Followers

Tuesday, March 6, 2012

Prius-C

Arwah Hj. Mokhtar, Sr. QA/QC Officer di tempat saya, adalah antara rakan sekerja yang selalu menjengok blog lama saya. Bermula dengan kiriman email kepada kenalan-kenalan, saya kemudiannya memperkemaskan pendekatan dakwah bil qalam dengan menceburkan diri ke dunia blog, bermula dengan blog faridul.blogspot.com, kemudian berpindah ke faridul.wordpress.com, dan mutakhir kembali ke blogspot, tapi dengan address yang baru iaitu blog ini, farhan-albanna.blogspot.com.

 

Arwah Hj. Mokhtar, usianya saya kira lewat 40-an, sering datang ke meja saya dan akan memberikan komen terhadap artikel-artikel saya.

 

 “Tulisan engkau bagus, cuma engkau kena pendekkan artikel-artikel engkau,” kata arwah Mokhtar.

 

“Cuba engkau contohi blog bapak engkau,” tambah beliau, yang turut meminati blog ayahanda saya.

 

Kini, arwah Hj. Mokhtar sudah pergi. Beliau kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, jika tidak silap awal tahun 2009 dulu. Kini, bahkan hari ini, makin jarang orang berkomentar tentang penulisan saya. Baik komentar positif mahupun negatif. Sebetulnya, semua teguran, kritikan mahupun komentar, saya akan take note dan jadikan bahan muhasabah buat diri saya, hingga terkadang jika kalian perasan, saya cuba mengubah teknik penulisan saya, demi memenuhi tuntutan ataupun cadangan orang. Pada saya, andai kita menulis kerana hobi mahupun minat, ikutlah saranan lagu Joey Mcintyre “Stay the Same” (lagu femes akhir 90-an) dan kekallah menulis apa yang anda minat. Namun, jika niat anda menulis adalah lillahi ta’ala, banyak ketikanya kaedah “the customer is always right” ada kebenarannya, hingga anda mengubah bentuk dan gaya penulisan anda, asal ia bisa memberikan kesan kepada manusia lainnya.

 

Kerana terkadang risau andainya penulisan saya menjemukan atau tidak mampu menyentuh hati orang, maka banyak kali jugalah muhasabah diri mendekatkan saya untuk berhenti menulis, atau, mengurangkan kekerapan menulis. Itu manusiawi, kerana manusia akan mudah down tatkala menerima cabaran, tamparan mahupun kegagalan di dalam dakwahnya. Namun, andainya fikrah yang anda bawakan itu mendapat keredhaan daripada-Nya, tentu sang daie akan usahakan untuk istiqamah menulis, kerana mana tahu satu hari nanti buah fikirannya akan berharga, biarpun ditolak oleh manusia-manusia di zamannya. Lalu saya pun terus menulis, cuma mencuba pendekatan baru, seperti saranan arwah Mokhtar dulu, iaitu “memendekkan” penulisan, atau istilah di dalam dunia permotoran, mengcompactkan penulisan saya.

 

Seperti Prius-C. Biarpun compact, ia tetap beneficial, baik dari segi prestasi mahupun penjimatan minyak. Maka saya pun akan cuba sedaya upaya untuk menjadi sepertinya.

 

Tulisan ini pun sudah cukup sangat panjang. Tentu ramai yang bosan membacanya. Maka biarlah sekali-sekala saya korbankan minat demi menjadi “Prius-C” yang compact tetapi beneficial buat anda semua, insyaAllah.

 

Terima kasih arwah Mokhtar. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, dan menempatkan rohnya di dalam keredhaan dan naungan haribaan-Nya.

No comments:

Post a Comment