Followers

Saturday, December 31, 2011

[Q&A]: Kawan saya telah murtad.... (sambungan)

Soalan

Kawan saya dengan selambanya mengatakan “aku ni Kafir lah…”. Tatkala kami kawan-kawan suruh dia tarik balik kata-kata dia tadi, dia buat dek aje. Hingga kami terpaksa minta ustaz interfere lalu ustaz pun memaksa sang kawan tadi untuk menarik balik perkataannya dan mengucap Syahadah balik…

 

Tambahan: dah la family kawan saya tu semuanya baik-baik…..

 

Terima kasih kepada mereka yang berminat untuk mendengar jawapan saya. Maaf, pada posting yang lepas, saya terpaksa menggunakan banyak masa untuk membebel hal yang seakannya tidak berkaitan, adalah agar para pembaca beroleh kefahaman tentang bagaimana boleh terjadinya perbezaan pandangan sesama kita. Jadi, nanti bila saya kemukakan pandangan dan jawapan saya, takdelah pulak tukang komen yang tak bersetuju dan tidak sependapat, lalu membesar-besarkan ketidak setujuannya itu di sini. Saya sedia maklum akan ada yang tidak bersetuju, itu manusiawi. Namun, terkadang sebahagian kita tidak mampu berlapang dada dengan pendapat orang lain, lalu membesar-besarkan perbezaannya itu di sudut ruangan komen, hingga akhirnya menjadi debat yang tidak perlu. Cadangan saya, tuliskanlah pandangan anda di blog peribadi anda, dan cukuplah me”link”kan posting anda itu di ruangan komen, berbanding memulakan perdebatan di ruangan komen. Inilah yang berlaku di blog mana pun, termasuk web saifulislam.com, drmaza, dr zahadruddin, dan ramai lagi.

 

Okey, secara ringkas, berikut-lebih kurang- jawapan saya. Maaf, saya terpaksa meringkaskan jawapan ini sebab jawapan diberi secara spontan kepada soalan sang adik yang bertanya sewaktu sesi makan-makan, itu pun saya dah “curi” masa peserta dengan celoteh saya yang menyebabkan sahabat urusetia terpaksa ingatkan tentang timing program. Atau sebab yang sebenar: malas! Hahaha...

 

Pada saya, sebelum kita menghukum sang budak yang declare dia dah Kafir tadi, elok kita tahu background dia terlebih dahulu. Iya benar, family dia baik-baik dan alim belaka, tetapi hati saya berat mengatakan bahawa tujuan dia cakap macam tu, coz dia inginkan “perhatian” sebenarnya. Samalah juga dengan Mat Rempit misalnya. Dalam kondisi biasa, tiada siapa mempedulikan mereka. Tetapi tatkala mereka bertaruh nyawa menggayakan skil-skil rempit mereka, serta-merta mendapat perhatian orang ramai. Cubalah kalian perhatikan iklan “Aaron” di t.v. Sesetengah kanak-kanak, sengaja mereka mengundang amarah mak-ayah mereka, kerena dengannya, mereka merasa seronok coz berjaya meraih perhatian ibubapanya.

 

Bak kata Raihan, iman tidak dapat diwarisi. Namun kita harus maklum, tidak semua insan sesuai dengan “budaya beragama” sebahagian yang lain. Maka, biarpun family sang budak itu merupakan family yang beragama, mungkin sang budak itu tumbuh dalam suasana yang menimbulkan jiwa memberontak, lalu ia melahirkan protesnya tatkala berada di asrama. Maka, pada saya, kita kena faham dulu psychology background dia dahulu, jangan asyik fikir pasal hukum. Mungkin dia perlukan pendekatan beragama yang lain untuk menyentuh hatinya dekat dengan Tuhan.

 

Wallahu a’lam.

 

Friday, December 30, 2011

[Q&A]: Kawan saya telah murtad....

Soalan

Kawan saya dengan selambanya mengatakan “aku ni Kafir lah…”. Tatkala kami kawan-kawan suruh dia tarik balik kata-kata dia tadi, dia buat dek aje. Hingga kami terpaksa minta ustaz interfere lalu ustaz pun memaksa sang kawan tadi untuk menarik balik perkataannya dan mengucap Syahadah balik…

Soalan di atas adalah kisah sebenar yang benar-benar ditanyakan kepada saya oleh salah seorang peserta program Islamia Youth Forum kepada saya kira-kira 2 minggu lepas. Saya minta maaf kerana tidak meminta izin beliau untuk memaparkan soalan beliau beserta jawapan saya ketika itu di blog ini, namun saya rasakan persoalan di atas sangat penting dan agak menarik untuk diketengahkan, memandangkan persoalan-persoalan yang “senada” dengannya banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita sehari-hari.

Bagi para da’ie yang merasakan “sebelah kaki dah masuk Syurga”, mungkin ia tidak percaya dengan kes-kes pelik “ala Mastika” seperti di atas. Tapi bagi mereka-mereka yang pernah melalui “hari-hari kelam” sebelum hidayah datang mengetuk pintu hatinya, kisah-kisah aneh seperti di atas tidak langsung mengherankan dirinya.

Saya masih ingat, pernah seorang “da’ie agung” bercerita di dalam sebuah program, tatkala berbicara tentang topik bagaimana menilai para mutarabbi kita, ia mengatakan bahawa antara muwashofat yang perlu ada pada sang mutarabbi itu adalah tidak mensyirikkan Allah, tidak melakukan dosa besar, bla, bla… dan salah satunya, ialah tidak menghisap rokok. Lalu ia pun dengan selambanya mengatakan, betapa tiada orang yang ikut program kita yang menghisap rokok.

Saya, tatkala mendengar hujah “da’ie agung” ini (sebenarnya, saya tak rasa agung pun. Tapi dek kerana jawatan-jawatan dan publisiti dirinya, maka ia mungkin layak digelar –atau tepatnya berkelakuan seperti- da’ie agung. Hoho..) menjadi terkezut. Terkezut kenapa? Kerana saya baru tahu, rupanya ada orang-orang “hebat” seperti dirinya, tidak terbiasa mengajak orang yang menghisap rokok ke dalam program-program anjurannya, sehingga wajar ia bertanggapan, orang-orang yang ikut programnya pasti tiada yang hisap rokok.

Lalu saya pun jadi keliru, sebab saya rasa saya ni bukanlah daie yang bagus, tetapi kawan-kawan mahupun junior-junior yang pernah saya ajak, bahkan hingga ke tahap pernah hadir ke program tarbiyah khusus (baca: halaqah), ramai juga yang menghisap rokok. Lalu saya tertanya-tanya; eh, betul ke aku ni hebat sampai boleh tarik orang hisap rokok? Orang lain cam tak biasa je ajak orang hisap rokok…?

Beberapa hari selepas itu, saya terbaca artikel di dalam blog akh Hafidz Yusuff. Beliau juga seorang da’ie agung pada saya. Biarpun tidak sempat bergaul mesra dengan beliau, tetapi saya tahu beliau memang seorang yang hebat. Biarpun kini beliau memilih ISMA sebagai wadah perjuangannya, saya tetap doakan daie hebat dan penuh tulus seperti beliau mendapat keampunan, rahmah, barakah dan pertolongan daripada Allah, dan semoga ALLAH memelihara dirinya untuk terus istiqamah memperjuangkan agama-Nya.

Seakan kebetulan, artikel terbaru beliau ketika itu, menceritakan tentang pengalaman beliau menarik orang ke dalam tarbiyah. Yang menariknya, ada di antara mad’unya yang sebelum tersentuh dengan tarbiyah, mereka menghisap rokok. Yang lebih menariknya, mereka bahkan berhenti merokok selepas beberapa lama menikmati roh tarbiyah bersama dirinya. Kisahnya boleh dibaca di blog beliau (maaf, saya tidak ingat bila tarikh paparannya).

Ini menunjukkan, sebetulnya bukanlah suatu yang “hebat” tatkala seorang da’ie mengajak orang yang merokok, atau orang yang bercouple, atau orang yang tak solat, atau geng-geng kaki pukul dan sebagainya kepada Islam. Cuma, rupa-rupanya ada juga “da’ie agung” yang tak buat begitu, lantas, perspektif dia tentunya berbeza dengan perspektif mereka yang terbiasa mendakwahi semua orang.

Sebegitu jugalah tatkala dalam blog lama saya dahulu, saya menulis tentang aktivis dakwah yang kurang hajar pada mak-ayahnya. Ada juga ikhwah-ikhwah yang tidak percaya dengan kisah sebegitu. Begitulah, manusia tatkala tidak terbisa berjumpa senario-senario sebegini, ia cenderung untuk tidak percaya dengan kisah-kisah pelik bin ajaib di atas.

Okey, saya terpaksa berleter panjang, untuk memahamkan tuan-puan para pembaca sekelian betapa kisah yang dipertanyakan kepada saya di atas, tidaklah aneh bagi saya, tetapi mungkin aneh bagi tuan-puan, hingga menjadikan perspektif melihat isu serta memberikan pendekatan di antara kita berbeza.

Lalu, apakah jawapan saya kepada adik yang bertanya itu???

Monday, December 19, 2011

Lightning Conductor

Di Amerika dan Australia, mereka memanggilnya lightning rod. Di U.K, mereka memanggilnya lightning conductor. Di Malaysia, saya pun tak tahu kita memanggilnya apa. Sebab orang kita terlalu ghairah nak menyebut sesuatu di dalam bahasa omputih, kerana konon speaking itu cool, walaupun terserlah keMelayuannya dek mulut yang berbau budu dan sambal belacan.

Pokoknya, lighning conductor (bisa juga disebut lightning rod, seperti yang telah diterangkan tadi) adalah satu rod atau konduktor yang dipasang di atas sebuah bangunan dan disambungkan ke bumi menggunakan kabel pembumian. Ia dipasang, kononnya untuk melindungi bangunan itu daripada merasakan akibat panahan petir. Secara teori, begitu kilat mencari mangsa untuk disambar, ia akan menyambar lightning conductor berbanding memanah sang bangunan, yang bisa menyebabkan kebakaran berlaku, atau komponen-komponen elektronik yang terpasang pada sistem pendawaian bangunan itu seperti lampu, computer, televisyen dan sebagainya meletup. Konon, Benjamin Franklinlah yang mengilhamkannya pada tahun 1749, manakala Prokop Divis pula memperkenalkannya di Eropah pada tahun 1754. Rujuklah Wikipedia jika anda tidak percaya.

Saudaraku,

Kilat adalah satu fenomena alam yang kaya dengan tenaga elektrik. Cuma, tenaga elektrik yang dimilikinya adalah pada kapasiti yang sangat tinggi, dengan Voltan yang teramat tinggi, serta Arus yang maha tinggi. Ianya menjadi malapetaka bagi siapa yang terkena panahannya, seperti mana merananya Syaitan demikian merasakan penangannya.

Dikisahkan bahawa sebelum kerasulan Nabi SAW, Syaitan bebas mencuri dengar segala berita di langit. Namun, semuanya terhalang setelah Nabi diangkat menjadi Rasul, lalu Iblis pun mengarahkan tenteranya mencari sebab kenapa mereka terhalang. Akhirnya mereka mendapati bahawa puncanya adalah kebangkitan Rasul akhir zaman. Nah, jika dahulu mereka bebas mencuri maklumat, kini mereka berdepan dengan lontaran panahan petir yang sentiasa mengekori. Semua ini kita maklumi menerusi firman Allah dalam surah Al-Jin.



`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.



`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya

(Surah Jin [72]: 8-9)

Maka, musibah-musibah, ujian dan dugaan, halangan dan rintangan, bisa meninggalkan kesan umpama panahan petir kepada manusia dan insan. Menghasilkan kepiluan, kesedihan, keputus asaan, dan tidak ketinggalan juga tekanan. Lantas, bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tirulah konsep lightning conductor. Ia menyelamatkan sang bangunan, dengan cara “memandu” panahan kilat ke bumi. Lantas, insan, begitu ia diuji, begitu ia ditimpa musibah, begitu ia mendapat tekanan dan gangguan dan halangan dan penderitaan, ia harus pantas mengarahkan dahinya ke bumi. Sujud tunduk penuh patuh, dan penuh harap, pada Ilahi Rabbi. Merasakan kekerdilan insan, dan mengagungkan kebesaran Izzati Rabbi. Itulah penyelesaiannya, itulah jalannya. begitulah cara menyelematkan jiwa seorang hamba, dengan kembali berharap hanya pada Dia.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar



Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Surah Al-Baqarah [2]:153-156)

Konon, ketika Nabi Ibrahim hendak dibakar di dalam api, Jibril datang menawarkan pertolongan. Apa jawab Ibrahim A.S? (lebih kurang): “kalau pada engkau, aku tak perlukan pertolongan.” Begitulah Ibnu Katsir melalui buku Qishashul Anbiya’: Ibrah li Ulul Albab menceritakan pengharapan dan pergantungan total Nabi Ibrahim A.S kepada kekuasaan Tuhan, bukan pada Jibril mahupun mana-mana makhluk ciptaan Tuhan.


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah ALLAH untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" (Surah Ali Imran [3]:173)

Amalkanlah prinsip yang digunakan lightning conductor dalam kehidupan. Bukan meniru gaya bas konduktor, yang mengutip wang daripada penumpang.

-Penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab merasakan manusia yang tunduk merindukan Tuhan, amalnya segak dan mampu berterusan-

Monday, December 12, 2011

[arkib]: AMAL UNGGULAN

Artikel ini telah disiarkan di http://faridul.wordpress.com/2007/09/28/amal-unggulan / pada tahun 2007 yang lalu.

AMAL UNGGULAN

Dalam sebuah hadis Anas atau al-Hasan: Nabi bersabda:  

Sesiapa menlawat orang sakit hari ini, mengiringi jenazah, diberi taufiq berpuasa pada hari ini, maka wajiblah syurga baginya.
Kata al-Hasan, Nabi besabda kepada sahabat2nya: Siapa antara kamu melawat orang sakit hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu bersedekah sedikit hartanya pada hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu mengiringi jenazah hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu berpuasa hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabda Nabi SAW: Ia (amalan2 itu) mewajibkannya (yakni syurga).
-

Musannaf Abdul Razzaq (no: 6765) 

Sahabatku,

Mari kita renungkan. Renungkan dalam-dalam. Apakah amalan unggul yang sudah dan sedang kita perbuat, sehingga dengan asbab amalan itu –dan dengan rahmat ALLAH tentunya- ALLAH mewajibkan Jannah untuk kita. Dengan amalan unggul itu, Islam kembali terbela, lalu kembali memancarkan keindahan dan keagungannya di mata dunia. Dengan amalan unggul itu, ummah kembali tersenyum dan tertawa, setelah sekian lama merasai perit dah perih hidup dalam ketakutan dan kekalutan akibat bahang dan asap yang disebarkan oleh fasadul ummah yang hebat menodai panorama umat. 

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

(Surah al-Isra’ [17]:16) 

Marilah kita seperti Abu Bakar dalam urusan beramal ibadah. Dalam urusan membenarkan segala sunnah yang datang daripada Rasul-Nya SAW junjungan. Dalam urusan membela kesucian agama habis-habisan. Dalam urusan kecintaan dan erti sebenar sebuah persahabatan. Dalam semua erti dan urusan… ya, mari kita jadi umpama Abu Bakar. Umpama Umar. Umpama utsman. Umpama Ali. Dan lain-lainnya. 

Marilah bersama menjadi orang-orang yang pantas menyahut “Saya!” tatkala datang panggilan untuk membela agama, kerana sememang itulah tanggungjawab kita semua. Moga ALLAh kurniakan kemuliaannya buat kita: hidup mulia, dengan Islam menaungi dunia, atau mati syahid dan mendapat Syurga. 

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.”

(Surah ash-Shaaf [61]:14)

 

Oleh:   Faridul Farhan Abd Wahab  “Apa khabar mutaabaah?” 

 

 

Sunday, December 11, 2011

[arkib - serial ukhuwah]: NASIHAT SANG SAHABAT

Artikel lama disiarkan di http://faridul.wordpress.com/2007/08/21/serial-ukhwah/. Artikel ini ditulis berdasarkan “senario”nya yang tersendiri. Gambar dicilok dari blog dpmz4.blogspot.com melalui carian di Google Image.

[serial ukhwah]: NASIHAT SANG SAHABAT

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhanku, kurniakanlah aku “khalilan shalihaa”..” 

 

Maka tercatatlah di dalam kalam ALLAH nan indah:- 

Demi Masa

Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian

Kecuali mereka yang beriman, dan beramal shalih,

Dan saling berpesan tentang kebenaran,

Dan saling berpesan mengenai kesabaran.

(Surah Wal-Ashr [103]:1-3) 

 

“Taushiah bil haq, taushiah bish shabr”. Saling berpesan akan kebenaran dan kesabaran. Itulah antara ciri-ciri sekaligus syarat-syarat untuk terlepas daripada kerugian. Itulah juga karakteristik sekaligus watak yang ideal yang harus hadir pada diri seorang sahabat. Kerana manusia itu lebih sering meminta pandangan mahupun nasihat, daripada seorang yang dianggapnya sebagai sahabat. Begitu juga, manusia itu lebih mudah menerima nasihat, tatkala ia terpacul dari mulut seorang yang bergelar sahabat.  

Maka, kehidupan itu akan lebih berseri, dan pasti lebih bererti, tatkala budaya memberi dan mengambil nasihat mula berleluasa lalu memasyarakat di dalam pentas kehidupan manusia kini. Bukan sahaja kehidupan, bahkan agama itu juga ditampung oleh budaya saling bernasihat. Bukankah junjungan kita yang mulia sahaja telah bersabda; “Sesungguhnya Agama itu Nasihat!” 

Tapi, yang namanya nasihat itu bisa saja menjadi longlai lesu, tanpa mampu menghadirkan apa-apa erti, tatkala kita sebagai salah satu di antara dua pihak yang menginteraksikan nasihat –pemberi atau penerima- terjunam jatuh dari landasan nasihat yang sepatutnya. 

Yang satu pemberi nasihat, tatkala ia hadir dengan gaya seorang “Pengkritik AF”. Lihatlah sendiri, seorang pengkritik rancangan realiti t.v, biarpun ia sendiri tidak pandai menyanyi, walaupun ia sendiri bersuara sumbang, namun mulutnya cukup pantas lagi pedas mengeluarkan kritikan yang terkadang entah apa-apa, seolah-olah dialah jaguh nyanyian yang sebenar-benarnya. Maka, letakkanlah siapa pun saja, hatta anak-anak yang tidak tahu apa-apa berkenaan muzik, pasti ia sendiri bisa saja mengatakan; “nyanyian awak kurang feel”, “pitching awak lari”, “awak kurang penghayatan” dan lain seumpamanya, demi memberikan kritikan yang ia rasakan terbaik. Demikianlah “Pengkritik AF”, dan demikian jualah kita, tatkala berperanan sebagai pemberi nasihat. 

Nasihat diberi, tanpa menghirau apa perasaan sang penerima nasihat, walaupun kita sendiri jika di posisi itu, pasti kurang menyenanginya. Nasihat diberi, tanpa bercermin pada diri sendiri, sama ada dirinya sendiri saja mampu dan sudah melaksanakan apa yang dinasihatkannya itu. Nasihat diberi, tanpa ia ingat betapa ada kehidupan dan pembalasan Akhirat, sesudah pentas kehidupan dunia yang fana ini. 

“Hai orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak perbuat?Amat besar kebencian ALLAH terhadap orang yang berkata, namun ia sendiri tidak berbuat.”

(Surah as-Shaf [61]:2-3) 

Yang satu lagi, adalah sang penerima atau pengambil nasihat. Biar ia sendiri yang terkadang meminta nasihat, namun jawapan yang ia harapkan terpacul dari mulut temannya itu, bukanlah jawapan yang harus ia dengar, tetapi yang mahu ia dengar. Walhal, gunanya anda berteman dengan seorang nan shalih, ialah agar anda bisa dinasihati olehnya tentang apa yang harus anda dengar, bukan apa yang mahu anda dengar. 

Bukankah sangat malang diri anda, tatkala anda tidak punya sahabat nan shalih, yang bisa menasihati anda, yang bisa memperingatkan anda, yang bisa memperbetulkan sekaligus menyempurnakan segala kekurangan anda, tatkala anda menyimpang dihanyut arus kehidupaan, sedang jalan perjuangan mu masih panjang? 

Maka, jika anda yang dikecewakan oleh seorang wanita yang sudahpun dilamar, lalu anda minta nasihat daripada saya, saya tidak akan menyatakan “biasalah tu minat kat wanita. Itu normal..” sebagai memenuhi apa yang anda mahu dengar, bahkan saya akan memperingatkan anda betapa pernikahan itu justeru adalah kerana hendak meraih redha ALLAH. Bahawa pernikahan itu justeru adalah untuk memenuhi sunnah Rasulullah, lalu tentunya faktor-faktor agama yang paling diambil kira tatkala memilih calon, tatkala menguruskan urusan pernikahan, bahkan tatkala upacara walimah dan hari-hari mendatang, semuanya harus mencerminkan nilai “agama” yang paling tinggi. Lalu, bagaimana mungkin anda menangisi dan meratapi seorang wanita yang sudah dilamar, sedangkan haram hukumnya mengharapkan wanita yang sedang dalam lamaran saudara anda sendiri? Walhal, cinta nan suci adalah cinta yang mendatangkan halawatul iman (kemanisan) iman, bukan cinta yang menjadikan anda buta dan tuli, lalu semakin jauh anda dari landasan Ilahi. 

Jika seorang yang mempunyai seorang teman wanita dan ingin menumpangkannya menaiki kenderaan meminta nasihat daripada saya, saya tidak sewenangnya menyatakan “hukumnya harus asal anda tidak bermaksiat kepadanya..” seperti mana yang mahu anda dengar, tetapi bahkan saya akan menasihatinya, bayangkan perasaan dan syak wasangka isteri anda, andainya ia tanpa tersengaja melihat seorang wanita menumpangi kenderaan anda, biar pun anda tidak melakukan dosa dengannya? Bayangkan betapa ramainya orang akan berburuk sangka terhadap anda, andainya anda tetap menumpangkannya tanpa sebarang keperluan yang mendesak? Ingatlah bahawa biarpun sesuatu perkara itu harus atau halal, bukankah di dalam islam ada juga yang dinamakan saddudz dzara’I, iaitu menutup pintu fitnah?

 Jika seorang yang bakal bernikah meminta nasihat pada saya, saya tidak semudah itu berkata “Jangankan kahwin dengan orang tak tarbiyah, kahwin dengan ahli kitab pun islam benarkan…” malah saya akan menasihatinya, betapa Nabi kita SAW memperingatkan kita agar memilih calon yang beragama jika kita ingin bahagia, dan betapa al-Quran al-Karim memperingatkan terlalu banyak kali, betapa isteri kerap menjadi musuh bahkan penyebab anda gugur dari jalan Ilahi Rabbi. Saya tidak akan menasihati anda “takde masalah anda yang berkemampuan bagi hantaran dan buat walimah yang serba grand..” bahkan saya akan sentiasa menasihati anda, betapa pernikahan itu juga adalah da’wah, maka alangkah baiknya jika anda bisa menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat, akan betapa mudahnya perkahwinan seperti yang disyaratkan oleh Islam. Mudahkan dan murahkan perbelanjaan, simplekan saja walimah undangan. Itulah yang akan saya katakan, kerana itulah yang harus dan patut anda dengar. 

Betapa indahnya apabila dinasihati. Dan betapa ruginya tatkala yang menasihatkan itu, hanya menabur apa yang anda mahu dengar, bukan apa yang harus dan patut anda dengar. Moga Dzat Yang Maha Pemurah, tidak akan fakirkan kita daripada beroleh sahabat nan sejati, sang pemberi nasihat.

 

 

 

Friday, December 9, 2011

[utusan malaysia, 9 Dis. 2011] - Man. United 'boleh jalan'

Akhirnya, pasukan sehebat Manchester United turut tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara Eropah. Kali pertama untuk entah berapa tahun. Begitu juga pasukan yang penuh dengan pemain berstatus bintang, Manchester City. Menunjukkan betapa segah mana pun sesebuah pasukan, itu tidak bererti mereka mustahil untuk ditumbangkan, apa lagi disingkirkan.

 

Siapa lagi yang lebih zalim daripada "raksaksa" bernama Fir'aun? Dengan undang-undang ala ISA yang menghukum pancung atau sembelih semua anak-anak lelaki yang dilahirkan, apa mungkin kebenaran punya harapan tatkala berhadapan dengan kezaliman?

 

Namun, itulah bezanya dengan manusia yang dipenuhi cahaya keimanan. Kerna orang yang beriman, tawakalnya tidak sama dengan matematika manusia. Lalu, di manakah Musa 'Alaihis salam dibesarkan? Di tengah-tengah kandang musuh itu sendiri!

 

Benarlah firman Tuhan:

 

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali Imran [3]:26)

 

Di mana Ben Ali Tunisia sekarang? Di mana Husni Mubarak Mesir sekarang? Apa khabar Saddam Hussin dan Muammar Ghaddafi? Apa khabar manusia-manusia angkuh penuh kekejaman?

 

Mungkin sudah tiba masanya bertukar daripada Manchester City kepada Manchester Insight? Hahaha…

 

 

Friday, December 2, 2011

INTERLOCK

Interlock, di dalam bidang engineering mempunyai fungsi dan peranan yang tiada tara pentingnya.  Ianya lebih daripada sekadar sebuah novel, bahkan merupakan nadi kepada sesebuah sistem yang berperanan menjamin keselamatan kedua-dua mesin mahupun manusia.

 

Applikasi interlock terhadap peralatan elektriklah yang membantu menghalang sesebuah mesin daripada mencederakan pengendalinya, atau membantu menghalang mesin itu daripada rosak, dengan cara menghentikan operasi mesin tersebut. Ia berfungsi umpama turutan huruf abjadiyah A, B, C. B tidak akan berlaku, melainkan setelah A. Begitulah juga dengan C, tanpa berlakunya B, anda tidak akan sampai ke C. Maka, applikasi interlock akan menghalang C daripada berlaku, andainya ia dapati terdapat masalah dan kecacatan pada B, kerana jika tiada interlock pada B ini, operasi C boleh membahayakan sama ada pengendali mesin, mahupun mesin itu sendiri. Anda faham penerangan saya?

 

Contoh mudah, beberapa perkakas rumah turut dilengkapi dengan interlock ini. Microwave dilengkapi dengan interlock switches yang akan menghalang pembebasan "magnetron" andainya pintu itu dibuka. Ertinya, untuk magnetron dibebaskan (katakan ianya turutan C), B yakni pintu microwave harus ditutup harus berlaku dahulu. Jika ada masalah pada B, secara otomatik C tidak akan berlaku. Sekarang, tatkala B yakni pintu microwave dibuka, maka C yakni pembebasan magnetron pun dihentikan. Faham, bukan?

 

Contoh yang lain adalah pada mesin basuh. Pusingannya (andaikan ia C) akan berhenti tatkala penutupnya dibuka (andaikan ianya B). Kenapa? Kerana tanpa cirri-ciri keselamatan ini, mungkin boleh mengakibatkan kecederaan andainya manusia menghulurkan tangannya ke dalam mesin basuh tatkala ianya sedang melaksanakan tugasannya.

 

Dalam hidup, sebab itulah kita perlukan hukum, kerana ianya bertindak sebagai interlock daripada masalah dan mudharat yang lebih besar daripada berlaku. Maka atas dasar itulah Allah meletakkan had-Nya, kerana dengan melanggarinya, ternyata menjadikan hidup lebih huru-hara adanya.

 

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah [2]:229)

 

Lihatlah sahaja bagaimana manusia melanggar syarat-syarat menuduh orang tanpa bukti, dengan hukuman qazaf tidak dikenakan terhadapnya. Akibatnya, masyarakat kini hidup dalam keadaan fitnah-memfitnah, dengan harga diri dan kehormatannya seakan-akan tidak ada lagi kemuliaan dan nilainya di sisi manusia.

 

Akibat manusia disable aplikasi interlock di dalam ikhtilat, yakni hubungan lelaki dan wanitalah, zina semakin berleluasa di dalam masyarakat. Begitu jugalah dengan pembuangan bayi. Maka cara untuk mengatasinya, bukanlah dengan menumbuhkan baby hatch, sebaliknya memasang kembali interlock  di dalam ikhtilat sehari-hari sang pria dan sang wanita.

 

Tatkala manusia memahami hukum-hukum Allah bertindak sebagai interlock kepada kemudharatan hidup bermasyarakat, mudah-mudahan mereka tidak emosi sepertimana emosinya mereka pada novel Interlock. Mudah-mudahan.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah,

Competent Electrical Engineer