Followers

Tuesday, March 5, 2013

Calon Muslim Berwibawa

Beberapa minggu lalu, seorang sahabat saya mendekati saya.

 

"Aku sebenarnya setuju dengan cadangan "Calon Muslim Berwibawa" tu," katanya.

 

Saya jawab; "Memang, idea tentang "Calon Muslim Berwibawa" tu, apatah lagi jika memenuhi kriteria Islam iaitu mempunyai kompetensi (al-Qowiyyu) dan boleh dipercayai (al-Amin). memang boleh membawa manfaat kepada umat…"

 

Dia mendengar kata saya yang masih tergantung itu.

 

"Cuma," sambung saya, "di dalam Islam, kaedah fiqh kita menyatakan

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yakni menolak mudharat itu justeru diutamakan berbanding meraih manfaat. Dan kaedah fiqh ini, bahkan turut disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya "Fiqh Al-Awlawiyyat."

 

Sungguh pun secara "teori"nya, dengan bertambahnya calon Muslim di Parlimen barangkali dapat menguntungkan Islam, tetapi kalau dengan menangnya calon Muslim tersebut menyebabkan pihak yang zalim berjaya mengekalkan kuasanya, itu tentu membawa mudharat yang tidak berkesudahan kepada rakyat. Dan Islam, senantiasa menyeru umatnya untuk menolak mudharat, biar pun tidak berjaya meraih manfaat.

 

"Tapi, kalau DAP menang, habislah Islam nanti!" sebahagian orang akan bersuara.

 

Saya katakan; kaedah fiqh kita juga menyebut:

القين لا يزال بالشك   "keyakinan itu tidak tertolak/ ternafi hanya semata-mata syak."

 

Benarkah kalau DAP menang, nasib agama Islam tidak akan terbela? Itu semua merupakan hal yang Zhan semata-mata. Suatu yang sebahagian kita syak sahaja. Hal yang diagak-agak. Walhal kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, takde lah pulak mengetepikan Islam dalam pemerintahan mereka. Bahkan cubalah bandingkan kerajaan Pulau Pinang dulu (pimpinan Gerakan/ BN) dan yang sekarang (pimpinan DAP), apakah nasib Islam dan umatnya makin tidak terbela pada zaman pemerintahan sekarang?

 

Dan lagi, kezaliman dan ketidak adilan, serta halang-menghalangi dakwah Islamiyah di bawah pemerintah kini, adalah hal yang diyakini. Maka mengapa kita ingin membiar dan mengekalkan hal yang sudah merupakan proven fact, hal yang termasuk dalam القين  hanya kerana hal yang الشك?

 

Bahkan orang yang mengkempenkan calon Muslim berwibawa ini pula, sibuk membantai pandangan Nizar bahawa PR bakal menang besar, walhal pandangannya itu tidak membawa sebarang mudharat mahu pun manfaat pada umat, berbanding menyelar AES misalnya, sedangkan hal itu menyangkut hal-ehwal umat, bahkan Peguam Negara sendiri menyebutkan pelaksanaannya itu bermasalah dari segi undang-undang!

 

Apakah benar Islam bersikap barbarian terhadap non-Muslim, hingga seolah-olah haram untuk memberikan undi kepada seorang calon non-Muslim? Bagaimana jika calon non-Muslim itu lebih adil berbanding calon Muslim, dan bahkan tidak menghalang dakwah islamiyah berbanding calon Muslim tadi?

 

Apa pula pandangan Ikhwanul Muslimin Mesir yang begitu dibangga-banggakan oleh mereka, apakah Ikhwan juga melarang mengundi calon non-Muslim? Bagaimana pula dengan HAMAS di Palestin, yang selalu kita perjuang-juangkan, apakah mereka turut mengharamkan non-Muslim daripada menduduki jabatan menteri di dalam kerajaan?

 

        

Gambar sekadar hiasan. Bukan calon non-Muslim yang dimaksudkan.

 

Kalau di Mesir dan Palestin yang nisbah Muslim berbanding non-Muslim jauh lebih besar berbanding kita di Malaysia, boleh pula mengangkat orang Kristian sebagai menteri/ orang kanan, apakah pendekatan asabiyah kita di Malaysia, dapat menarik non-Muslim tanahair (yang ramai) untuk semakin mendekati Islam?

 

Di saat dunia Arab pun mula menyaksikan gerakan-gerakan Islamnya "lebih moderat", not in a sense of giving up their Islamic principle, rather understanding the universality of Islam from a different perspective, atau, dalam kata lain, mengambil pandangan fiqh yang lebih lunak berbanding yang sangat ketat, sebahagian gerakan Islam di Malaysia pula mahu mengambil pendekatan seolah-olah Islam di tanahair sudah sangat kuat hingga semua orang akan mendegar kata kita semata-mata.

 

Maka, antara memilih calon Muslim berwibawa, dengan menumbangkan sebuah kezaliman, berdasarkan kaedah-kaedah fiqh yang saya nyatakan tadi, manakah pilihan yang lebih Islami?

 

 

 

 

 

17 comments:

  1. masyaALLAH akhi, setuju sangat.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dah engineer tu buat la cara engineer. Jangan duk mandai2 petik2 beberapa kaedah dah tepek sesuka hati dgn hujah2 semata2 nak kuatkan dan nampak islamik, padahal metodologi penggunaan berterabur.

    Anda kata " 'DAP menang islam tak terbela' adalah satu dzan semata2", sedangkan Allah dah janji dalam Al-Quran (2:120), orang2 kafir takkan sekali2 redha dgn agama Islam dan umatnya sehingga kita ikut telunjuk depa. Pengulangan berkali2 oleh Karpal Singh anak beranak yg depa takkan sekali2 benarkan tertegaknya negara Islam di Msia; kedegilan DAP nak guna ayat2 al-Quran wp selepas Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Syura Ulama, dan Sultan Selangor bertitah utk TAK BENARKAN penggunaan kalimah Allah; kes Salon di Kelantan; kes tutup kelab malam di Kedah (dan banyak lagi!) - still Engineer Farhan kata DAP akan bela Islam? Rujukan mana hang guna?? Oo, patutl, dalam engineering standards mana sebut pasal orang kafir ni yer....

    2. Hang kata: <>Sungguh pun secara "teori"nya, dengan bertambahnya calon Muslim di Parlimen barangkali dapat menguntungkan Islam, tetapi kalau dengan menangnya calon Muslim tersebut menyebabkan pihak yang zalim berjaya mengekalkan kuasanya, itu tentu membawa mudharat yang tidak berkesudahan kepada rakyat. <>

    Oooo....bab DAP hang boleh kata 'dzon', tp bab penuhkan orang islam dalam parlimen, hang boleh pulak kata akan teruskan kezaliman. Gini hang anggap fakta pulak? Bukan dzon pulak ye? Bukan 'teori' ye? Setahunya teori = dzon la. Ke guane ustaz engineer???

    Hang pun ngaku memenuhkan orang islam dalam parlimen menguntungkan islam, tapi boleh nak tepek 'barangkali', 'secara teori'nya. Abis yg DAP tu bukan hang kata 'teori' jg ke? Kalau betul dua2 hang rasa teori, tapi hang masih melebihkan teori sokong orang kafir??? Hang ni macai DAP ka atau penyokong islam?

    3. Get your facts right about Egypt!
    - Mesir adalah negara yg 90% adalah muslim, sedangkan msia 60%.
    - Ikhwan Muslimin di Mesir jauh lebih kuat drp gerakan2/parti2 islam di malaysia
    - Wp ikhw lantik Koptik sebagai TimPres, tp IM masih lagi punya kuasa dalam menentukan hal ehwal negara.

    Jadi hang tak boleh nak samakan sebiji2 Malaysia dgn Mesir. Jauh beza! Paling mudah hang tengok subuh di masjid di msia la. Bukan main sikit yg dtg. Tapi di Mesir, wp dalam satu kawasan tu berpuluh2 masjid, tp tiap kali solat penuh dgn jemaah; lebih dari tu, even drebar teksi dan konduktor bas pun baca quran sambil tunggu pelanggan! Drebar teksi kita???

    4. Jadi janganlah kerana kebencian hang kepada satu2 kumpulan membutakan mata hang drp melihat kebenaran. In the end, kita akan jumpa Allah one on one juga. Takde lah orang DAP yg boleh tolong hang nak jawab soalan2 depan ALlah nanti.

    So, kalau engineer tu buat la cara engineer. Nak tulis pasal islam amat2 dialukan2. Tapi jangan sesuka hati menempel ayat2 quran dan hadith dan kaedah2 fiqh sesuka hati. Salah nanti berdosa. Hang takut dosa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat Laksamana pun tak memahami mabadi Islam dengan baik...lantas kata2 bernas keluar daripadanya...

      Islam berdasarkan sentimen bersepah skrg ni di jalanan...tengok sahaja pejuang yg pertahankan kalimah Allah yg baru dilancarkan baru-baru ini...

      Delete
    2. Kemon Encik Hantu, is that the best you got? Main tabur hujah umum gitu je. Rasanya Encik Hantu yg tak faham hujah saya nih.

      Islam datang nak pertahankan lima perkara nih, macam Encik Hantu kata lah, mabadi Islam (mengikut turutan yg paling penting di atas):
      1) Agama
      2) Darah
      3) Akal
      4) Maruah
      5) Harta

      So acu En Hantu explain, bagaimanakah dgn mengundi calon2 DAP, MCA, MCA dan sekutu2nya boleh membantu mempertahankan Islam berbanding undi calon MUSLIM dan BERWIBAWA?? Sedangkan Allah dah janji dalam ayat yg saya sebut di atas dan macam2 ayat lagi, dan kisah2 sirah, bahawasanya orang kafir takkan sekali2 bantu islam?? Dan jangan citer pasal Abu Talib kononnya pertahankan Islam. Kalau nk citer dan nk jadikan hujah juga maknanya Encik Hantu yg tak faham sirah Nabi.

      Delete
    3. maaf saya nk menekankan disini encik Laksamana bukan ahli ISMA, harap dengan bahasanya sedemikian tidak menambah buruk pandangan orang awam terhadap ISMA. Sangat memalukan sekiranya ada ahli ISMA berbahasa dengan bahasa begini. Dan saya meminta maaf sekiranya beliau adalah ahli ISMA. Mungkin budak2 U rasanya.
      Tidak ada salah dalam pandangan encik Faridul. Alhamdulillaah penggunaan usul dari sudut pandang sedemikian bagi saya tiada masalah.

      'Kalau dah engineer tu buatlah cara engineer'.

      Saya tahu yang En. Faridul mendapat kelulusan sijil dari UM klu tak silap saya dalam bidang usul fiqh. Jadi beliau bukan bercakap dengan hanya 'menepek' bak kata laksamana diatas.
      Ini masalah kita,
      Bila kita hanya meng'eksklusif'kan agama pada ahli agama adalah kesalahan besar. Nilaian sesuatu pandangan adalah berdasarkan hujah, bukan peribadi atau latar belakang orang tersebut. Sila periksa usul 20 anda encik Laksamana. Berakhlak lah dalam berbicara. Moga dapat buang sikap emosi anda jauh2.

      Delete
    4. Ya bagus....ada yang menyokong

      Mabadi dengan Maqasid pun disalahguna terminologinya dlm mengutarakan pandangan

      En Laksamana pergi belajar dahulu sblm menembak2 orang

      Orang menyebut ni krn orang boleh nampak ada kepincangannya

      Delete
  3. Hidayah @ Ummu InsyirahMarch 6, 2013 at 6:16 AM

    KOMEN / CADANGAN #1:
    Islam bersetuju konsep urus tadbir yang baik (good governance), pemisahan kuasa, ketelusan, integriti dan menganggapnya bertepatan dengan konsep amanah dalamIslam. Islam juga memandang serius bahawa rasuah, pecah amanah, mengkhianati perjuangan umat dan mengeksploitasi kekayaan negara harus dihapuskan. Kita mesti lahirkan masyarakat yang bertakwa, beramanah, berdisiplin, setia dan mengutamakan kepentingan umum mengatasi kepentingan sendiri.
    Walaubagaimanapun kita perlu melihat permasalahan politik di Malaysia lebih luas dari semata-mata isu urus tadbir. Ia lebih luas dan mendasar dari itu, bahkan melibatkanmasalah “huwiyyah” (identiti) negara itu sendiri.
    Fahaman liberal demokratik akan merubah “marjaiyyah” (rujukan) negara daripada perlembagaan yang memberi kelebihan kepada Islam, kemudiannya merujuk kepada Piagam Hak Asasi Manusia. Ia akan menyebabkan peruntukan dalam perlembagaan yang memihak kepada Islam dan Melayu (yang mana dalam definasi perlembagaannya juga merujuk kepada Muslim) serta umat Islam lain, dianggap diskriminasi, membuli dan bercanggah dengan konsep keadilan dan kesamarataan.
    Merubah masyarakat dari bertahkim kepada Allah kepada bertahkim kepada rakyat. Merubah negara yang berteraskan Melayu Islam kepada multi-racial dan multi-religion.
    Jadi adakah ini jalan yang terbaik iaitu dengan keluar dari satu mudharat yang besar, kepada mudharat yang lebih lebih lebih besar!
    Persoalan yang kita perhalusi bukan tentang sama ada DAP menang atau tidak. Tetapi persoalan yang kita harus renungi adalah fikrah apa yang akan mendokongi ummat Islam dan seluruh syariat Allah. Adakah fikrah liberal, plural serta sekular yang akan meletakkan Islam kembali ke tempat yang tertinggi? Adakah fikrah yang meletakkan Tuhan di tepi, akan mengembalikan kedudukan Tuhan di tempat tertinggi?
    Dan jika betul-betul merujuk Kitab Fiqh Aulawiyat, perlu lah kita melihat kaedah yang dikemukakan secara keseluruhannya:
    "Tidak ada bahaya dan tidak boleh membahayakan."
    "Suatu bahaya sedapat mungkin harus disingkirkan."
    "Suatu bahaya tidak boleh disingkirkan dengan bahaya yang sepadan atau yang lebih besar."
    "Bahaya yang lebih ringan, dibandingkan dengan bahaya lainnya yang mesti dipilih, boleh dilakukan"
    "Bahaya yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang lebih besar."
    "Bahaya yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang sifatnya lebih luas dan umum."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik encik Engineer kopipes respon Ummu Insyirah ni dan ganti dgn posting atas ni. Lagi baik.

      Delete
    2. Salam. Setakat ini sudah terbukti dgn jelas ketidakadilan oleh kerajaan pusat yg sedia ada. Jadi jika dibiarkan pihak ini menang majoriti, kezaliman akn berterusan. Jadi perlu diseimbangkn kekuasaan antara PR dan BN agar masing2 bersaing dgn sihat. Bukan matlamat yg bagus menyokong PR 100% juga BN, apatah lagi fikrah kebanyakan mereka bercanggah dgn Islam. Matlamat yg saya pegang kini (juga matlamat kumpulan saya) adalah seimbangkn kuasa kerajaan-pembankang. Dgn ini tiada monopoli kuasa, berlaku persaingan sihat dan rakyat dpt manfaat. Dlm masa sama, kita yg berfikrah islam perlu membina kekuatan agar pada masa depan dpt menyaingi kuasa2 jahiliyah dan x bergantung pd mereka. Wallahualam.

      Delete
    3. Rasanya komen Muhammad Azim ini ringkas & mudah difahami. Tidak gunakan bahasa kasar & jelas terangkan matlamat sebenarnya.

      Saya sokong semua calon Muslim yang bertanding dari mana-mana parti politik yang dilihat amanah, bersungguh-sungguh & berwawasan

      Delete
  4. Hidayah @ Ummu InsyirahMarch 6, 2013 at 6:17 AM

    KOMEN / CADANGAN #2:
    Adakah juga dengan mengambil contoh pada satu negeri dalam tempoh masa singkat mengubah pandangan kita terhadap sikap orang-orang kafir? Adakah sifat dan sikap yang telah sangat jelas dinyatakan di dalam Al Quran tidak relevan? Dan juga adakah kita menidakkan penilaian kita terhadap sifat dan sikap kaum yang kafir terhadap kaum Muslimin di sepanjang perjalanan sejarah di mana-mana benua dunia?
    Ataukah mungkin kita terlalu naïf,dan merasakan bahawa kaum yang kafir yang kelihatan berseteru ini tidak pernah duduk semeja untuk menidakkan penegakkan hukum Allah. Kita juga mungkin lupa kesepakatan mereka untuk lantang menentang apa sahaja terkait syariat Islam. Ini adalah sunnah kaum yang kafir yang mana mereka berpuak-puak untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi bersatu-padu dalam mengancam kedudukan Islam.
    Mungkin saya kelihatan seperti fear-mongering , menakut-nakutkan masyarakat di luar sana bahawa orang kafir ini jahat belaka.
    Untuk mengelakkan kita menjadi fear-mongers, mungkin kita perlu mengeluarkan bab “wala dan bara” dalam topic Sayonara Jahiliyah. Juga perlu menceritakan sejarah ummat Islam dalam Inilah Sejarah Kita, dengan hanya fokus bercerita tentang watak orang kafir dalam hilf-al-fudhul, bagaimana orang Kristian di Constantine menyokong perjuangan Muhammad Al Fatih, serta kafir-kafir Jerman, Italy dan Jepun yang membantu kerajaan Turki Uthmaniyyah semasa Perang Kedunia. Watak antagonis kuffar yang lain jangan kita sentuh kerana ini semua dzon belaka. Dan mungkin kita perlu masukkan dalam kandungan “Ayyuhal Syabab”, pemuda yang akan memartabatkan semula Islam ke peringkat ustaziyatul alam adalah bukan sekadar pemuda Islam, bahkan pemuda tidak perlu memahami fikrah Islam tetapi cukup untuk mendokongi prinsip adil dan telus juga sebahagian daripada syabab yang disebut.
    Kita perlu “revamp” semula karya yang kita pelajari ini semua dalam silibus yang kita petik dari karya-karya Hassan Al Banna dan manhaj tarbiyah Ikhwan?
    Di dalam Risalah Ta’alim, telah digariskan panduan “membahagikan” manusia
    1) Muslim yang mendokong kerja-kerja menegakkan syariat
    2) Muslim yang menyokong kerja-kerja menegakkan syariat (walau tidak terlibat secara langsung)
    3) Muslim yang berdiam diri, tidak hairan dengan apa yang berlaku, dan tenggelam dengan maksiat dan nafsu
    4) Kafir zimmi, iaitu orang kafir yang menerima perjanjian dengan pemimpin kaum muslimin untuk patuh terhadap undang-undang negara Islam
    5) Kafir muayyid, iaitu orang kafir yang berada di pertengahan, tidak menyokong, tidak pula membangkang
    6) Kafir harbi, orang kafir yang menentang
    Tidak diceritakan langsung pula kedudukan orang kafir akan mengatasi kedudukan seorang muslim?
    Adakah husnu dzon kita terhadap kaum yang kafir ini lebih tinggi dari husnu dzon kita terhadap kaum muslimin sendiri. Atau adakah kita mahu ungkapkan begini, mungkin kerana maksiat yang mereka lakukan terlalu besar untuk kita mempunyai sedikit sangkaan baik terhadap iman mereka yang mungkin tinggal sebutir pasir, sehinggakan kaum yang mengsyirikkan Allah lebih baik pada pandangan kita.

    ReplyDelete
  5. Hidayah @ Ummu InsyirahMarch 6, 2013 at 6:18 AM

    KOMEN / CADANGAN #3:

    Kita perlu memahami prinsip Ikhwanul Muslimin. Ikhwan sendiri dalam pemikiran mereka tidak beriman kepada revolusi untuk mengubah masyarakat. Sebab itu Ikhwan bukan pencetus adan penggerak utama kepada revolusi di Mesir pada peringkat awalnya. Namun setelah melihat ia satu yang pasti berlaku maka mereka membuat keputusan untuk mengambil bahagian demi memandu negara ke arah yang lebih baik.

    Sesetengah orang menganggap perubahan itu sebagai perubahan Islam, dan
    mendakwa bahawa Ikhwan mendokong liberalisme dan sekularisme untuk
    menjatuhkan rejim diktator. Mereka keliru dengan istilah masyarakat sivil yang
    rujukannya Islam yang dipakai oleh Ikhwan dengan mesyarakat sivil yang tidak
    beragama yang dibawa oleh golongan liberal di Malaysia.
    Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Bukti yang jelas ialah sampai hari ini golongan
    Liberal-lah yang menjadi penghalang cita-cita negara Islam yang dibawa oleh Ikhwan, bahkan golongan liberal ini juga mendapat dokongan kaum Kristian setelah kejatuhan Hosni Mubarak.

    Justeru keinginan mana-mana pihak untuk mengimport
    Arab Spring ke Malaysia dengan dokongan puak liberal perlu difikirkan dengan beribu kali fikir:
    1. struktur sosio politik yang lebih 90% merupakan umat Islam berbanding
    Malaysia yang mana 60% muslim berpecah belah.
    2. gerakan Islam yang lebih dominan berbanding puak liberal.
    3. rejim-rejim di negara Arab;
    a. Diktator yang mengumpul kuasa pada seorang individu. Tidak pernah
    berlaku pilihanraya yang sebenar.
    b. Tali barut yang menjalankan agenda musuh serta membelakangkan
    kepentingan masyarakat sendiri.
    c. Korupsi dan kefasadan sampai tahap sumber negara dikebas oleh
    penguasa sehingga mengabai langsung agenda pembangunan
    masyarakat.
    d. menentang Islam dengan menghalang syiar Islam terlaksana seperti
    azan, hijab wanita dan sebagainya.

    Dan penulis berharap dapat dinyatakan apakah nama jawatan yang diberikan kepada orang Kristian tersebut, dan apakah portfolionya. Adakah dia memegang salah satu daripada jawatan “wilayah ammah”?

    ReplyDelete
  6. Hidayah @ Ummu InsyirahMarch 6, 2013 at 6:19 AM

    KOMEN / CADANGAN #4:
    Sekali lagi perlu sangat difahami bahawa syarat pertama keadilan di dalam Islam, adalah sang hakim, sang pemimpin, sang penjawat itu adalah seorang yang Muslim. Ternyata tidak sama definasi adil pada syariat Islam dan definasi adil pada syariat selainnya. Apakah adil orang yang mensyirikkan Allah? Iaitu orang yang tidak berhukumkan dengan hukum Allah. Kalau begitulah definasi adil kita, nanti bila kahwin, cari wali yang “adil”, tak perlu seorang muslim.
    Penulis yakin, terdapat sangat ramai Muslim yang berwibawa, bertaqwa dan mempunyai segala serba serbi capabilities di luar sana. Dan kesepakatan antara calon yang Muslim yang berwibawa ini , walaupun lambing-lambang mereka berbeza lebih dapat mempercepatkan kemenangan Islam berbanding dengan bersepakat dengan golongan yang mempunyai hala tuju pelayaran yang jauh berbeza. Selagi ada pilihan untuk memilih, sudah tentu dahulukan yang Muslim berbanding kafir, dan Muslim yang lebih berwibawa berbanding Muslim yang meragukan.

    ReplyDelete
  7. Jazakallah akhi.. Artikel yang bagus! Sangat setuju!

    ReplyDelete
  8. Sangat setuju dgn tadabbur al-engineer. biarlah orang mengata pun.

    ReplyDelete
  9. Gud bye. Saya mgkin takkan singgah lg kat blog ni... hurm~

    ReplyDelete
  10. Istikhoroh lah dgn sebaiknya dlm kita mencari jawapan pada semua nih..
    2 hujah dr 2 pihak dah ada ni..

    pertimbangan kita mungkin betul dan mungkin salah.
    maka, kita mohon petunjuk Allah.

    peace no war!

    ReplyDelete