Followers

Friday, May 6, 2011

Kehati-hatian

Berhati-hati adalah satu keperluan. Baik dalam mihwar dakwah mana pun. Baik dalam maratib amal yang mana pun.

 

Bila kehati-hatian itu dipinggirkan, apa maksudnya? Apa sebabnya?

 

Root causenya justeru mudah. Hati-hati, berakar dari kata “hati”. Maka bila hati itu kotor, hati itu kering, hati itu fasad, apakah mungkin wujud lagi kehati-hatian?

 

Apakah Syeikh Fathi Yakan yang sudah pun menjejak kaki Parlimen, terlampau kolot sehingga meletakkan tarbiyah amniyah (tarbiah untuk berhati-hati) sebagai salah satu tarbiyah wajib buat para kader?

 

Ingatlah, dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Bila fasad daging itu, maka fasadlah seluruh anggotanya. Tika anggotanya telah rosak, bisakah amal-amalnya terselamat daripada kebobrokan? Tika amalnya telah bobrok, apa hasil yang ingin kalian harapkan?

 

Berhati-hatilah... kerana jalan ke Neraka itu dipenuhi syahwat, jika mata hati telah buta, selamat datang ke Neraka lah gamaknya!

 

No comments:

Post a Comment