Siri 2 – Surah Al-Kahfi as "a whole"
Tentu ada yang istimewa di dalam Surah Al-Kahfi, sehingga ianya mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah, ia berupaya menyelamatkan manusia daripada kedahsyatan fitnah Al-Masi Ad-Dajjal.
Antaranya adalah hadith sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'i daripada Abu Ad-Darda' R.A:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّال
"Barang siapa yang "hafaz" sepuluh ayat awal Surah Al-Kahfi, dia akan terpelihara daripada Dajjal"
Nah, bagaimana dengan menghafal sepuluh ayat awal Surah Al-Kahfi, bisa memelihara seseorang daripada Dajjal? Adakah bererti di akhir zaman kelak, tatkala Dajjal mendekati mereka yang hafal sepuluh ayat awal Surah Kahfi itu, aka nada some sort of force field lalu Dajjal pun akan terpelanting kerana terlanggar force field tersebut?
Hey, come on la! Jangan la kartun sangat! Sebenarnya mereka-mereka yang hafaz sepluh ayat awal Al-Kahfi itu terselamat daripada fitnahnya Dajja, kerana mereka tak berfikiran sekartun itu! Ini kerana, the hadith mention حَفِظَ yang –biarpun sering difahami oleh kita orang Melayu sebagai "hafal"- ianya lebih tepat diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai "dipelihara", seperti mana yang digunakan di dalam ayat ini:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَـفِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan Az-Zikr (Al-Quran) dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya"
(Surah Al-Hijr [15]:9)
Maka yang diinginkan oleh hadith ini adalah bukan sekadar insan-insan yang memelihara Suratil Kahfi di dalam "kepalanya" atau ingatannya (hafalan), tetapi tentunya memelihara isi kandungan maknanya di dalam kehidupan dan keperibadiannya.
Kerana apa? Kerana ayat-ayat awal Suratil Kahfi berbicara tentang apa? Maka mari lihat world view Suratil Kahfi menurut seorang Syed Qutb di dalam Fi Zhilalnya.
Surah Kahfi ini, menurut Syed Qutb, adalah sebuah Surah yang didominasi oleh kisah-kisah. Ada beberapa kisah yang main di dalam Surah ini, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pemilik Jannatain (dua kebun), kisah Musa bersama al-Abdu ash-Sholih (yang kita kenali sebahai Nabi Khidir), dan kisah Dzul Qarnain. Selain itu, ada juga isyarat tentang kisah Adam dan Iblis, dan sebahagian kesaksian terhadap Hari Kiamat serta kesaksian terhadap kehidupan.
Selain itu, tema Surah Al-Kahfi ini menyentuh tentang tiga tema utama, iaitu tashihul aqidah (koreksi aqidah), tashihul manhaj an-nazhor wa al-fikr (koreksi manhaj analisis dan berfikir) serta tashihul qayyim bi mizan hadzihil aqidah (koreksi segala norma-norma menurut neraca aqidah).
Menurut Syed Qutb lagi, tashihul aqidah ini adalah fi bada-iha (pada permulaannya) serta fi khatamiha (pada pengakhirannya). Makanya ayat-ayat awal (dan akhir) Suratil Kahfi ini memberikan arahan untuk I'lan al-Wahdaniyyah (mendakwahkan tauhid) (dalilnya: ayat ke 14, dan dijelaskan lagi pada ayat ke 26), arahan supaya inkarusy syirik (dalil: ayat ke 37 & 38, dijelaskan lagi pada ayat 43 & 44), isbatul wahyi (dalil: ayat 52) serta at-tamyiz al-mutlaq baina az-dzat al-Ilahiyyah wa dzawatul hawadith yakni "membezakan secara hakiki akan Zat Ilahi serta zat-zat yang baru muncul", dalilnya ayat 102.
Manakala untuk tashih manhaj al-fikr wa an-nazhor, caranya adalah dengan istinkar da'awi al-musyrikin allazina yaqulu "ma laisa lahum bihi 'ilm", dalilnya ayat 4 & 5, kemudian istinkar da'awi allazina la ya'tuna 'ala ma yaqulun bi burhan, dalilnya ayat 15. Terakhir, taujihul insane ila an yahkum bima ya'lam wa la yata'addaahu (arahan Allah kepada manusia agar menetapkan sesuatu sesuai dengan pengetahuannya dan tak melampauinya), dalilnya ayat 19 dan ayat 22. In other words, apa yang selalu dikritik oleh saudara-saudara aliran Salafi kita, iaitu berdakwah haruslah dengan ilmu, ternyata ada juga benarnya.
Sedang koreksi ke atas "norma" berpandukan timbangan aqidah, caranya adalah yaruddu al-qayyim al-haqiqatu ilal iman wa al-amal sholih. Kemudianyashghiru ma adaiha minal qayyim, al-ardhiyyah ad-dunyawiyyah allati tabhar al-anzhor serta terakhirnya hamiyyullah (perlindungan Allah).
Bersambung…
No comments:
Post a Comment