Jika Febuari menyaksikan kemunculan Prius-C, kereta hybrid terbaru daripada Toyota, Mac mula menyaksikan kehadiran Jazz Hybrid, pada harga yang bisa menggiurkan siapa sahaja.
Kereta hybrid bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan petrol, malah lebih eco friendly (mesra alam sekitar), sehingga wajar ianya menjadi “kereta masa hadapan” di Negara-negara maju seperti di Eropah dan Jepun, yang turut merupakan Negara-negara yang kononnya paling concern terhadap isu-isu alam sekitar.
Saudaraku,
Orang-orang bijak akan melihat teknologi hybrid sebagai “the future”. Biarpun ada yang membantah, tetapi idea penggunaan 2 atau lebih jenis tenaga pada sesuatu teknologi sebenarnya merupakan sebuah idea yang baik, selagi kosnya turut user friendly (maksudnya: mampu dimiliki). Maka, dalam permasalahan ilmu pun, kita harus hybrid, kerana kita harus akui betapa kita tidak sempurna, dan masih memerlukan orang lain juga.
Bahkan seorang Muslim tidak akan sempurnah keIslamannya, tatkala ia tidak mengetahui dan memahami 2 kalimah syahadah (disebut syahadatain) yang diucapkannya.
“Ketahuilah! Sesungguhnya “LA ILAH ILLALLAH”..”
(Surah Muhammad [47]:19)
Bahkan Syahadatain itu sendiri hanya bisa difahami oleh 2 golongan; “Allah telah bersaksi bahawa sesungguhnya LA ILAH ILLALLAH, begitu juga dengan MALAIKAT..” kita tak mungkin menjadi golongan yang pertama iaitu Malaikat, maka haruslah kita menjadi golongan yang kedua, iaitu “…dan ulul ‘ilm (orang-orang yang berilmu) yang berdiri dengan seadil-adilnya/ sebenar-benarnya..” (Surah Ali Imran [3]:19)
Bukankah tradisi alim ulamak zaman dahulu, mereka terbiasa berguru dengan sekian banyak guru? Bukankah tradisi menuntut ilmu zaman dahulu, tidak mengira bulu? Asal kau bisa memberikan ilmu padaku, maka aku sanggup menjadi “budak”mu?
Jika yang paling tahu perihal hadith adalah golongan Salafi, maka akan ku ambil hadith daripadamu wahai sahabat Salafi. Jika yang paling elok perilaku adalah orang-orang Tabligh, akan ku perhati dan bergaul dengan akhlakmu wahai karkun Tabligh. Jika orang sekian-sekian terbukti punya track record yang maha berjaya dalam relung dakwah dan tarbiyah, izinkan aku menurut jejak langkahmu wahai tuan guruku! Kerana bahkan pada binatang ternak pun kita bisa beroleh pelbagai macam pelajaran, maka apa lagi pada mereka yang bisa mengajarkan kepada kita risalah kemanusiaan?
“Dan pada binatang ternak itu pun -untuk kamu semua- terdapat pelajaran..”
(Surah An-Nahl [16]:68)
Beralihlah kepada hybrid, kerana who says only superheroes can save the planet? (www.honda.com.my)
No comments:
Post a Comment