Satu masa dahulu, sebahagian kita dimomokkan bahawa diutusnya baginda Muhammad ibni Abdillah SAW, di tengah-tengah sebuah masyarakat yang digelar masyarakat Arab Jahiliyiah. Antara lain ciri-ciri masyarakat Jahiliyah ini, adalah mereka menanam hidup-hidup anak perempuan mereka, hanya kerana kepercayaan betapa anak perempuan boleh membawa aib kepada keluarga mereka di kemudian harinya. Begitulah, betapa barbaric lagi kunonya arab Jahiliyah sepertimana yang didoktrin di sekolah-sekolah kita.
Sebagai muqaddimah dalam perbahasan Ma'rifatul Jahiliyah kita kali ini, izinkan saya menyentuh beberapa point berkisar tentang masyarakat Jahiliyah yang digambarkan sepertimana yang di atas.
Pertama: masyarakat Jahiliyah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Saya mencadangkan, bagi usrah-usrah atau halaqah-halaqah yang mahu membincangkan hadith Arbainnya Imam Nawawi, membahagikan perbahasan hadith-hadith tersebut seperti berikut:-
Kategori | Perbahasan |
Sanad | |
Matan | |
Asbabul wurud |
Dengan demikian, perbahasan tentang hadith akan betul-betul seperti-mana yang dipelajari oleh para pelajar hadith. Sebagai contoh, perbahasan terhadap hadith Arbain yang pertama adalah seperti berikut:-
Kategori | Perbahasan |
Sanad | Daripada Abu Hafs Umar Al-Khattab R.A……. |
Matan | Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat…. |
Asbabul wurud | Hadith Ummu Qais…… |
Mari kita bicara sedikit tentang sanad hadith #1 di atas. Tentang Umar Al-Khattab R.A. Beliau digelar Abu Hafs. Sungguhpun sebahagian pendapat (seperti buku Hadith 40 terbitan Dewan Pustaka Fajar) mengatakan Umar digelar Abu Hafs kerana kegarangannya yang seumpama singa, namun Antara pendapat lain (dan saya lebih cenderung pada pendapat ini) tentang gelaran Abu Hafs adalah sempena nama anak sulung Umar iaitu Hafsah.
Siapakah dia Hafsah? Beliau adalah isteri Nabi SAW. Bererti, hubungan Umar dengan Ar-Rasul SAW, adalah lebih daripada sekadar hubungan persahabatan, malah juga merupakan hubungan pak mertua dengan menantu.
Nah, apabila Hafsah merupakan isteri kepada baginda Rasul SAW, ini tentunya bererti bahawa Hafsah merupakan seorang wanita. Persoalannya ialah, jika benar masyarakat Jahiliyah yang mana Nabi SAW dilahirkan di tengah-tengahnya, menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, bagaimana pula Hafsah boleh hidup? Bagaimanakah pula dia boleh terlepas? Apakah Umar menghanyutkan Hafsah di sungai ketika kelahirannya untuk mengelakkannya daripada dibunuh?
Jawapannya adalah, kenyataan bahawa masyarakat Jahiliyah adalah masyarakat yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup adalah kurang tepat.
Bersambung… (kerana saya cuba sedaya upaya untuk mengelak menulis artikel yang panjang seperti yang dinasihatkan)
Serial "Pasca JOM" ini adalah pandangan sisi saya terhadap tema Majalah JOM yang terbaru, yang mana mungkin sedikit berbeza dengan penulis-penulis yang lain yang telah membahaskan temanya yang telah ditetapkan. Ianya tidak akan disiarkan di dalam Majalah JOM, kerana tema tersebut sudah dibahaskan dengan sangat baik oleh penulis-penulis yang lain, selain namanya pun "Pasca", jadi ianya akan menjadi pandangan sisi setelah mana Majalah JOM diterbitkan. Semoga secebis pandangan ini akan bermanfaat buat semua.
Akhi, post yang baik tapi mohon jgn pendek sgt. Huhu.
ReplyDeletePada ana, kalau buat kat microsoft word, panjang sehelai A4 tu plh ideal untuk blogpost
:)