Followers

Tuesday, May 17, 2011

Christianphobia

 

 

 

Alif, Laam, Miim.

2. 

 

غُلِبَتِ الرُّومُ

 

 

Orang-orang Rom telah dikalahkan;

3. 

 

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ

 

 

Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;

4. 

 

فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ

 

 

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;

5. 

 

بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

 

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

6. 

 

وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

 

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

7. 

 

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

 

 

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

 

 

Menurut Al-Imam Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, ketika turut ayat-ayat awal Surah Ar-Rum ini, Rom yang merupakan salah sebuah empayar besar di zaman itu –jauh sebelum Amerika dan Soviet Union menjadi empayar digeruni abad ini- telah tewas dalam peperangan antara "musuh tradisi" dengan empayar yang satu lagi, iaitu Parsi. Ketika itu, orang-orang Musyrikin bergembira dengan kemenangan empayar beragama Majusi ini, sedang orang-orang Islam pula menyambut kekalahan bangsa Rom beragama Nasrani atau Kristian dengan kedukaan dan kesedihan. Lalu, turunlah ayat-ayar awal Surah Ar-Rum ini untuk menghiburkan orang-orang beriman, dengan berita bahawa Kristian Rom akan membuat "come back" dalam masa terdekat.

 

Terkejut dengan kesedihan orang Islam terhadap kekalahan Kristian? Terkejut tatkala Ibnu Katsir, pakar tafsir salaf terkemuka menyatakan bahawa janji-janji Allah akan kemenangan yang akan menjelang buat Kristian Rom dikatakan sebagai penghibur hati orang-orang Islam? Sebetulnya, tidak ada apa yang hendak anda hairankan, tatkala anda selusuri petikan firman Allah di dalam ayat Quran berikut:-

 

82. 

 

۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

(Surah Al-Maidah [5]:82)

 

Saudaraku,

Ketika terjadinya tragedi 9/11, sikap Islamphobia didapati makin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Barat. Kita merasa sedih dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Islam, juga respon Barat terhadap Muslimin di sana. Bagaimana ada pelajar-pelajar Muslim di universiti ditikam, masjid dicampak dengan bangkai khinzir, celaan, tohmahan, hinaan dan lain-lain layanan buruk lagi, hanya kerana wujudnya sikap Islamphobia yang tidak berasas di kalangan mereka.

 

Tapi, kita di Malaysia ini, layakkah kita menyalahkah masyarakat Barat kerana terpengaruh dengan sentiment Islamphobia ini, sedang kita di tanah air kita sendiri, sejak sekian lama, terpengaruh dengan sentiment "Christianphobia" yang juga tidak berasas?

 

Benar, kita tidak rela ada di kalangan saudara seaqidah kita dimurtadkan. Tetapi adakah itu bererti kita layak menuduh, mentohmah dan memfitnah orang-orang Kristian tanpa ada sebarang bukti dan hujah yang kukuh? Andai dilakukan Root Cause Analysis terhadap fenomena murtad di kalangan masyarakat Muslim tanahair, benarkah dakwah Kristian merupakan Root Causenya, atau justeru punca utamanya adalah kelemahan dan kelalaian kita sendiri?

 

Bukankah di dalam ayar ke-82 Surah Al-Maidah di atas, Allah SWT sendiri menggambarkan, betapa yang paling "dekat" dengan orang-orang Islam, justeru adalah orang-orang Kristian? Bukankah kita sepakat untuk menolak semua tuduhan yang tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh, baik daripada seorang pemuda yang dikatakan diliwat oleh seorang tua yang mempunyai sakit belakang, dan air mani di dalam duburnya seakan air mani "Superman" hingga boleh hidup melebihi sperma manusia lainnya, mahu pun gossip yang tergamak disebarkan oleh sebuah akhbar betapa kononnya paderi-paderi seMalaysia bersiap untuk menjadi Kristian agama rasmi Negara ini.

 

Sikap Christianphobia ini bukan saja menjadikan masyarakat Kristian salah faham dan menjauhi Islam, bahkan tiada bezanya dengan sikap Islamphobia yang dilancarkan oleh masyarakat Barat. Layakkah kita minta masyarakat yang jauh daripada petunjuk Ilahi Rabbi di dalam Quran dan sunnah Rasul-Nya untuk tidak menghukum tanpa pembuktian, sehingga mewujudkan Islamphobia, sedang kita sendiri menghukum berdasarkan zhan (prasangka) semata-mata?

 

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

(Surah Al-Baqarah [2]:44)

 

Marilah kita buktikan betapa masyarakat yang terbimbing dengan wahyu daripada langit, bisa mewujudkan masyarakat yang harmoni, bertoleransi, adil dan membahagiakan. Bukan sebaliknya memenuhi kehidupan umat dengan politik keji, lucah, kezaliman, tuduhan-tuduhan tidak masuk akal dan sebagainya, kerana sehebat-hebat empayar Rom, mereka pernah juga tewas di tangan Parsi. Sehebat-hebat kerajaan Firaun, mati ditelan laut juga akhirnya. Sehebat-hebat kerajaan Namrud, nyamuk nan kerdil juga yang berjaya menghancurkannya.

 

 

4 comments:

  1. tersedar sejenak, dalam kesibukan kita menuduh itu dan ini, terperasaan setakat manakah contribution kita pada masyarakat ini?

    mungkin sesetengah dari kita hanya tahu mengutuk, expose, kondem, kemudian berpuas hati menyangka bahawa sudah menyelesaikan tanggungjawabnya...

    hanya mendedahkan penyakit, tanpa selidik punca penyakit, dan tanpa berusaha utk mengubatinya. malah mungkin terus menerus mengutuk orang yang mencari penawar bagi penyakit itu...

    hmmm, masih banyak yang perlu dibawa ke asal, mungkin tak dapat ubah semua, sekurang-kurangnya beberapa orang, kan kan kan?
    hehe...

    *ikhwah KMB tgh final exam sekarang. tinggal paper Bio dgn Business. jumaat ni habis..
    doakan yang terbaik ustaz, semoga dakwah ini kan terus subur di KMB, dan semoga ikhwah yg bertebaran selepas ini akan memantapkan lagi 'ngauman' masing2...

    ^^

    ReplyDelete
  2. Abe Am,
    Ana ada baca posting anta hari tu yang anta masuk wad. Bila nak comment, hang pulak laptop, tak tau pasal apa. Ana doakan anta sembuh dan dikurniakan Allah kesihatan dan keselamatan selalu.

    Ma'at taufiq wan najah dalam exam antum. Jadikan akademik sebagai "lahan dakwah" juga. Amin

    ReplyDelete
  3. salam akhi...kif hal =)

    inshaAllah, ana pulang 28 jun - 24 sept. Ana doa dapat jumpe enta utk timba ilmu dan pengalaman. ameen.

    doakan ana yang exam 23 may - 6 jun ni inshaAllah.

    'alislamul azim, la yahmiluhu illal uzama', fa kun minal uzama' syeikh muhannad tahir

    ReplyDelete