Followers

Sunday, November 11, 2012

Idola anak muda

Tahniah kepada dua anak muda ini:-

 

·         Zulfahmi Kamaruddin, Pelumba Moto 3 Malaysia

 

 

Naik podium untuk kali kedua, di Grand Prix Valencia (bukti kejayaan terdahulu, di Grand Prix Sepang bukan kebetulan) dan lari dari semburan arak juga kali kedua.

 

·         Pierre Andre, Pelakon dan Pengarah terkenal

 

 

Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012. Ucapannya sejurus diumumkan sebagai pemenang;

"Dan yang terakhir sekali,ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ke
sini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah
LA ILA HAILLALLAH (Shahadah), yang Allah berikan pada kita, letak dalam
hati kita ,jagalah kalimah ini, carilah ia,kerana itulah kemenangan yang sebenar.

Allahu Akbar, Assalamualaikum..
Peace. love Allah, love Muhammad"

 

 

Kedua-duanya telah meninggalkan kesan dan impak yang sangat positif. Bacalah komentar orang ramai di blog serta youtube.

 

Marilah kita doakan moga Allah kurniakan rahmat dan keistiqamahan buat keduanya.

 

1 comment:

  1. Salam ziarah kali pertama.

    Syukur alhamdulillah. Pada saya, ini suatu kebangkitan dan satu kebaikan yang sangat perlu disyukuri. Dakwah, apabila dipamerkan dan diperagakan oleh manusia yang sudah mula punya pengaruh, kita nampak kesannya lebih berkesan.

    Moga Allah berikan ikhlas dan istiqomah yang kekal :)

    ReplyDelete