Bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu hadith, tentu mereka akan sedar betapa ulama'-ulama' hadith dari semenanjung tanah India, terkadang mempunyai pandangan yang agak "kontroversi" lagi menentang arus daripada kisah-kisah sirah yang kita biasa dengar. Antara pandangan kontroversi mereka adalah benarkah umur Saydatina Khadijah 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi SAW? Benarkah Kafir Quraisy mengepung rumah Nabi SAW untuk membunuh baginda semasa peristiwa Hijrah ke Madinah? Dan lain seumpamanya. Pandangan sebegini, buat kita yang tidak arif dan mahir hadith, menimbulkan pertanyaan dan persoalan yang maha panjang akan pandangan manakah yang lebih betul, pandangan manakah yang lebih tepat? Ahli hadith dan ahli sirah kontemporari, ataupun ahli hadith aliran India? Jawapannya: Wallahu a'lam! Kita terasa terlalu dhaif, terasa terlalu kerdil melihatkan kehebatan ulama' hadith dalam kajian-kajian mereka, hingga kita pun tidak tahu, kita pun tidak pasti pandangan golongan manakah yang lebih tepat. Namun, barangkali ada dua-tiga pandangan ulama' hadith aliran India ini yang boleh kita terima, antaranya adalah hujah mereka akan benarkah Saydina Umar Al-Khattab pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup?
Mari kita kaji dengan lebih mendalam. Ermm… maaf, di sini saya tidak mahu membahasnya dengan lebih mendalam (pulak dah….) dipersilakan para pembaca membaca kajian-kajian yang telah dibuatnya antaranya oleh Darul Kautsarnya Mualana Asri Yusof, atau bukunya Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mantan Presiden GAMIS sekaligus mantan YDP PMI UM bertajuk "Khadijah Bukan 40 Tahun." Kita di sini lebih ingin membetulkan pandangan orang terhadap definisi "jahiliyah" itu sendiri.
Ini kerana, sebahagian masyarakat memahami bahawa masyarakat Arab pasca kedatangan Nabi SAW digelar Jahiliyah lantaran mereka tidak mempunyai tamadun, dan tidak berhati perut. Buktinya, mereka menanam anak perempuan mereka hidup-hidup hanya kerana ketakutan mereka pada suatu hal yang tidak pasti, iaitu anak perempuan boleh mendatangkan aib kepada keluarga. Sebenarnya, bukan semua kabilah Quraisy yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Hanya sebilangan Kabilah, lebih tepatnya Bani Asad dan Bani Tamim sahaja yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Itupun, ada tokoh-tokoh di kalangan mereka –seperti Sa'saáh bin Najiah (datuk Al-Farazdaq, penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Ámr bin Nufail- yang cuba membasmi perbuatan tersebut. Sedangkan Umar dan kabilahnya, tidak terlibat dengan perbuatan barbaric tersebut. Jika tidak, bagaimana pula anak Umar Hafsah boleh hidup? Bagaimana pula adik Umar Fatimah boleh hidup, hingga boleh dewasa dan berkahwin dengan Saíd bin Zaid lalu kemudian menjadi asbab keIslaman Umar (menurut sebahagian riwayat)?
Maka, untuk mengatakan bahawa Jahiliyah itu adalah masyarakat yang barbaric, seakan-akan mereka ini cannibal, tak berbaju, tak beretika, tak beradab dan sebagainya, justeru adalah suatu statement yang tidak tepat. Bukankah mereka adalah suatu kabilah yang menepati janji? Contohnya bila ada pembesar Quraisy memberikan jaminan perlindungan kepada Nabi SAW, anda tidak lihat kabilah yang lain tetap bersikap keras melanggar jaminan perlindungan tersebut dengan apa pun alasa, baik Muhammad pada pandangan mereka itu "sosialis"ke, atau Muhammad itu telah "murtad" ke, atau Muhammad tidak mempunyai "grass root" ke, atau jentera di Makkah tidak menginginkan Muhammad ke, dan yang lain seumpamanya.
Bersambung la pulak….
Serial "Pasca JOM" ini adalah pandangan sisi saya terhadap tema Majalah JOM yang terbaru, yang mana mungkin sedikit berbeza dengan penulis-penulis yang lain yang telah membahaskan temanya yang telah ditetapkan. Ianya tidak akan disiarkan di dalam Majalah JOM, kerana tema tersebut sudah dibahaskan dengan sangat baik oleh penulis-penulis yang lain, selain namanya pun "Pasca", jadi ianya akan menjadi pandangan sisi setelah mana Majalah JOM diterbitkan. Semoga secebis pandangan ini akan bermanfaat buat semua.
salam akh
ReplyDeletesambungannya?