Followers

Sunday, July 10, 2011

"Manusia yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi"

"Ucu, ibu rasa, Ucu tak payah ambiklah tawaran belajar ke U.K tu. Sambung belajar dalam negeri aje lah," kata seorang ibu kepada anak bongsunya.

"Ala ibu, dah alang-alang dapat sambung medic ke U.K, tak kan lah tak nak gi?" jawab sang anak, separuh membantah kepada ibunya.

Pada akhirnya, sang ibu terpaksa melepaskan juga sang anak untuk belajar ke U.K, biarpun tanpa kerelaannya. Namun, di sebalik sebak dan sesak di dada menahan kesedihan pemergian sang anak tanpa relanya, sang ibu tetap berdoa memohon kepada Allah agar DIA memelihara sang anaknya, sepanjang 5 tahun perantauan Ucu ke bumi U.K itu.

Babak di atas sangat banyak kita jumpai dalam kehidupan sehari-hari, biar pun berbeza watak dan dialognya. Kisah ibu dan ayah yang keberatan memberikan kebenaran kepada sang anak untuk sambung belajar di luar negeri, atau tidak membenarkan anaknya bermusafir ke sesuatu tempat, atau tidak mengizinkan sang anak berbuat itu dan ini, namun sang anak tetap pergi jua akhirnya. Ada yang pergi dengan penuh slumberland, ada pula yang pergi dengan penuh keangkuhan dan kekurang ajaran. Namun, dalam setiap babak episode itu, yang lebih sering kita jumpa ialah doa keselematan yang mengiringi sang anak daripada sang ibu dan ayah, berbanding doa kemalapetakaan seperti yang ditonjolkan dalam kisah Si Tanggang yang sudah sering diceritakan. Begitulah kehidupan, Sikap kurang ajar sang anak, tetap dibalas kasih sayang oleh sang ibu.

Sebelum berlangsungnya demonstrasi BERSIH 2.0, masyarakat serta para ulama'nya terpecah menjadi 3 pandangan/ golongan. Satu yang menyokong demonstrasi ini habis-habisan. Satu lagi yang mengharamkan demonstrasi aman, dengan dalil kita harus taat pada pemerintah biar pun zalim, selagi ia masih solat. Sedang yang satu lagi lebih neutral dan non partisan dengan mengatakan hukum demonstrasi aman itu harus, tetapi untuk BERSIH 2.0, ada sedikit perbahasan.

Namun, pasca berlalunya 9 Julai, seperti episod ibu dan anak yang dipaparkan di atas tadi, semua kita seharusnya sepakat, baik yang menyokong mahupun yang mengharamkan, baik yang neutral mahu pun yang non partisan, bahawa pihak berkuasa tidak seharusnya melayan rakyat dengan penuh kekerasan dan kekejaman. Sabda Nabi SAW:

الرَّاحمُونَ يَرحمُهُم الرّحمنُ ارْحَموا مَنْ في الأرض يرحمْكُم من في السَّماءِ

Orang-orang yang yang penuh kasih-sayang akan dikasih-sayangi oleh Allah. Hendaklah kalian semua menyayangi semua yang ada di bumi, agar kalian disayangi oleh para penghuni langit. (riwayat Tirmidzi)

Jika ada yang berdalih bahawa kekerasan terpaksa digunakan demi menghalang kemudharatan yang lebih besar, maka kita katakana, sedang kepada tawanan perang yang tewas di dalam peperangannya menentang Islam, Islam tetap mengajar untuk tidak mezalimi dan mengasarinya, maka atas dasar apa rakyat yang telah berjaya ditangkap/ ditahan kemudiannya disambut dengan sepak dan terajang? Sudah mati rasakah kita tatkala melihat rakyat diperlakukan dengan kasar dan kejam, simpati tidak kunjung tiba, sebaliknya sibuk mengatakan orang itu la'natullah, acara ini haram, dan sebagainya? Di mana fiqh awlawiyyat kita dalam mengambil sikap?

Kalau pun kita tetap dengan pendirian bahawa demonstrasi aman itu haram, seperti sang ibu yang tidak membenarkan anaknya bermusafir, namun begitu diengkari oleh sang anak, sang ibu tetap mendoakan moga Allah pelihara keselamatan anaknya sepanjang permusafirannya, tidakkah timbul biar secubit simpati tatkala melihatkan rakyat ditumbuk, diterajang, ada yang mati, ada yang patah kaki, ada yang direntap, dan sebagainya?

Kita mungkin berbeza pandangan tentang demonstrasi ini, tetapi tidakkah kita bisa sepakat bahawa manusia, hatta tawanan perang sekalipun, tidak sewajarnya dilayan umpama binatang? Hatta dengan binatang pun kita dituntut untuk berlaku lunak, apatah lagi manusia?

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu . Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya.

(Hadith riwayat Muslim)

Dalam keghairahan kita menghafal taks hadith, jangan sampai kita lupa dengan "konteks" hadith. Dalam keghairahan kita menentang apa yang kita faham sebagai bid'ah, jangan sampai lupa ada yang namanya hikmah. Dalam keghairahan kita membodek seseorang, jangan sampai kita mati rasa hingga hilang rasa belas kasih dan kasihan. Ingatlah, orang yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi (Riyadhus Sholihin, bab Sabar).

Penuhilah dadamu dengan sifat rahmah, jauhilah ia dari disesakkan oleh kesombongan, keangkuhan dan kemegahan. Moga denga rasa kasih ini, jiwamu akan sentiasa BERSIH.

-penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab berpendapat simpati kepada kecederaan yang dialami seseorang seharusnya melangkaui sebarang ideologi politik-

9 comments:

  1. jgn disalahkan pihak berkuasa kerana kekerasan ini...kerajaan sudah memberi amaran, pihak berkuasa sudah menegah, Raja-Raja sudah bertitah.....jadi mengapa mahu mengzalimi diri sendiri dengan menyertai demonstrasi ini....jika masih mahu mengingkari, terimalah padah yg dicari...jika tidak mahu dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai....wassalam....

    ReplyDelete
  2. mereka nak berhimpun secara aman di stadium merdeka.kenapa hendak disekat perjalanan mereka ke sana???perlu ke disekat??
    ade kedai yang dibakar ke??ada harta awam yang dirosakkan??tiada bukan??
    jadi,mereka bukan pengganas!!!!kenapa layan mereka seperti pengganas??!!!

    ReplyDelete
  3. DAJJAL HAS BEEN IDENTIFIED!!

    DO YOU KNOW THE DAJJAL (THE ANTI-CHRIST), THE ONE-EYED GIANT PROPHECISED BY THE MESSENGER OF ALLAH HAS ALREADY BEEN IN EXISTENCE FOR THE PAST 472 YEARS & HAS BEEN IDENTIFIED?

    YOU MAY BE AMAZED TO KNOW THAT IT IS COMPLETELY DIFFERENT FROM WHAT IT IS THOUGHT TO BE TODAY. TO SEE WHAT IT ACTUALLY IS – VISIT THE WEBSITE www.hezbuttawheed.com AND READ THE BOOK “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!” AND WATCH THE DOCUMENTARY “DAJJAL? THE JUDEO-CHRISTIAN CIVILIZATION!”.

    ReplyDelete
  4. to Mr Kalaunya....

    hehehe BERSIH kan pertubuhan tidak berdaftar mcm mana polis nk bg kebenaran untuk berhimpun...jika peraturan ini tidak diikut..selepas ini akan ada bermacam2 pertubuhan yg tumbuh bagai cendawan untuk buat perhimpunan....bukankah nanti akan menimbulkan masalah juga....

    lg perhimpunan sabtu lepas laungannya bukan mengenai pembersihan dan penambahbaikan pilihanraya....yg dilaungkan adalah kata-kata politik untuk berkuasa....sudah tersasar tujuan BERSIH tersebut...

    ReplyDelete
  5. xde masalah kot nak bagi kebenaran berhimpun..mcm mana KDN boleh arahkan ROS utk haramkan Bersih,mcm tu jugalah KDN boleh arahkan semula ROS legalkan Bersih;itu sumer permainan politik KDN je;gunakan undang2 utk legalkan tindakan mereka...u know this game right??kalau betul2 telus & ikhlas katanya nak bagi stadium,arahkan ROS legalkan Bersih dan benar mereka berhimpun di stadium secara aman;tak susah bukan??u know the game right??so,Bersih dah legal dan perhimpunan aman tidak lagi jadi haram..tapi kenapa KDN tak nak buat???haha..lu fikirlah sendiri..kalau bagi himpun,sure 500k juga yg datang,betul??

    ReplyDelete
  6. to Mr kalaunyer

    tp aku musykil..
    1. dulu time demo anti-isa ok jerr buat di stadium kelana jaya..polis cool ja bg kebenaran...but thiz time..hermm BERSIH xbuat permohonan kat ROS untuk halalkan kut....

    2. demo BERSIH diadakan kerana tiada lg ruang rundingan antara SPR dan kerajaan...bila aku check balik rupanya2 seminggu (klu xsilap) sebelum demo nie yb PAS kota raja menang majoriti kes terhadap SPR, ada report, kukuh bukti, spr akan akur...so ruang apenyer yg xder lg...

    i think u know better lah what the game their played, right?

    ReplyDelete
  7. salam

    Maaf, artikel ini nak bincangkan tentang rakyat yang disepak terajang, BUKAN hukum-hakam demonstrasi.

    Kalau pesalah jenayah (banduan) atau tawanan perang, yang jelas-jelas melakukan kesalahan sebelum ia ditahan, pun Islam ajar layan dia dengan baik selepas ditahan, hingga kalaulah dia didera semasa dalam tahanan, tak kan lah kita nak halalkan penderaan tu dengan alasan "tu la, sapa suruh tentang Islam" "tu lah, sapa suruh buat jahat".

    samalah dengan artikel ni. Jadi saya sebagai empunya blog terpaksa mintak sesiapa yang nak sangat bincangkan hukum-hakam demonstrasi sedangkan artikel ni bercerita tentang layanan kepada rakyat, maka saya mintak carilah tempat lain.

    wassalam

    ReplyDelete
  8. salam mr Firdaus

    soley soley soley....

    jgn kecik kan skop...xbaek wooo hanya nampak salah org lain...kita kena juga wat analisis kenapa, apa yg berlaku....sebab dan musabab berlaku kejadian ini...mudah mudahan ia menjadi panduan dikemudian hari kelak...

    im sorry k klu empunya blog kurang selesa...

    wassalam...

    ReplyDelete