Followers

Monday, December 19, 2011

Lightning Conductor

Di Amerika dan Australia, mereka memanggilnya lightning rod. Di U.K, mereka memanggilnya lightning conductor. Di Malaysia, saya pun tak tahu kita memanggilnya apa. Sebab orang kita terlalu ghairah nak menyebut sesuatu di dalam bahasa omputih, kerana konon speaking itu cool, walaupun terserlah keMelayuannya dek mulut yang berbau budu dan sambal belacan.

Pokoknya, lighning conductor (bisa juga disebut lightning rod, seperti yang telah diterangkan tadi) adalah satu rod atau konduktor yang dipasang di atas sebuah bangunan dan disambungkan ke bumi menggunakan kabel pembumian. Ia dipasang, kononnya untuk melindungi bangunan itu daripada merasakan akibat panahan petir. Secara teori, begitu kilat mencari mangsa untuk disambar, ia akan menyambar lightning conductor berbanding memanah sang bangunan, yang bisa menyebabkan kebakaran berlaku, atau komponen-komponen elektronik yang terpasang pada sistem pendawaian bangunan itu seperti lampu, computer, televisyen dan sebagainya meletup. Konon, Benjamin Franklinlah yang mengilhamkannya pada tahun 1749, manakala Prokop Divis pula memperkenalkannya di Eropah pada tahun 1754. Rujuklah Wikipedia jika anda tidak percaya.

Saudaraku,

Kilat adalah satu fenomena alam yang kaya dengan tenaga elektrik. Cuma, tenaga elektrik yang dimilikinya adalah pada kapasiti yang sangat tinggi, dengan Voltan yang teramat tinggi, serta Arus yang maha tinggi. Ianya menjadi malapetaka bagi siapa yang terkena panahannya, seperti mana merananya Syaitan demikian merasakan penangannya.

Dikisahkan bahawa sebelum kerasulan Nabi SAW, Syaitan bebas mencuri dengar segala berita di langit. Namun, semuanya terhalang setelah Nabi diangkat menjadi Rasul, lalu Iblis pun mengarahkan tenteranya mencari sebab kenapa mereka terhalang. Akhirnya mereka mendapati bahawa puncanya adalah kebangkitan Rasul akhir zaman. Nah, jika dahulu mereka bebas mencuri maklumat, kini mereka berdepan dengan lontaran panahan petir yang sentiasa mengekori. Semua ini kita maklumi menerusi firman Allah dalam surah Al-Jin.



`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.



`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya

(Surah Jin [72]: 8-9)

Maka, musibah-musibah, ujian dan dugaan, halangan dan rintangan, bisa meninggalkan kesan umpama panahan petir kepada manusia dan insan. Menghasilkan kepiluan, kesedihan, keputus asaan, dan tidak ketinggalan juga tekanan. Lantas, bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tirulah konsep lightning conductor. Ia menyelamatkan sang bangunan, dengan cara “memandu” panahan kilat ke bumi. Lantas, insan, begitu ia diuji, begitu ia ditimpa musibah, begitu ia mendapat tekanan dan gangguan dan halangan dan penderitaan, ia harus pantas mengarahkan dahinya ke bumi. Sujud tunduk penuh patuh, dan penuh harap, pada Ilahi Rabbi. Merasakan kekerdilan insan, dan mengagungkan kebesaran Izzati Rabbi. Itulah penyelesaiannya, itulah jalannya. begitulah cara menyelematkan jiwa seorang hamba, dengan kembali berharap hanya pada Dia.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar



Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Surah Al-Baqarah [2]:153-156)

Konon, ketika Nabi Ibrahim hendak dibakar di dalam api, Jibril datang menawarkan pertolongan. Apa jawab Ibrahim A.S? (lebih kurang): “kalau pada engkau, aku tak perlukan pertolongan.” Begitulah Ibnu Katsir melalui buku Qishashul Anbiya’: Ibrah li Ulul Albab menceritakan pengharapan dan pergantungan total Nabi Ibrahim A.S kepada kekuasaan Tuhan, bukan pada Jibril mahupun mana-mana makhluk ciptaan Tuhan.


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah ALLAH untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" (Surah Ali Imran [3]:173)

Amalkanlah prinsip yang digunakan lightning conductor dalam kehidupan. Bukan meniru gaya bas konduktor, yang mengutip wang daripada penumpang.

-Penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab merasakan manusia yang tunduk merindukan Tuhan, amalnya segak dan mampu berterusan-

5 comments:

  1. jazakallahukhair, nice analogy..setuju sgt, kadang2 bila kita hadapi masalah,buntu we always forgot that Allah is always there waiting for our call..

    btw, rasanya akhi ada tertinggal the word 'Allah' dalam terjemahan ayat ali-Imran 3:173; "Cukuplah untuk (menolong) kami''. =) Thanks!

    -Mujahid Edinburgh

    ReplyDelete
  2. Jazakallah khairan Mujahid Edinburgh di atas tegurannya. Sudah diperbetulkan. Inilah akibatnya bila copy & paste ayat Quran tanpa perati betul-betul. Astaghfirullah...

    - Farhan Al-Banna, Kelantan.

    ReplyDelete
  3. salam..susch a good analogy..mnta izin share

    ReplyDelete
  4. wassalamualaikum

    diizinkan, tapi boleh saya tahu disharekan di mana?

    ReplyDelete
  5. salam akhi, boleh ana dapatkan emel akhi? ana nak offer menulis. boleh akhi emel ana di aisyahzack@googlemail.com? jzkk

    ReplyDelete