Namun, begitu Yang Di Pertuan Agong memperkenankan BERSIH 2.0 untuk berlangsung dengan beberapa syarat seperti ianya dijalankan di stadium misalnya, dan ini dipersetujui pula oleh pihak BERSIH, maka sewajarnya kita semua dapat mencapai titik temu biar pun asalnya kita berbeza pandangan.
Malangnya, tindakan pihak polis dan kerajaan yang memilih untuk "tidak taat" pada titah dan kebenaran Duli Tuanku, menzahirkan apa yang sebelum ini tidak jelas. Jika sebelum ini, mungkin kurang kukuh atau hujah kurang jelas untuk menyatakan pihak polislah yang mebuat provokasi dan dalang di sebalik munculnya suasana tidak aman menjelang 9 Julai, namun kini semakin jelaslah betapa pihak kerajaan dan kepolisianlah yang "berdemonstrasi" mengengkari titah perkenan Duli Tuanku.
Setiap orang ada definisi maksud "pemerintah" yang seharusnya ditaati mereka. Jemaah Islam akan menganggap pemimpin mereka sebagai pemimpin yang padanya terletak hak ketaatan. Begitu juga dengan parti, NGO dan sebagainya. Namun, semua kita harus bersetuju pada siapakah pemimpin sebenar negara kita. Dan dalam konteks Malaysia, rasanya semua kita sepakat bahawa pemimpin itu adalah YDP Agong Malaysia.
Maka, sebarang keengkaran atau "demontrasi" di jalanan, seperti melakukan road block dan sebagainya, itulah yang seharusnya dikategorikan sebagai "menentang pemerintah" secara jelas dan nyata. Maka golongan yang sebelum ini mengharamkan BERSIH lantaran hujah ianya gerakan menentang pemerintah yang dilarang oleh baginda Nabi SAW, maka kini mereka sewajarnya bersuara dan menyelar polis dan pihak kerajaan kerana secara terang-terang telah "menentang pemerintah" Malaysia iaitu YDP Agong kita.
Benar kata Dr. MAZA (dalam facebooknya):
Berlaku ADILlah, baik kepada teman mahupun lawan. Baik kepada yang kita sayangi, mahu pun kita benci. Bersikap RAHMAHlah kepada rakyat, seperti mana ALLAH telah bersikap RAHMAH kepada kita.
Indahnya puisi ustaz Saiful Islam.com:
Tidakkah engkau membacanya?
Massa di Medan Tahrir siapa penggeraknya?
Bukan Ketua Google, bukan Ketua Ikhwan, bukan Ketua Pembangkang.
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sekian lama kauragut kebebasannya)
Hendak disabitkan Ikhwan, banyak sisi yang tidak kena.
Hendak disabitkan Google, rakyat massa masih luar talian.
Hendak disabitkan pembangkang, rakyat dan tentera saling berpelukan.
Kerana yang menggerakkannya bukan tokoh, bukan parti dan bukan kepentingan
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pancainderanya)
Ini bukan era mobilisasi berpaksikan tokoh
Ini bukan era mengikut telunjuk parti
Ini bukan era manusia bangkit dibiayai Soros dan Amerika
Ini era manusia bangkit kerana mereka manusia
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pemikirannya)
Jika tidak kaurasa dirimu sebahagian mereka
Antara iblis dan haiwan, pilih sahaja kelompokmu yang mana
izinkan saya copy entri ini..
ReplyDeletemasyaALLAH, terjawab beberapa soalan pokok saya yang menyerabutkan hati ini dalam beberapa selang waktu ini...
ReplyDeletecuma kadang2 agak terkecil hati dengan golongan yang 'bekerja keras' untuk menambahkan jurang perbezaan antara kita, bukan menilai titik persamaan antara satu sama lain untuk menghilangkan jurang itu...
^^
inilah yang pernah satu ketika dulu ingin saya sampaikan..syukran akh kerana memberi penjelasan.-Robiah El Jawawi
ReplyDelete