Soalan |
Kawan saya dengan selambanya mengatakan “aku ni Kafir lah…”. Tatkala kami kawan-kawan suruh dia tarik balik kata-kata dia tadi, dia buat dek aje. Hingga kami terpaksa minta ustaz interfere lalu ustaz pun memaksa sang kawan tadi untuk menarik balik perkataannya dan mengucap Syahadah balik… Tambahan: dah la family kawan saya tu semuanya baik-baik….. |
Terima kasih kepada mereka yang berminat untuk mendengar jawapan saya. Maaf, pada posting yang lepas, saya terpaksa menggunakan banyak masa untuk membebel hal yang seakannya tidak berkaitan, adalah agar para pembaca beroleh kefahaman tentang bagaimana boleh terjadinya perbezaan pandangan sesama kita. Jadi, nanti bila saya kemukakan pandangan dan jawapan saya, takdelah pulak tukang komen yang tak bersetuju dan tidak sependapat, lalu membesar-besarkan ketidak setujuannya itu di sini. Saya sedia maklum akan ada yang tidak bersetuju, itu manusiawi. Namun, terkadang sebahagian kita tidak mampu berlapang dada dengan pendapat orang lain, lalu membesar-besarkan perbezaannya itu di sudut ruangan komen, hingga akhirnya menjadi debat yang tidak perlu. Cadangan saya, tuliskanlah pandangan anda di blog peribadi anda, dan cukuplah me”link”kan posting anda itu di ruangan komen, berbanding memulakan perdebatan di ruangan komen. Inilah yang berlaku di blog mana pun, termasuk web saifulislam.com, drmaza, dr zahadruddin, dan ramai lagi.
Okey, secara ringkas, berikut-lebih kurang- jawapan saya. Maaf, saya terpaksa meringkaskan jawapan ini sebab jawapan diberi secara spontan kepada soalan sang adik yang bertanya sewaktu sesi makan-makan, itu pun saya dah “curi” masa peserta dengan celoteh saya yang menyebabkan sahabat urusetia terpaksa ingatkan tentang timing program. Atau sebab yang sebenar: malas! Hahaha...
Pada saya, sebelum kita menghukum sang budak yang declare dia dah Kafir tadi, elok kita tahu background dia terlebih dahulu. Iya benar, family dia baik-baik dan alim belaka, tetapi hati saya berat mengatakan bahawa tujuan dia cakap macam tu, coz dia inginkan “perhatian” sebenarnya. Samalah juga dengan Mat Rempit misalnya. Dalam kondisi biasa, tiada siapa mempedulikan mereka. Tetapi tatkala mereka bertaruh nyawa menggayakan skil-skil rempit mereka, serta-merta mendapat perhatian orang ramai. Cubalah kalian perhatikan iklan “Aaron” di t.v. Sesetengah kanak-kanak, sengaja mereka mengundang amarah mak-ayah mereka, kerena dengannya, mereka merasa seronok coz berjaya meraih perhatian ibubapanya.
Bak kata Raihan, iman tidak dapat diwarisi. Namun kita harus maklum, tidak semua insan sesuai dengan “budaya beragama” sebahagian yang lain. Maka, biarpun family sang budak itu merupakan family yang beragama, mungkin sang budak itu tumbuh dalam suasana yang menimbulkan jiwa memberontak, lalu ia melahirkan protesnya tatkala berada di asrama. Maka, pada saya, kita kena faham dulu psychology background dia dahulu, jangan asyik fikir pasal hukum. Mungkin dia perlukan pendekatan beragama yang lain untuk menyentuh hatinya dekat dengan Tuhan.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment