaysia?) yang “hangat” di “pasaran”, Prof. Madya Dr. Mohd Asri (Dr. MAZA), juga merupakan lulusan Bahasa Arab, sebelumnya menjadi tokoh hadith tanahair. Barangkali, kelebihan Bahasa Arabnya itulah yang menjadikan kuliah hadithnya hidup, tidak stagnant bahkan relevan lagi related dengan kehidupan kita pada hari ini.(Berbanding sebahagian orang, yang hanya memahami hadith secara literal semata-mata.)

 

 

Maka, tentunya kelebihan Bahasa Arab itu, menjadikan pemahamanmu terhadap hukum-hakam (Syariah), atau Quran, atau Hadith, lebih muashirah, bukan sekadar menghafal komen-komen ulama’ terdahulu di dalam kitab-kitab, tetapi bahkan ruh maqasidnya menjadikan dirimu benar-benar memahami kaitan situasinya (seperti asbabun nuzul, asbabul wurud) dengan nash-nash wahyu yang menjadi teras rujukan di dalam memahami agama nan suci ini.

 

Mudah-mudahan, dirimu akan benar-benar bermanfaat, dan menjadi rujukan umat kelak.

 

Dan juga, rujukan buat dirku juga. Huhu…

 

 

-farhan al-banna “kuli kepada dakwah, hamba kepada Allah”-

 

 

RUJUKAN

 

[1]            Jamal Mohd Lokman Sulaiman, “Biografi Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama’ Serta Ahli Politik Malaysia Abad ke 20,” SULFA Human Resources & Development, ms. 16

 

[2]            Zahazan Mohamed, “101 Kisah & Pengajaran Daripada Al-Quran, Al-Hadis & Hayatus Sahabah,” Telaga Biru, biodata kulit belakang

 

[3]            http://syeikh-takiri.blogspot.com/

 

No comments:

Post a Comment