Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada adik-adik yang sudi berkunjung ke rumah kami malam semalam. Juga di atas hadiah yang diberikan. Kebetulan, saya memang jarang mendapat hadiah, maka pemberian buku yang mereka hadiahkan akan saya manfaatkan sebaiknya, insyaAllah.
Saya hanyalah muwajih jemputan kepada mereka. Dijemput untuk sama-sama sharing pun justeru adalah “hadiah” buat saya, kerana bisa beroleh amal-amal soleh serta doa daripada insan-insan mulia seperti mereka. Namun, kata-kata baik yang mereka titipkan di dalam buku tersebut, dengan menyebut saya dengan istilah murabbi sungguh satu contoh syakhsyiah islamiyah yang mulia, sama ada mereka maksudkan atau tidak, kerana kata-kata (atau tulisan) saja sudah bisa menggembirakan hati saudara seagamanya. Bukankah berwajah manis di hadapan sahabat pun merupakan sebuah amal soleh yang Nabi kita SAW berpesan untuk tidak dilupakan?
Saya doakan kebaikan mengiringi mereka, dan Allah kurniakan kekuatan kepada mereka untuk istiqamah hingga ke penghujung nyawa. Juga doakan saya, insan marhain yang serba kekurangan ini.
Jazakumullah khairan
Assalamualaikum, Saya ada soalan mengenai (4:71-73), harap boleh terangkan dengan lebih jelas mengenai ayat ini. Jazakallah khu khair.
ReplyDelete