Followers

Friday, December 30, 2011

[Q&A]: Kawan saya telah murtad....

Soalan

Kawan saya dengan selambanya mengatakan “aku ni Kafir lah…”. Tatkala kami kawan-kawan suruh dia tarik balik kata-kata dia tadi, dia buat dek aje. Hingga kami terpaksa minta ustaz interfere lalu ustaz pun memaksa sang kawan tadi untuk menarik balik perkataannya dan mengucap Syahadah balik…

Soalan di atas adalah kisah sebenar yang benar-benar ditanyakan kepada saya oleh salah seorang peserta program Islamia Youth Forum kepada saya kira-kira 2 minggu lepas. Saya minta maaf kerana tidak meminta izin beliau untuk memaparkan soalan beliau beserta jawapan saya ketika itu di blog ini, namun saya rasakan persoalan di atas sangat penting dan agak menarik untuk diketengahkan, memandangkan persoalan-persoalan yang “senada” dengannya banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita sehari-hari.

Bagi para da’ie yang merasakan “sebelah kaki dah masuk Syurga”, mungkin ia tidak percaya dengan kes-kes pelik “ala Mastika” seperti di atas. Tapi bagi mereka-mereka yang pernah melalui “hari-hari kelam” sebelum hidayah datang mengetuk pintu hatinya, kisah-kisah aneh seperti di atas tidak langsung mengherankan dirinya.

Saya masih ingat, pernah seorang “da’ie agung” bercerita di dalam sebuah program, tatkala berbicara tentang topik bagaimana menilai para mutarabbi kita, ia mengatakan bahawa antara muwashofat yang perlu ada pada sang mutarabbi itu adalah tidak mensyirikkan Allah, tidak melakukan dosa besar, bla, bla… dan salah satunya, ialah tidak menghisap rokok. Lalu ia pun dengan selambanya mengatakan, betapa tiada orang yang ikut program kita yang menghisap rokok.

Saya, tatkala mendengar hujah “da’ie agung” ini (sebenarnya, saya tak rasa agung pun. Tapi dek kerana jawatan-jawatan dan publisiti dirinya, maka ia mungkin layak digelar –atau tepatnya berkelakuan seperti- da’ie agung. Hoho..) menjadi terkezut. Terkezut kenapa? Kerana saya baru tahu, rupanya ada orang-orang “hebat” seperti dirinya, tidak terbiasa mengajak orang yang menghisap rokok ke dalam program-program anjurannya, sehingga wajar ia bertanggapan, orang-orang yang ikut programnya pasti tiada yang hisap rokok.

Lalu saya pun jadi keliru, sebab saya rasa saya ni bukanlah daie yang bagus, tetapi kawan-kawan mahupun junior-junior yang pernah saya ajak, bahkan hingga ke tahap pernah hadir ke program tarbiyah khusus (baca: halaqah), ramai juga yang menghisap rokok. Lalu saya tertanya-tanya; eh, betul ke aku ni hebat sampai boleh tarik orang hisap rokok? Orang lain cam tak biasa je ajak orang hisap rokok…?

Beberapa hari selepas itu, saya terbaca artikel di dalam blog akh Hafidz Yusuff. Beliau juga seorang da’ie agung pada saya. Biarpun tidak sempat bergaul mesra dengan beliau, tetapi saya tahu beliau memang seorang yang hebat. Biarpun kini beliau memilih ISMA sebagai wadah perjuangannya, saya tetap doakan daie hebat dan penuh tulus seperti beliau mendapat keampunan, rahmah, barakah dan pertolongan daripada Allah, dan semoga ALLAH memelihara dirinya untuk terus istiqamah memperjuangkan agama-Nya.

Seakan kebetulan, artikel terbaru beliau ketika itu, menceritakan tentang pengalaman beliau menarik orang ke dalam tarbiyah. Yang menariknya, ada di antara mad’unya yang sebelum tersentuh dengan tarbiyah, mereka menghisap rokok. Yang lebih menariknya, mereka bahkan berhenti merokok selepas beberapa lama menikmati roh tarbiyah bersama dirinya. Kisahnya boleh dibaca di blog beliau (maaf, saya tidak ingat bila tarikh paparannya).

Ini menunjukkan, sebetulnya bukanlah suatu yang “hebat” tatkala seorang da’ie mengajak orang yang merokok, atau orang yang bercouple, atau orang yang tak solat, atau geng-geng kaki pukul dan sebagainya kepada Islam. Cuma, rupa-rupanya ada juga “da’ie agung” yang tak buat begitu, lantas, perspektif dia tentunya berbeza dengan perspektif mereka yang terbiasa mendakwahi semua orang.

Sebegitu jugalah tatkala dalam blog lama saya dahulu, saya menulis tentang aktivis dakwah yang kurang hajar pada mak-ayahnya. Ada juga ikhwah-ikhwah yang tidak percaya dengan kisah sebegitu. Begitulah, manusia tatkala tidak terbisa berjumpa senario-senario sebegini, ia cenderung untuk tidak percaya dengan kisah-kisah pelik bin ajaib di atas.

Okey, saya terpaksa berleter panjang, untuk memahamkan tuan-puan para pembaca sekelian betapa kisah yang dipertanyakan kepada saya di atas, tidaklah aneh bagi saya, tetapi mungkin aneh bagi tuan-puan, hingga menjadikan perspektif melihat isu serta memberikan pendekatan di antara kita berbeza.

Lalu, apakah jawapan saya kepada adik yang bertanya itu???

1 comment: