Followers

Friday, May 31, 2013

[JOM!]: Kanta Optik

KANTA OPTIK

 

Saudaraku,

 

Mari kita lanjutkan perbincangan panjang lebar kita berkenaan cahaya, dengan perbahasan kita terhadap "kanta". Semua orang tahu betapa kanta adalah alat optik yang luas kegunaannya. Dan antara aplikasi mudah kanta, ialah pada penemuan alat yang membantu penglihatan mereka yang rabun mata, yakni alat yang kita kenali sebagai cermin mata.

 

Bagi mereka yang menghidap Miopia (rabun jauh), cermin mata yang menggunakan kanta cekung digunakan. Ini kerana mata mereka yang rabun jauh, pembentukan imej jauh oleh mata mereka terjadi di bahagian hadapan retina, yang menyebabkan pandangan mereka pun menjadi kabur.

 

Lain pula halnya dengan para penghidap Hipermetropia (rabun dekat). Imej objek yang dekat akan terfokus di bahagian belakang lapisan retina, lalu mereka memerlukan cermin mata berkantakan kanta cembung, untuk membetulkan atau menclearkan pandangan mata mereka.

 

Dan lagi, aplikasi dan penggabungan bermacam jenis kanta dan segala konsep cahayanya, telah membawa kepada kelahiran alat yang kita kenali sebagai "teleskop." Teleskop, yang cukup sinonim dengan nama Galileo Gallilei ini, sebenarnya ditemui oleh Hans Lippershey, seorang pembuat kanta cermin mata, pada tahun 1608 Masihi. Dengan binaan asas sebuah teleskop ialah dua kanta cembung, yakni kanta objek dan kanta mata, penemuan teleskop ini telah membantu manusia untuk memerhatikan objek-objek yang sangat jauh daripada kita, yang sering kali jauh lebih besar dan gah berbanding kita.

 

 

Dan dengan bantuan teleskoplah, manusia berjaya menemui dan lebih memahami sang bulan, sang bintang, sang planet, dan lain-lain makhluk Allah yang mendiami angkasa raya, yang besarnya tak terkira, yang jauhnya tak terjangkau, yang rahsia-rahsianya masih banyak yang belum terungkap. Lantas, dengan menyedari kehadiran makhluk-makhluk yang menghuni alam maya ini, yang segala-galanya "lebih" berbanding ke"marhain"an diri kiya, seharus dan sewajarnya menjadikan kita terasa begitu kecil, begitu kerdil, begitu lemahnya diri-diri kita ini. Betapa hina dan betapa kurangnya diri kita, berbanding Sang Pencipta Sang Penguasa, yang telah menciptakan mereka –planet, matahari dan bulan- yang menghiasi cakrawala semuanya. Lantas, perenungan ini seharusnya menimbulkan sebuah ketawadhukan, yang men"yah" habiskan segala bentuk keegoan, kesombongan dan ke"berlagak"an yang dipromosikan oleh pasukan Syaitan kepada manusia demi menyesatkan mereka dari landasan kebenaran. Lalu dengan sifat kerendahan inilah, terhasillah ketawadhukan, terjelmalah keikhlasan, lalu terjanalah kemanfaatan, tidak sekadar untuk diri kita semata-mata, malahan buat insan-insan yang berkelola juga disekitar kita. Perhatikan kembali firman Allah SWT:

 

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, terdapat 'ibrah untuk dirimu. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir di antara saluran makanan dengan darah; (iaitu) susu yang "khalis" (bersih, jernih, murni) yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

(Surah An-Nahl [16]:66)

 

Ketawadhukanlah yang mengilhamkan jiwa, untuk belajar dan mengambil pelajaran daripada haiwan ternakan –sebuah spesies yang sering dilihat lebih "rendah" berbanding kita- hingga kemudian terhasillah kejernihan, bak susu, dan kejernihan inilah yang kita sebut sebagai "keikhlasan". Dan keikhlasan; ia tidak bisa dipengaruhi oleh kotor dan jijiknya persekitaran. Ia tidak mudah tercemar oleh rosak dan bobroknya keadaan. Ia persis yang diperingatkan oleh baginda Nabi: "La yakun ahadukum imma'ah" "Janganlah seseorang daripada kalian menjadi orang yang ikut-ikutan" (HR Tirmidzi)

 

 

Dan kemudian, begitu keikhlasan telah mempengaruhi amal-amal kita, mempengaruhi niat kita, mempengaruhi jiwa kita dan mempengaruhi tingkah laku kita, barulah keikhlasan itu bisa "memberi minum" orang-orang sekelilingnya, yakni bisa bermanfaat buat manusia semuanya. Itulah sebabnya An-Nabi SAW  yang mulia menyebutkan "innamal a'malu binniyyah" "segala sesuatu itu bermula dengan niat," (HR Bukhari & Muslim) lantaran kemanfaatan hanya akan diperolehi, tatkala keikhlasan menjadi sumber yang menjana segenap perlakuan sang pelakunya.

 

Tetapi, tatkala hati telah terpenuhi dengan sebutir virus kesombongan, bagaimana mungkin keikhlasan bisa terbit daripadanya? Dan tanpa keikhlasan ini, apakah mungkin manusia akan dapat merasakan sebarang manfaat daripada "pancaran cahaya" yang cuba dipancar olehnya? Kerana itu tokoh gerakan Islam Indonesia, Almarhum Kiyai Haji Rahmat Abdullah mengingatkan:

 

Merendahlah,

engkau kan seperti bintang-gemintang

Berkilau di pandang orang

Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina

 

Tapi, kerendahan diri ini berbeza dengan sifat inferiority complex.  Yang kedua itu adalah sifat tidak yakin diri, lalu hasilnya terciptalah pelbagai macam alasan, untuk dikau tidak berkarya, membina bangsa dan masyarakat yang lebih berjaya. Kerendahan itu tidak menghilangkan semangat "cinta" di dalam dirimu, persis para ahli astronomi, yang dengan ketakjuban kepada kebesaran dan gahnya bintang, menjadikan mereka bertambah cinta kepada ilmu astronomi, lalu terus mengkaji dan mengkaji dan mengkaji, dan kemudiannya berkongsikan rasa cinta pada astronomi itu dengan manusia-manusia yang lainnya. Rasa cinta ini persisi yang digambarkan oleh seorang Jalaluddin Rumi, dalam bait-bait puisinya yang indah:

 

Nabi yang menemukan jalan pertama kali,
Meninggalkan berbagai rambu di berbagai tempat,
Sambil berkata:
"Apabila engkau menapak jalan yang ini,
engkau akan menderita
seperti kaum 'Aad dan Tsamud,"
dan, "apabila engkau menyusuri jalan yang ini
engkau akan berbahagia
sebagaimana berbahagianya orang-orang beriman."
( Jalaluddin Rumi, "Fihi ma Fihi")

 

Seperti jauhnya bintang daripada pemandangan, seperti itulah jauhnya tujuan perjalanan sebuah kehidupan. Pantas Nabi SAW mengingatkan: "Jadilah kamu di dunia seperti orang asing, atau seorang pengembara jalanan." (HR Bukhari. Lihat Hadith Arbain Imam Nawawi #40). Maka janganlah pernah lelah menghasilkan "karya Akhirat" di atas "kanvas kehidupan", selagi hayat masih dikandung badan.

 

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu,

teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,

teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,

teruslah bertahan, hingga futur itu futur menyertaimu,

tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu ''

(Almarhum KH Rahmat Abdullah)

 

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah, Jurutera Profesional  dan Jurutera Elektrik Kompeten

 

 

 

Friday, May 24, 2013

RISE!

Dalam sejarah, bukan tidak ada peristiwa mendukakan batang tubuh umat Islam. Antaranya tentulah, kesudahan kepada “kemenangan yang menjelma di hadapan mata”, iaitu Perang Uhud.

 

Kesedihan kerana ditimpa kekalahan, itu ramai yang bisa absorb perasaan itu. Tetapi kekalahan yang berkesudahan, di saat haruman kemenangan sudah begitu dekat, adalah tamparan yang jauh lebih hebat berbanding kekalahan-kekalahan teruk, atau kekalahan yang lain-lainnya. Tanyakan saja kepada penyokong pasukan bola sepak Bayern Munich. Tahun 1999, mereka sedang dalam perjalanan melakar sejarah mereka yang tersendiri, untuk muncul juara treble. Setelah mengungguli Liga Jerman dan Piala Jerman, kemenangan di pentas final Piala Juara-Juara Eropah (Champions League) akan melengkap legacy mereka di hamparan permaidani sejarah.

 

 

Namun, apakah yang berlaku? Mendahulu lawan mereka Manchester United hingga ke minit ke-90 perlawanan, tiba-tiba, dalam masa kecederaan, Teddy Sheringham menanduk masuk gol penyamaan. Hancur langsung moral mereka. Walaupun masih berkedudukan 1-1, tapi itulah, gol penyamaan di saat masa sebenar sudah tamat, cukup menyentak jiwa dan semangat mereka. Kemudian, masih dalam masa kecederaan, Oleh Gunnar Solskjaer memastikan kemenangan menjadi hak milik The Red Devils. Kekalahan tersebut, jauh lebih dirasakan oleh siapa pun, berbanding kekalahan besar di pentas final. Sebabnya adalah: kemenangan sudah di hadapan mata!

 

Maka sebegitu jugalah dengan Perang Uhud. Umat Islam seakan-akan telah “menang dalam masa perlawanan sebenar”, hingga mendorong pasukan pemanah meninggalkan post mereka untuk turun mendapatkan “habuan” mereka, sebelum Khalid al-Walid (yang masih belum Islam) “menjaringkan gol” yang menyebabkan keputusan peperangan bertukar “dalam masa kecederaan.” Lalu terkorbanlah Hamzah. Lukalah Rasulullah. Dan semakin megahnya ego dan kesombongan pasukan Quraisy pimpinan Abu Sufyan.

 

Barangkali, keputusan PRU 13 yang baru berlalu, ada “bau-bau bacang” dengan cerita ini. Melihatkan sambutan luar biasa rakyat berbilang bangsa terhadap siri-siri demonstrasi dan ceramah yang diadakan, saya yakin ramai rakyat Malaysia meyakini bahawa penukaran kerajaan dan tumbangnya keangkuhan Barisan Nasional pasti berlaku “ini kalilah!” Sayangnya, begitu berakhirnya proses pengundian –walau apa pun perdebatannya, dari dakwat kekal yang mahal yang tidak kekal, kepada pengundi bangla berkad pengenalan, kepada penghalauan petugar-petugas PR saat proses pengiraan undi, dan lain sebagainya- at the end of the day, Barisan Nasional tetap diumumkan sebagai pemenang. Maka harapan ramai rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma, penurunan harga petrol dan kereta, penghapusan saman AES dan lain sebagainya, terpaksa bertukar kepada sekadar meredhai BR1M dan GST buat mereka. Keyakinan betapa kemenangan sudah di hadapan mata, seakan disentap untuk kesekian kalinya.

 

Itulah sebabnya, affect keputusan PRU 13 kali ini lebih mendalam berbanding kekalahan-kekalahan dalam PRU-PRU yang sebelumnya. Slogan “ini kalilah” terpaksa akur dengan slogan “lain kalilah.”

 

Kini, where do we proceed from here? Maka, marilah kita menyulusuri kembali part-part akhir Surah Ali Imran, Kerana di sana, ada banyak pedoman, ada banyak petunjuk, bagaimana untuk bangkit, daripada “kesengsaraan perasaan” dan “kehancuran semangat” akibat disentapnya kemenangan di hadapan mata. Kesedihan kita, barangkali seperti kesedihan baginda Rasul begitu tamat Perang Uhud. Tapi Allah menyuruh baginda bangkit, dan bangkit, dan bangkit… apatah lagi yang menanti baginda dan umat Islam kemudiannya, adalah pertembungan “Madinah vs. rest of the world” dalam sebuah peperangan yang dinamakan Perang Ahzab. Ahzab = pakatan.

 

Maka, bukan hanya baginda Rasul, bukan hanya The Dark Knight, tapi kita semua, harus segera bangit. RISE!

 

 

Friday, May 17, 2013

Tahniah YB K.J

'Ini Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Bukan Kementerian Belia Dan BN' - Khairy Jamaluddin

Posted by http://addin77.blogspot.com/2013/05/ini-kementerian-belia-dan-sukan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29

 

 

Kerajaan perlu membuka pintu kepada semua pihak untuk terlibat dengan agenda kerukunan nasional selepas pilihan raya dan tidak membalas dendam kepada mana-mana pihak, kata Khairy Jamaluddin. 

"Kerukunan nasional, pastikan pintu terbuka untuk semua pihak. Ini secara umum sahaja, bukan untuk Kementerian Belia dan Sukan sahaja. 

"Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
 

Beliau juga berkata, kementeriannya akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda untuk menyahut seruan kerukunan nasional perdana menteri.
 

"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.
 

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi kerukunan nasional.
 

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.
 

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum.
 ~mkini

 

 

Wednesday, May 15, 2013

[travelog]: Islam dan Kenegaraan bhgn. 2

Saya benci K.L! Selain jemnya, jalan-jalannya yang tidak friendly membuatkan saya tidak menggemari bandaraya ibu Negara Malaysia itu. Barangkali kerana sikap tidak sukakannya, maka saya terlajak jalan menyebabkan saya tersesat seketika, sebelum kembali menjumpai halatuju yang diinginkan. Akibat tersesat seketika itu, menyebabkan saya sampai di Majid K –salah sebuah masjid terkemuka di ibu Negara- tatkala solat isyak sedang didirikan. Saya sempat masbuk, sebelum kemudiannya ada orang “menepuk” belakang saya tatkala jemaah utama telah selesai menunaikan solat, sebagai tanda ingin bermakmumkan saya.

 

Selesai solat ba’diah Isyak, saya berjumpa akh X dan kami pun memulakan perjalanan ke biliknya. Setelah bersembang lima-sepuluh minit, kami pun memulakan halaqah kami dengan tilawatul Quran seperti biasa.

 

 

 

Fiqh Daulah

 

Kami membaca muka surat yang di atas, sorang satu muka. Saya membaca dulu disemak oleh akh X, sebelum akh X menyambung muka surat yang kemudiannya dengan disemak oleh saya. Selesai bertilawah, tibalah giliran untuk bertadabbur. Sebelum itu, saya katakana kepada akh X bahawa pembacaan dan pengetahuan saya tentang fiqhud daulah sebenarnya kurang. Ini kerana berbanding pembacaan saya tentang ilmu fiqh hukum, atau tafsir, atau hadith, atau harakah dan sebagainya, saya agak jarang membaca buku-buku bercorak fiqhud daulah, sangat sedikit, sesedikit saya membaca buku-buku engineering saya (haha… kantoi malas belajar!) Walau bagaimana pun, analisa politik secara umum memang saya sudah mengikutinya sejak zaman persekolahan lagi.

 

Ketika di matrik, selain membaca akhbar Harakah dan Tamadun, saya turut membeli setiap keluaran majalah “Detik”, majalah hal-ehwal politik yang diketuai oleh Ahmad Lutfi Othman. Selain itu, apabila berkunjung ke cyber café (zaman tu internet tak macam hari ini) atau melayari internet di rumah, saya sering menjenguk web-web yang berbicara tentang politik, terutamanya web “Mahazalim.” Akibatnya, saya agak peka isu-isu semasa, apatah lagi tabiat membaca web-web politik sebegitu bahkan berterusan sehingga hari ini. Setiap hari, insyaAllah saya akan membaca sehingga berbelas-belas atau berpuluh-puluh web politik, selain bacaan-bacaan yang lainnya. Namun secara kesimpulan, fiqh politik menurut neraca gerakan islam jarang saya tekuni.

 

Ada sebabnya. Di zaman pelajar, saya sedar kebanyakan aktivis dakwah amat galak menekuni bahan-bahan yang bersifat siyasi dan fiqhud daulah. Akibatnya, mereka mungkin bagus kalau berbicara tentang politik, namun hampeh dan hancur dalam hal tarbiyah. Itulah sebabnya usrah-usrah di zaman itu, bukan sekadar tidak berkualiti, malahan tidak konsisten.

 

Sejak sebelum tarbiyah, saya memahami dakwah dari segi yang berbeza. Saya menyedari kepentingan politik, tapi saya merasakan bahawa politik akan datang kemudian setelah asas-asas dakwah dan tarbiyah berjalan kukuh di tengah-tengah masyarakat. Hingga saya merasakan ketika itu, ada banyak pendekatan yang dilakukan oleh PAS (sebagai satu-satunya gerakan Islam yang saya ketahui saat itu, zaman sebelum tarbiyah. Yang lain-lainnya seperti JIM, ABIM dan lain-lain saya anggap NGO “suka-suka” tidak sampai ke “maqam” atau taraf gerakan islam) yang tidak tepat. Alhamdulillah, saat Salahuddin Ayub menjabat jawatan Ketua Pemuda PAS, saya dapati banyak pendekatannya yang selaras dengan pandangan saya selama ini. Misalnya dulu saat berlangsungnya konsert, seingat saya, Pemuda PAS akan membuat demonstrasi. Saya melihat tindakan begitu –biarpun baik- namun menyebabkan masyarakat menjadi takut dan menganggap gerakan Islam sebagai ekstremist. Saya merasakan saat itu bahawa pendekatan yang lebih tepat adalah pendekatan dakwah, dan itulah yang dilakukan oleh Pemuda PAS di bawah kepimpinan Salahuddin Ayub (seingat saya) iaitu berbanding demonstrasi, mereka mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung konsert.

 

Setelah saya mula mengikuti tarbiyah (akhir tahun 2000), ternyata pemahaman saya betapa politik itu akan datang kemudian ternyata benar. Murabbi saya saat itu sering kali mengingatkan kata-kata mashur Syeikh Mustafa Mashur; “tarbiyah bukanlah segala-galanya. Namun segala-galanya tak kan menjadi, tanpa tarbiyah.” Oleh yang demikian, saya menumpukan pembacaan saya terhadap bahan-bahan lain, selain sebagai bekal untuk menjalankan aktiviti dakwah, juga sebagai tarbiyah atau supplement tambahan untuk diri saya. Saya membaca pelbagai macam buku feqah seperti Nailul Authar Imam Syaukani, Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq, Fiqh Syafi’e, Bidayatul Mujtahid Imam Ibnu Rusyd, Bulughul Maram Ibnu Hajar, Fiqh Muashirah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi serta laman web eramuslim.com dan sebuah web feqah kendalian ikhwan Indonesia yang saya lupa namanya. Kemudiannya barulah saya diperkenalkan dengan pandangan feqah dari manhaj salafi oleh akhi Azral, lalu saya banyak membaca perbahasan hukum di al-ahkam.net, membaca buku-buku Nashiruddin Al-Albani dan lain sebagainya. Ini banyak membantu saya untuk menjawab soalan-soalan berkaitan hukum oleh anak-anak halaqah saya secara fiqh muqarran (fiqh perbandingan).

 

Selain itu, saya membaca tafsir-tafsir dimulai dengan Tafsir Ibnu Katsir (sebab tafsir tu paling murah, lalu saya beli), Tafsir Al-Azhar Pak Hamka, dan Tafsir Fi Zhilal Sayyid Qutb. Ketika itu Tafsir Fi Zhilal harganya mahal, mencecah ribuan, maka saya hanya mampu beli dari awal hingga penghujung surah Ali Imran, selain Juzuk 30. Yang lainnya, saya terpaksa berkunjung ke library untuk membacanya.

 

Kerana Murabbi saya tatkala mentadabburkan al-Quran di dalam halaqah sering merujuk kepada Tafsir Ibnu Abbas, maka saya pun berusaha mencari Tafsir Ibnu Abbas. Rupa-rupanya ayah saya ada Tafsir itu, lalu saya pun kebas Tafsir Ibnu Abbad dan juga Tafsir At-Tabari ayah. Hanya bertahun kemudiannya –saat saya dah bekerja- saya menambahkan koleksi tafsir saya dengan Tafsir Sya’rawi dan Tafsir Al-Maraghi.

 

Cuma yang saya sedar kelemahan utama saya sekarang, adalah dalam bab hadith. Dan bahan rujukan untuk hadith pun sangat kurang. Di sinilah peranan akh Azral Abdul Rahim sangat besar kepada saya. Berbanding ikhwah lain yang memandang sinis akhi Azral dan menganggapnya sebagai “salah fikr” (ejekan mereka kepada fikrah salafi Azral), saya pula memandang baik segala cerita akh Azral. Kisah kepalsuan hadith Tsa’labah dan sebagainya, menarik minat saya. Melalui Azral saya mengenali lebih rapat nama Ustaz Sari Zainul Abidin (Dr. Maza, masa tu belum dapat PhD. Masa tu memang saya dah pernah dengar nama beliau, melalui pembacaan dalam majalah “Tamadhun” kalau tak silap, juga kisah beliau berdebat dengan Astora Jabat) serta nama Nashiruddin Al-Albani. Juga web al-ahkam.net. Cuma bezanya saya dengan beliau, saya melihat manhaj salafi ni bagus terutamanya dari segi kesahihan sumber, sedangkan dari segi pendekatan, manhaj Ikhwan sangat sesuai. Kerana itu –berbanding ikhwah-ikhwah yang mula rapat dengan manhaj salaf yang lain- saya tidak berhenti mengadakan halaqah, kerana saya meyakini pendekatan Ikhwan sangat sesuai dalam membina sebuah ummah yang diidam-idamkan.

 

Apabila dakwah dan tarbiyah sudah berkembang, insyaAllah otomatik siyasah dan daulah akan datang dengan sendirinya, persis Maratibul Amal yang diajarkan oleh Imam Hasan Al-Banna. Maka itulah antara sebabnya saya kurang mentelaah bahan-bahan fiqhud daulah, kerana apabila tiba masanya kelak, secara teorinya saya yakin orang yang terbiasa beramal akan figure out a way to handle and manage it, selain saya bukanlah rijal untuk marhalah itu (menjadi qaidah siyasiyah yakni pemimpin umat untuk mihwar muassasi-dauli) serta rakan-rakan gerakan Islam lain sudah pun menyiapkan diri mereka untuk itu. Kerana itulah saya anggap ilmu fiqhud daulah bukanlah tidak penting, tetapi less priority for the time being berbanding ilmu-ilmu lain diperlukan bagi mereka-mereka yang menumpukan perhatikan terhadap gerakan dakwah dan tarbiyah.

 

“Namun, untuk tidak menghampakan permintaan anta akhi, maka insyaAllah kita akan bincangkan juga isu-isu politik/ kenegaraan dengan bertadabburkan surah Saba’ yang telah kita baca ini,” kata saya kepada akh X.

 

Apakah ada yang boleh kita tadabburkan daripada ayat-ayat Surah Saba’ di atas dari aspek politik/ kenegaraan, selain ayat baldatun tayyibah wa rabbun ghafur?

 

 

Bersambung, kalau rajin…..

 

Tuesday, May 14, 2013

[Travelog]: Islam dan Kenegaraan bhgn. 1

"Kalau boleh malam ni nak mintak abg cerita sikit pasal politik/ daulah sempena PRU13 yang baru berlalu," lebih kurang begitu sms daripada akh X kepada saya beberapa minit sebelum berangkat berhalaqah dengannya. Halaqah yang baru berlangsung beberapa hari yang lalu, merupakan satu-satunya halaqah saya yang tinggal untuk sementara ini, memandangkan halaqah dengan adik-adik di destinasi Y dan destinasi Z tiada memandangkan mereka sudah mula bercuti.

 

Saya bukannya seorang murabbi yang gifted, yang ada "aura" atau "x-factor." Maka, saya harus banyak belajar, dan banyak "cuba-jaya" sesuai dengan salah satu ahdafut tarbiyah iaitu "experimental" atau "cuba jaya." Itulah yang saya lakukan dalam dunia penulisan, cuba menukar gaya penulisan seraya mengambil positif komentar-komentar orang, misalnya di dalam penulisan ini di mana saya mencuba menulis tentang pengalaman atau travelog. Oleh yang demikian, terkadang saya menggunakan pendekatan yang berbeza di antara halaqah-halaqah yang berbeza. Halaqah di destinasi Y misalnya, agenda halaqah lebih tersusun dan berkesinambungan, di mana semasa tilawah, memang kami bermula daripada awal surah Al-Fatihah kepada surah Al-Baqarah dan seterusnya dan seterusnya. Bahan Kajian Manhaj semasa halaqah pun lebih tersusun, di mana tajuknya telah saya study awal-awal lagi. Berbeza dengan halaqah di destinasi Z dan dengan akh X, tilawah saya serahkan kepada mereka untuk memilih surah apa yang mereka mahu baca. Kemudian kami tadabbur bersama. Kalau pun saya sudah prepare sesuatu bahan, tetapi sering kali saya akan menukar bahan untuk disampaikan untuk disesuaikan dengan apa yang telah kami tilawah dan tadabburkan sebentar tadi.

 

Oleh kerana akhi X sudah request untuk membincangkan tentang aspek politik dan kenegaraan, maka dalam beberapa minit yang tinggal saya terpaksa memikirkan bahan apa yang harus saya sampaikan. Kemudian saya menukar fikiran seraya memikirkan surah apa ayat berapa yang boleh kami tilawah dan tadabburkan bersama, yang ada kaitannya dengan tema politik dan kenegaraan. Serta-merta saya teringatkan ayat yang diberikan semasa Khutbah Jumaat yang terbaru, pasca PRU 13, yang khabarnya turut menjadi teks khutbah Jumaat seantero Negara, di mana mimbar bercerita tentang konteks kenegaraan berdasarkan surah Saba' ayat 15 iaitu:

 

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun."

 

Maka, tilawah dan tadabbur yang dipilih untuk malam itu adalah Surah Saba', dengan perkaitan ayat 15 di atas dengan ayat-ayat sebelumnya dan selepasnya.

 

 

Bersambung…

 

Thursday, May 9, 2013

Pemimpin

“orang yang baik, rajin dan bijak sahaja mampu membuat perubahan dalam sesebuah pemerintahan.

 

Orang bodoh yang rajin, pergerakan akan menjadi ketinggalan zaman. Orang bijak yang pemalas, menjadikan pergerakan hanya sekadar idealisma, tanpa gerakan yang realistik. Orang yang bijak dan rajin, tetapi jahat, amat memberi bahaya kepada hasil mahsul Negara atau negeri  yang diperintah”

-ustaz Wan Ji al-Bakistani-

 

Wednesday, May 8, 2013

Sunday, May 5, 2013

[copy&paste]: Isyarat Haraki Dalam Surat Yasin ayat 13-27

 

Isyarat Haraki Dalam Surat Yasin ayat 13-27

 

 

Asbabun Nuzul Yasin

 

Sebelum membahas mengenai tafsir Yasin ayat 13-27, ada baiknya jika kita menelaah sepintas mengenai sebab turunnya Yasin, hal ini berfungsi sebagai tambahan wawasan bagi semua.

 

Imam al-Suyuti dalam Kitabnya yang berjudul Lubab al-Nuqul Fi Asbab al-Nuzul menyebutkan sebuah riwayat yang beliau ambil dari Imam Abu Nu`aim al-Asbahani, bahwa Ibnu Abbas berkata,"Suatu ketika Rasulullah SAW membaca surat al-Sajadah dengan suara yang keras, hingga orang-orang yang berasal dari suku Quraisy merasa kesal dan berdiri menuju Rasulullah SAW untuk menghentikannya. Dengan tiba-tiba, tangan-tangan mereka sendiri bergerak dan mencekik leher mereka, hingga mereka tidak bisa berbicara dan tidak bisa lagi melihat. Maka mereka segera datang kepada Nabi SAW dalam keadaan seperti itu dan berkata,"Allah sangat keras melindungi dan menyayangimu ya Muhammad." Maka Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT, dan mereka kembali seperti keadaan semula. Maka kemudian Allah SWT menurunkan Yasin ayat 1-10, meskipun mereka tidak juga beriman seorang pun dengan kejadian tersebut.

 

Selanjutnya, mari bersama menelaah uraian tafsir Yasin ayat 13-27 berikut:

 

 

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ (13) إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ (14

 

"Dan sampaikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan (kisah ibrah) mengenai penduduk suatu daerah, ketika datang kepada mereka orang-orang yang diutus."

 

Ibnu Jarir dalam Tafsir al-Thabari menyebutkan sebuah riwayat yang bersumber dari Qatadah, bahwa yang dimaksud dalam cerita ini adalah Nabi Isa a.s, ketika beliau mengutus dua orang muridnya dari kaum hawariyin ke Antokiah, yaitu sebuah kota di Romawi/Rum. Penduduk daerah tersebut tidak memprcayai kedua utusan tersebut, hingga Nabi Isa a.s pun mengirim utusan yang ketiga untuk menguatkan keduanya.

 

Isyarat Haraki dalam ayat ini:

 

  • Dalam menyampaikan materi-materi dakwah, lebih efektif dengan menggunakan amtsal/perumpamaan, sehingga lebih mudah difahami oleh objek dakwah, metode inilah yang banyak digunakan dalam Al-Qur'an.
  • Pentingnya Ma'rifah al-Maidan (keluasan pengamatan dan pengetahuan lapangan) bagi seorang qiyadah dakwah yang mencakup berbagai daerah, tidak hanya daerah yang terdekat dan mudah terjangkau, tetapi juga daerah-daerah jauh dari jangkauan, jika dimungkinkan adanya peluang bagi perkembangan dakwah, ditinjau dari segi kestrategisan daerahnya.
  • Pengamatan perkembangan dakwah di setiap daerah oleh qiyadah; Dengan mengetahui kondisi detail perkembangan dakwah di sebuah daerah, memungkinkan seorang qiyadah dakwah untuk mengambil keputusan yang cepat dan tepat. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Isa a.s dengan mengirim utusan dakwahnya yang ketiga.
  • Kesatuan hati dan kesolidan gerak para aktivis yang diamanakan bertugas dalam satu wilayah dakwah; Isyarat inilah yang dimaksud dalam pernyataan ketiga utusan di atas dengan menyatakan secara bersama-sama bahwa mereka adalah utusan dakwah.

 

 

قَالُوا مَا أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا وَمَا أَنْزَلَ الرَّحْمَنُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ (15) قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ (16) وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ (17

 

"Mereka (penduduk daerah tersebut) berkata,"Tidaklah kalian (terlihat di mata kami) melainkan hanya sebagai manusia biasa, dan (sepengetahuan kami) Allah SWT tidak menurunkan sesuatupun, tidaklah kalian (menurut pandangan kami) kecuali hanyalah orang-orang yang berdusta. Mereka (para utusan tersebut) mengatakan sesungguhnya Tuhan kami mengetahui bahwa kami benar-benar adalah utusan dakwah yang diutus kepada kamu sekalian. Dan tidaklah ada kewajiban atas kami kecuali hanya menyampaikan (mengerjakan)"

 

Ibnu Jarir melanjutkan penjelasan beliau mengenai respon penduduk daerah tersebut setelah datangnya utusan ketiga, dan juga setelah mereka bertiga mengatakan bahwa mereka adalah utusan dakwah yang sengaja didatangkan ke daerah tersebut, penduduk daerah tersebut hanya berkata,"Tidaklah kalian wahai orang-orang yang mengaku sebagai utusan dakwah, melainkan hanya sebagai manusia biasa seperti kami. Jika seandainya kalian adalah utusan yang diamanahkan untuk berdakwah kepada kami, maka seharusnya yang datang bukanlah manusia seperti kalian, akan tetapi seorang malaikat."

 

Isyarat Haraki dalam ayat ini:

 

  • Penentangan terhadap dai adalah sunnatullah dalam dakwah.
  • Salah satu alasan yang menjadikan objek dakwah menolak dakwah adalah status social dainya. Oleh karena itu, perlu adanya keseimbangan status social antara dai yang ditugaskan dengan objek dakwah yang akan didakwahinya. Seorang pengusaha yang besar dan sukses sebaiknya didakwahi oleh pengusaha yang sama besar dan suksesnya, seorang yang berkedudukan didakwahi oleh orang yang berkedudukan pula. Meskipun peluang untuk ditolaknya dakwah tetaplah ada, sebagaimana kisah di atas. Namun, bukan berarti ketidaksamaan dalam status social kemudian menjadi alasan untuk berdiam diri dari mendakwahi orang-orang yang status sosialnya lebih tinggi. Hal ini dilakukan jika seandainya sudah diusahakan terlebih dahulu, dan yang dihasilkan hanyalah penolakan demi penolakan, sebagaimana kisah di atas.
  • Keashlian dakwah (meminjam bahasa Ust.Rahmat Abdullah-Semoga Allah merahmati beliau-) haruslah menjadi sebuah hal yang tertanam kokoh di hati seorang dai, yang dengannya lahir sebuah kesadaran dan komitmen untuk berkontribusi dalam barisan dakwah ini, tanpa menunggu dan membutuhkan legalisasi-legalisasi keduniaan yang lain, selain dari legalisasi yang telah disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Inilah yang mendorong seorang dai untuk berkata,"Sesungguhnya cukuplah Tuhan kami yang mengetahui, bahwa kami benar-benar orang-orang yang diamanahi untuk menyampaikan dakwah ini kepada kalian."
  • Huruf ta'qid (Huruf Penguat/untuk penekanan makna) dalam kata"Lamursalun" yang berarti "Benar-benar orang yang diutus", menyiratkan makna tentang keyakinan yang kokoh dan mengakar dalam hati seorang dai mengenai hakikat dakwahnya. Ia memahami hakikat dakwahnya bukan sebagai tuntutan wajihah atau pun permintaan hizbnya, tetapi ia menyadari sesadar-sadarnya bahwa yang meminta dan menuntutnya adalah Allah dan Rasul-Nya.
  • Sering ditemukan dalam dakwah ini orang-orang yang tidak juga terbuka hatinya untuk menerima kebenaran dakwah, meskipun sudah dilakukan berbagai cara untuk mengajak dan memahamkannya. Tidak perlu terlalu jauh, kadang-kadang yang menjadi seperti ini justru adalah salah satu anggota keluarga seorang dai itu sendiri. Dalam kondisi seperti ini, seorang dai haruslah ingat kembali bahwa misi utama yang di embankan kepadanya hanyalah ikhtiar dan terus berikhtiar, adapun urusan hidayah, maka itu adalah hak Allah SWT yang menentukannya.

 

 

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19

 

"Mereka (penduduk daerah tersebut) berkata, sesungguhnya kami telah ditimpa kesialan dengan (datangnya) kalian, jika kalian tidak berhenti (dari mendakwahi kami), maka kami akan merajam kalian, dan akan menimpakan kepada kalian makar (siksa) yang pedih (keji). Mereka (para utusan tersebut) berkata, sesungguhnya kesialan (malapetaka) yang menimpa kalian adalah karena ulah tangan kalian sendiri, apakah kalian sudah memahami bahwa kesialan kalian adalah karena ulah kalian sendiri? Akan tetapi kalian bahkan sudah termasuk kaum yang sangat berlebihan (dalam maksiat kepada Allah)."

 

Tsaqofah:

 

Dalam qiraat yang lain, kata yang digaris bawahi di atas (أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ) dibaca dengan (أَيْنَ ذُكِرْتُمْ), meskipun dengan tidak menimbulkan perubahan makna yang signifikan. Hal ini bertujuan untuk mempermudah pengucapan huruf Kaf. Karena bagi sebagian suku Arab, penyebutan huruf tasydid sesudah dhammah merupakan suatu hal yang sulit karena sangat jarang digunakan dalam bahasa keseharian mereka.

 

Isyarat Haraki dalam ayat ini:

 

  • Pentingnya menumbuhkan dan menjaga sikap al-Syaja`ah (keberanian) dalam diri seorang dai. Dengan adanya syaja'ah dalam dirinya, seorang dai tidak akan mudah mundur, apalagi lari dari medan dakwah dan jihad, hanya karena berhadapan dengan ancaman fisik dan psikis yang disampaikan oleh pihak-pihak yang tidak senang terhadap dakwahnya.
  • Pentingnya melatih rasionalitas dan memadukannya dengan kemampuan retorika yang memadai bagi seorang dai, agar setiap argument dan hujjah yang disampaikannya mampu ditangkap dengan jelas oleh objek dakwahnya.
  • Perpaduan antara asy-Syaja'ah (keberanian) dengan kemampuan rasionalisasi yang disudah didukung oleh kemampuan retorika yang memadai, membuat para utusan dakwah dalam ilustrasi ayat di atas, mampu menyangga dan mematahkan setiap tuduhan yang disampaikan terhadap dakwah yang mereka bawa.

 

 

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21

 

"Dan datanglah dari sudut kota, seorang laki-laki yang bergegas (terburu-buru), ia berkata,"Wahai kaumku! Ikutilah oleh kalian orang-orang yang diutus ini. Ikutilah oleh kalian orang-orang yang tidak meminta balasan apapun dari kalian ini, karena mereka adalah orang-orang yang sudah mendapat petunjuk."

 

Imam Ibnu Jarir menyebutkan bahwa laki-laki tersebut bernama Habib bin Murri. Sebuah riwayat yang disampaikan oleh Imam Wahb bin Munabbih al-Yamani menyebutkan dari Ibnu Abas, bahwa ia adalah seorang penduduk Antokiah yang berprofesi sebagai al-jarir (ana belum menemukan terjemah sebenarnya kata ini, hanya saja dalam kamus al-Munawwir dituliskan maknanya adalah kendali dan tali kekang). Ana menduga mungkin maksudnya adalah seorang yang bekerja sebagai gembala hewan ternak, atau sejenisnya.

 

Beliau adalah seorang yang berbadan kurus yang bertempat tinggal di salah satu sudut kota, ia berjalan dengan cepat menuju kumpulan kaum tersebut. Beliau adalah seorang yang sangat suka bersedekah. Jika sore hari telah tiba, maka beliau segera mengumpulkan dan menghitung penghasilannya pada hari tersebut dan membaginya menjadi dua bagian, sebagiannya unutk keperluan beliau, dan sebagiannya lagi untuk disedekahkan….subhanallah sekali..

 

Satu hal yang menarik dari beliau yaitu dengan kondisi tubuhnya yang kurus, kesibukan dan kelelahan beliau mencari nafkah di siang hari, dan juga kondisi tubuhnya yang sudah sangat lemah, tidak membuat beliau lalai dan lemah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.

 

Isyarat Haraki dalam ayat ini:

 

  • Seorang kader dakwah sejati haruslah memiliki perhatian dan kontribusi nyata untuk mendukung agenda dan kerja dakwah yang dilaksanakan di sekitar daerah tempat tinggalnya.
  • Kondisi tubuh, kelelahan dan keletihan yang dialami di siang hari untuk mencari nafkah, bukanlah alasan untuk menurunkan standar amal yaumi yang sudah ditetapkan dan menjadi kebiasaan seorang dai.
  • Pentingnya Tarbiyah iqtisadiyah (manajemen keuangan rumah tangga) untuk menopang keberjalanan program-program dakwah. Sebagaimana Ust.Rahmat Abdullah –semoga Allah merahmati beliau- katakan bahwa "Brankas kita dalam dakwah ini adalah kantong kita sendiri."

 

 

 وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (22) أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آلِهَةً إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلَا يُنْقِذُونِ (23) إِنِّي إِذًا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (24) إِنِّي آمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25

 

"Dan ada apakah denganku, jika aku tidak menyembah Dzat yang telah menciptakanku, sedang kepadanya kita semua dikembalikan. Apakah aku akan mengambil tuhan-tuhan selain-Nya, sedangkan jika al-Rahman menimpakan malapetaka kepadaku, maka mereka (tuhan-tuhan tersebut) tidak akan dapat memberikan syafa'at (pertolongan) kepadaku dan tidak pula dapat menyelamatkanku. Sesungguhnya jika aku melakukan yang demikian, maka aku telah berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan kalian, maka dengarkanlah aku."

 

Tsaqofah:

 

Para ahli tafsir berbeda pendapat mengenai orang yang mengeluarkan perkataan pada ayat terakhir di atas, yaitu,"Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan kalian, maka dengarkanlah aku."

 

Sebagian ulama berpendapat bahwa perkataan ini adalah perkataan yang diucapkan oleh Habib bin al-Murri. Sebagian yang lain berpendapat bahwa perkataan ini adalah perkataan yang disampaikan oleh para utusan sebelumnya. Setelah menyampaikan perkataan tersebut, maka Habib al-Murri pun dibunuh oleh kaumnya sendiri, hingga ia syahid.

 

Tsaqofah:

 

Para ahli tafsir berselisih mengenai cara kaumnya membunuhnya, sebagian mengatakan bahwa ia dirajam (dilempari) batu oleh kaumnya hingga ia meninggal. Namun satu hal yang sangat mengharukan, selama menahan rasa sakit akibat dilempari kaumnya tersebut, ia hanya terus menerus mengucapkan doa,"Wahai Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku, wahai Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku, wahai Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku!" beliau tetap mengucapkan doa tersebut hingga meninggal.

 

Ulama tafsir yang lain berpendapat bahwa kaumnya menjatuhkannya ke tanah secara bersama-sama, lalu kemudian menginjak-injak tubuh kurus beliau hingga meninggal.

 

Isyarat Haraki dalam ayat ini:

 

  • Pentingnya kekokohan pemahaman ketauhidan dan implementasinya bagi seorang dai.
  • Pentingnya mensyiarkan ketauhidan, hal ini tercermin dalam pernyataan Habib bin al-Murri di atas,"Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan kalian, maka dengarkanlah aku."
  • Pentingnya penguasaan rasionalisasi ketauhidan dan konsekuensinya dalam kehidupan seorang dai.
  • Ketika sebuah agenda dan program dakwah mengalami kegagalan ataupun ketidaksuksesan pada sebuah wilayah, maka yang paling merasa bersalah adalah kader-kader dakwah yang ada pada daerah tersebut. Inilah isyarat yang disampaikan dalam ilustrasi cerita di atas, yaitu beralihnya persoalan dari tiga orang kader dakwah utusan kepada Habib bin al-Murri, sebagai kader dakwah yang ada pada daerah tersebut.

 

 

 قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ (26) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ (27

 

"Dikatakan kepadanya (ketika telah meninggal), masuklah engkau ke dalam surga. Ia berkata,"Wahai sekiranya kaumku bisa mengetahui hal ini. Yaitu penyebab Tuhanku mengampuniku, dan menjadikanku di antara orang-orang yang dimuliakan."

 

Inilah akhir dari cerita ini, yang inti akhirnya adalah akhir yang baik (husnul khatimah) bagi orang-orang yang meninggal dan syahid di jalan dakwah ini. Pada akhir cerita ini, seolah-olah Allah ingin menyingkap rahasia alam kubur kepada setiap aktivis dakwah, bahwa seperti inilah kenikmatan yang diberikan kepada setiap mujahid di kubur mereka. Semoga Allah SWT menjadikan kita satu di antara mujahid yang meninggal karena syahid di jalan-Nya….amien.

 

Wallahu A`lam

 

Semoga bermanfaat……….

 

Bandung, 22 April 2013/12 Jumadil Akhir 1434 H
Khadim Al-Qur'an wa As-Sunnah

Aswin Ahdir Bolano

 

 

Referensi :

Tafsir al-Thabari

Lubab al-Nuqul Fi Asbab al-Nuzul Imam al-Suyuti

 

 

*aktivis-dakwah.blogspot.com/2013/04/isyarat-haraki-dalam-surat-yasin-ayat.html