Followers

Wednesday, October 26, 2011

Passion of Christ

Jujurnya, saya ke kedai vcd itu memang untuk membeli. Saya berfikir untuk membeli vcd “Patch Adams” lakonan Robbie Williams. Biarpun saya tidak pernah menonton cerita penuhnya, tetapi saya dimaklumkan bahawa cerita Patch Adams itu adalah cerita berkenaan doktor yang, dari beberapa segi, above the norm atau dalam bahasa Melayunya “lain daripada yang lain.” Kerana Patch Adams berfikir dan bertindak berlainan dengan medical doctor-medical doctor biasa yang lainnya, maka saya fikir, mungkin banyak ibrah yang boleh diketengahkan, terutamanya kepada mutarabbi-mutarabbi student medic saya.

 

Sayangnya, vcd Patch Adams tidak ada. Dan stok barunya, entah bila akan berkunjung tiba. Tidak mengapa. Tentu banyak hikmahnya. Cuma, dalam pada membelek-belek vcd-vcd yang ada, saya terperasan satu cerita yang pernah bikin kontroversi tatkala pelancarannya. Cerita The Passion of Christ, di mana Mel Gibson menjadi tulang belakangnya (tetapi bukan terajunya). Apa yang menarik pada vcd itu ialah, terdapat satu sticker kuning pada vcd itu yang bertulis (lebih kurang): WARNING! Not suitable for Muslim viewers. Saya jadi penasaran, apakah sticker amaran itu ditampal, kerana ada aduan daripada penonton-penonton beragama Islam? Lebih lanjut lagi, apakah kerana jalan ceritanya memang ada menghina agama Islam?

 

Kita berada di sebuah Negara yang majority penduduknya beragama Islam. Begitu juga agama rasmi Persekutuan, juga merupakan agama Islam. Ertinya, Islam di Malaysia punya advantage ke atas agama yang lainnya, sama seperti yang dipunyai Kristian di Negara-negara Eropah, atau Komunisme di China, atau lain sebagainya. Oleh yang demikian, setiap tindakan kita atau sikap kita terhadap agama lain, akan me”wajar”kan tindakan yang serupa terhadap Islam oleh agama lain di Negara-negara yang Islam hanya minority rakyatnya. Jika umat Islam di Malaysia melakukan demonstrasi untuk menggerunkan penganut agama lain, maka kita tidak berhak berkata apa-apa tatkala agama lain melakukan hal yang sama terhadap umat Islam yang minority, misalnya bantahan penduduk Amerika terhadap pembangunan Islamic Centre di Ground Zero World Trade Centre. Ini sesuai dengan firman Allah berikut:-

 

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

(Surah Al-An’am [6]:108)

 

Bukanlah bererti kita sebagai umat Islam tidak harus concern dengan gejala riddah (murtad) yang semakin menjadi-jadi di Negara kita. Tetapi, seperti mana di dalam kerjaya kita, baik engineer baik doktor baik arkitek dan sebagainya, tatkala kita dihinggapi masalah, perlu ada Root Cause Analysis terhadap masalah tersebut agar langkah yang diambil akan benar-benar menghentikan sumber permasalahan, maka begitu jugalah dengan gejala riddah ini. Apakah umat Islam di Malaysia semakin ramai yang murtad, sekadar kerana masalah external yakni serangan dan dakyah para misionaris Kristian semata-mata, atau turut disumbangkan oleh masalah internal di dalam tubuh umat Islam itu sendiri? Dan, apakah dengan berhimpun itu, mampu menyelesaikan masalah internal tadi?

 

Bagaimana mungkin kita mewajarkan berhimpun, sedangkan JAIS masih mengganas menangkap orang-orang yang mahu berdakwah? Bagaimana bisa kita berhimpun sedangkan lembaga zakat masih tidak melakukan muhasabah dan audit untuk memperbaiki sistem pembahagian zakat? Bagaimana boleh kita berhimpun sedangkan IPT-IPT pun masih menghalang penyebaran dakwah di kampusnya?

 

Keduanya, jika berhimpun ini dianggap wajar kerana ia boleh menyampaikan mesej kepada non-Muslim agar jangan memurtadkan orang Islam, soalannya, memang orang Islam tidak boleh murtad, tetapi bagi non-Muslim, apakah mereka dilarang di dalam agama mereka untuk menyebarkan pengetahuan dan kepercayaan agama mereka kepada orang lain? Jika jawapannya tidak, di saat kita berhimpun untuk menakutkan mereka dan menghalang mereka (berbanding menghalang orang Islam kita daripada murtad), kita justeru sedang interfere atau campur tangan dengan hal-ehwal agama lain. Maka, saya jadi semakin mengerti kenapa setengah Negara Barat menghalang pemakaiaa jilbab dan tudung, melarang pembinaan surau di ofis, dan sebagainya. Kerana kita sebagai penganut agama yang adil lagi harmoni pun melakukan hal yang sama.

 

Ketika non-Muslim menghasilkan filem atau cerita berkenaan agama mereka, Passion of Christ misalnya, apakah anda fikir mereka akan mengakui dan mengiktiraf kebenaran Islam di dalam filem atau cereka mereka? Nah, andainya kita rasa tersinggung atau terhina dengan sudut pandangan agama mereka, misalnya mengatakan Jesus sebagai anak Tuhan, maka tidakkah kita sedar berapa banyak perkataan kita tentang kebenaran Islam turut menyinggung perasaan mereka?

 

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

(Surah Al-An’am [6]:108)

 

 

Kerana itu, wajar sekali firman Allah di dalam surah Al-An’am di atas. Maka, sebelum kita memilih untuk berhimpun sebagai tanda warning kepada penganut agama lain, sebaiknya kita fikirkan kesan-kesan berikut:-

 

1)      Apakah dengan berhimpun ini, masalah internal umat Islam akan selesai? Apakah mereka yang murtad akan kembali bertaubat kerana “gah”nya himpunan manusia membantah pemurtadan anak bangsa?

2)      Apakah seruan agar penghalangan dakwah (seperti penangkapan para pendakwah oleh JAIS) menjadi salah satu agenda kita?

3)      Apakah non-Muslim yang melihat lautan manusia yang berhimpun ini, akan semakin dekat dengan Islam, atau semakin menjauhi Islam?

4)      Tidakkah Negara Barat beroleh hujah untuk menekan perkembangan agama Islam di Negara mereka, lantaran Islam sendiri menekan non-Muslim di tempat kita?

 

Mungkin ada baiknya kita ingat kembali kaedah feqah: “menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding meraih manfaat.” Sudah tiba masanya kita mentajdid cara berfikir kita, lebih banyak offensive yakni berhujah, berfakwa, berdialog dan melipat gandakan dakwah dan tarbiyah, berbanding defensive, yakni halang, halang, halang. Kerana itu, gerakan Islam pun harus lebih terbuka dengan menggalakkan ahlinya berfikir, mengumpul fakta, mendengar hujah dan sebagainya. Sikap menghalang ahli mendengar hujah “orang lain” yang selama ini mereka amalkan, semata-mata untuk menghalang ahlinya mempersoalkan tindakan mereka dan mewujudkan ketaatan tidak berbelah bagi di kalangan ahli, adalah antara punca ramai di kalangan kita tidak terbiasa berhujah, berdialog, berfakta dan sebagainya, sebaliknya lebih kepada menghalang, menghalang dan menghalang. Mari tajdid fikiran kita.

 

 

 

 

8 comments:

  1. alhamdulillah.. satu point of view yg menarik.. sgt bersetuju dgn syeikh faridul.. sama2 kita bina ummah insyaAllah.. :)

    -Mr. Ri-

    ReplyDelete
  2. Seorang murobbi sms ana beritahu dia menghalang binaannya dari berHIMPUN walaupun mereka sgt bersemangat..

    Anak2 U ana pula x tanya langsung pasal HIMPUN, sibuk nak exam..huhu...

    Peduli UMMAH, mulakan dengan TARBIYAH

    ReplyDelete
  3. Mutarabbi ana sendiri pergi beramai-ramai ke HIMPUN. takde masalah, ana tak halang...

    sebenarnya orang yang pergi HIMPUN ni kita boleh follow-up "semangat" mereka dengan memarakkan lagi semangat itu untuk komited dengan tarbiyah.

    Masa Perhimpunan Sejuta Umat tahun 2006 dulu, ramai jugak member ofis yang datang halaqah, tapi kemudiannya lari beramai-ramai.

    So pada ana, murabbi ta perlulah sampai menghalang anak buahnya. It is time tarbiyah melakukan pendekatan mendidik orang berlapang dada dengan perbezaan pendapat, BUKAN memastikan orang agar setuju dengan pendapat sang murabbi.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  4. Jazakallah akhi atas pandangan yg membuka minda :)

    yg utama timbangkan mana lbh besar maslahat atau mudharat dalam melakukan sesuatu. cuma spt akhi kata "FOLLOW UP", itu yang penting selepas mana2 program, mega ataupun mikro skalanya..

    *ana sendiri lebih cinta untuk berHALAQAH dari berHIMPUN.Namun, tidak menghalang tidak juga menggalakkan

    ReplyDelete
  5. berhimpun tidak bermaksud berdomenstrasi..
    tp kite hanya berhimpun..spt mane kite behimpun sewaktu perhimpunan pagi di sekolah.semasa berhimpun inilah kite mampu mengenali umat ISLAM di malaysia..di mana kite dapat betukar-tukat idea dan pendapat..tarbiyyah bukanlah hanya dengan halaqah,tetapi banyak lg.ini pndgn ana shj
    wallahualam

    ReplyDelete
  6. himpun dan HIMPUN, lain hadaf walau satu nama... :)

    terima kasih atas pandangan. ana sgt2 bersetuju. :). tarbiyah ada bermacam wasilah, tdk jumud pd halaqah.ana rasa akhi faridul pnh menulis mengenai amal dhaif amal qawiy.. mungkin boleh dikupas atau dipost semula dgn nafas baru.

    asif jiddan susahkan akhi pulak. Ana tertarik dgn cerita akhi berseluar trek masa memCUCI 1.0.

    *Masih bertatih2 dalam dunia ini.. moga Allah redha

    ReplyDelete
  7. anta pernah dgr pasal torrent x akhi? klu tny bdk2 U sekarang diorg tahu sgt camne nk dptkn movie tu thru torrent. yer lah, movie lama2, ana xrasa ada lagi kt kedai. tp, klu nta xberminat idea download mendownload ni.. xsesuai lah nk cari movie tu guna torrent.. just cadangan.. :)

    ReplyDelete
  8. hmm... bleh ana tau, akh pergi x himpun tue..
    klo pegi mungkin akh paham kot apa yg nak disampaikan.. coz himpun tue bkn dok mencaci agama lain,
    lgpon bukan kah saidina abu bakar mengunakan kekuasaan untuk mencegah gejala murtad...
    ker, dia just dok relax jer..

    apapon pasal dakwah dan tarbiyah mmg btol kata2 akh, tue mmg method yg terbaek. cuma cara org nak sebarkan fikrah tue kan berbeza2.. ade yg guna blog, ader yg gna facebook, ader yg nak berhimpon.. apapon di hujung tue tarbiyah dan halaqah jgn diketepikan..

    p/s: kenapa ramai yg tidak bersetuju apabila sesuatu perhimpunan itu melibatkan islam..

    himpun pagi kat skolah takder org pertikaikan..
    himpun ramai2 tgok bola, takder masalah.,
    himpun satu family gi berkelah, suatu kemestian..
    himpun sejuta umat untuk memnyedarkan ttg akidah umat islam.. WOW..! ada jer tomahan..
    kenapa tidak berbaik sangka sahaja..
    atau btol2 sudah dikaji mmg membuang masa..huhu

    ReplyDelete