Followers

Tuesday, October 4, 2011

Katakanlah...

Soalan

 

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Maka, atas dasar apa Allah suruh kita berdoa kepada-Nya, sedangkan Dia sudah mengetahui isi hati kita dan segala kehendak dan permintaan kita?

 

Iklan

 

Saya melangkah kaki daripada Suruhanjaya Tenaga dengan jiwa yang girang. Entah mengapa, kegembiraan kali ini betul-betul terasa. Terasa sungguh nikmah dan rahmah Allah SWT kepada saya. Hingga, yang terfikir di benak pemikiran saya ialah untuk segera mencari masjid, untuk sujud syukur sebagai meraikan nikmah Allah yang tiada tara, yang sedang hamba kerdil rasakan ini.

 

Salah satu perkara penting yang harus diketahui oleh seorang Jurutera Elektrik Kompeten (Competent Electrical Engineer) ialah “switching procedure”. Dalam melakukan switching, biarpun seorang orang kompeten (baik Jurutera Kompeten mahupun Chargeman) hendaklah membiasakan diri melihat prosedur switching serta menyebut kembali langkah-langkah switching yang akan ia lakukan kepada orang lain dan orang lain itu mengesahkannya, sebelum ia memulakan langkah-langkah switching, biarpun orang kompeten itu sudah hafal, sudah pakar dan sudah terbiasa melakukan kerja-kerja switching tersebut. Semua ini (melihat dan menyebut kembali langkah-langkah yang akan diambil seperti di dalam prosedur) untuk mengelakkan sebarang kesilapan daripada berlaku.

 

 

Jawapan (di antaranya)

 

Seorang isteri, terkadang bukan ia tidak tahu suaminya sangat cintakannya. Daripada segala apa yang dilakukan oleh suaminya, baik kesungguhannya, baik kesetiaannya, baik pengorbanannya, sang suami sudah membuktikan secara nyata cintanya pada isterinya. Namun, seorang wanita bergelar isteri, hatinya akan semakin berbunga-bunga tatkala mendengar ungkapan “i love you” keluar daripada mulut suaminya. Ertinya ungkapan “i love you” itu diharapkan oleh sang isteri itu bukan kerana tidak tahu suaminya memang mencintainya, tetapi justeru ungkapan itu membahagiakan lagi hari-harinya. Ertinya, mengungkap sesuatu, tidak semestinya kerana orang tidak tahu.

 

Seperti juga di dalam kisah switching yang dipaparkan di dalam iklan di atas. Orang Kompeten akan menyebut kembali apa yang akan ia lakukan, bukan kerana ia tidak tahu atau tidak biasa, tetapi sekadar pengesahan untuk menjamin safety di dalam pekerjaannya itu. Di sini, ungkapan itu terpacul, bukan kerana tidak tahu, tetapi untuk kepastian, untuk keselamatan. Maka sering kali orang yang tidak tawadhuk sahajalah, yang akan mengabaikan langkah ini, kerana merasakan dirinya sudah serba tahu, atau sedia tahu.

 

Kerana itu, Allah menyuruh kita berdoa bukan kerana Dia tidak tahu. Bahkan, Allah justeru sangat dekat dengan kita.

 

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam”

(Surah Al-Baqarah [2]:186)

 

 

Tetapi, ungkapan doa itu, terutama dalam nada merintih, menjadikan Allah SWT semakin cinta pada kita. Hingga tidak ada sebab untuk menolak permohonan hamba-Nya. Sabda Nabi SAW;

 

Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila ada hambaNya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa. (HR. Al Hakim)

Sesungguhnya Allah Maha pemalu dan pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa.”
(Shahih, HR. Abu Dawud no. 1488 dan At-Tirmidzi no. 3556 dan beliau mengatakan hasan gharib. Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

 

Oleh itu, janganlah henti berdoa, hanya kerana merasa dan mengetahui bahawa Allah SWT Maha Mengetahui. Kerana iya, memang Allah Maha Tahu, tapi apalah salahnya kita mengungkap? Terkadang, anda harus membantah apa yang didendangkan oleh KRU; “jangan lafazkannya.....” tetapi mempercayai apa yang dinyanyikan oleh Hazami; “katakanlah....”

2 comments:

  1. Barangkali orang yang menyoal soalan di atas tu melihat dari perspektif Allah. Agaknya penyoal lupa yang kita adalah hamba, sepatutnya melihat dari perspektif hamba.
    Kita berdoa supaya kita sedar kekurangan diri, supaya kita sedar apa yang kita fikir, supaya lebih fkus, lebih tersusun dan jelas matlamat. Kadangkala kita berfikir terlalu banyak dan tidak tersusun, maka dengan berdoa, kita dapat melihat kembali diri kita, menapis apa yang kita fikir kita perlu. Seringkali sewaktu berdoa memohon sesuatu, kita dapat ilham dan idea kerana sewaktu berdoa kita sedang fokus pada perkara tersebut.

    ReplyDelete
  2. analogi pasangan suami isteri kat atas ni sangat baik dijelaskan mengapa manusia perlu berdoa pada tuhan walaupun tuhan tahu apa yang kita doa dan bakal doakan. ramai yang tanya soalan ni. soalan paling femes di antara sahabat2 sendiri dan adik2 usrah... syukra ya ustaz engineer :)

    ReplyDelete