PANTULAN CAHAYA
Saudaraku,
Terakhir kita ketemu, kita telah membicarakan perihal lampu. Kali ini, mari kita lanjutkan kesinambungan kisah lampu, dengan berbiacara tentang apa yang keluar daripadanya, yakni cahaya.
Cahaya, tatkala ia menerobos bahantara yang berbeza ketumpatan, ia akan melalui beberapa fenomena. Terkadang ia melalui kejadian “pembiasan” (refraction), seperti refleksi seekor itik di dalam air. Terkadang, ia akan menjadi “pantulan dalam penuh” (total internal reflection) yang menjadi punca terhasilnya pelangi. Terkadang juga terjadinya serakan cahaya, yang menjadi penyebab variasi warna pada sang pelangi, yang ingin melakarkan dirinya di ruang langit bumi.
Tahukah anda, apa aplikasi pantulan dalam penuh ini? Konsep pantulan dalam penuh ini, sebenarnya digunakan di dalam bidang penghantaran maklumat. Umum tahu betapa penemuan fiber-optic cable telah membolehkan maklumat dihantar dan disebar pada tahap kelajuan yang sangat bombastic sekali. Tidak dapat dinafikan, biarpun aplikasi tanpa wayar (wireless) semakin canggih dan mendapat tempat di hati kita, namun tahap kelajuan penyampaian maklumat yang ada pada kaedah wireless, langsung tidak dapat dapat menyaingi apa yang ditawarkan oleh fiber-optic cable.
Dan lagi, kaedah pantulan dalam penuh ini telah membolehkan cahaya untuk tetap sampai ke destinasinya, biarpun cable dibengkang-bengkokkan. Hebat, bukan? Sehingga, dengan kebolehan maklumat diterima biarpun melalui cable yang bengkang-bengkok, telah membolehkan manusia menerokai kawasan-kawasan tersorok seperti perut manusia, melalui alat yang dinamakan endoskop.
Saudaraku,
Ada pepatah indah yang berlegar di tengah-tengah masyarakat Arab. Pepatah itu berbunyi;
“Tirulah orang-orang yang mulia itu, andainya kamu tidak bisa jadi seperti mereka.
Kerana dengan meniru orang-orang yang mulia itu, sungguh merupakan sebuah kejayaan!”
Maksudnya, kalau pun kita tahu, walau pun kita sedar, bahawa insan marhain seperti kita, tidak akan pernah mampu untuk menjadi seperti tokoh-tokoh hebat yang menjadi “sumber cahaya”, itu tidak bererti bahawa kita tidak akan mampu menjadi seperti endoskop, atau fiber-optic cable, yang biar pun tidak mampu “memancarkan cahaya”, namun mampu “memantulkan cahaya”, sehingga cahaya hidayah itu dapat menyentuh dan menyinari hati-hati gersang yang tercari-cari jalan untuk kembali kepada Tuhannya.
Itulah sebabnya, oleh baginda Nabi SAW, sering kali mengingatkan betapa “Demi Allah, sekiranya Allah memberikan cahaya hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (yakni kenderaan paling mahal/ mewah di zamannya)” (Hadith Mutafaqun ‘alaih) dan juga “Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..” (Hadith Riwayat Muslim)
Benar, siapalah kita untuk menjadi “sumber” mahupun “pemancar” cahaya. Tetapi bukankah cukup sekiranya kita menjadi fiber-optic cable yang menjadi asbab manusia-manusia di luar sana, kembali mendekati agamanya?
Dan lagi, kita memang tiada apa-apa. Tidak cukup ilmu. Tidak cukup baik. Tak pandai cakap, dan kelemahan-kelemahan lain yang sering menjadikan diri terasa kerdil di tengah-tengah masyarakat manusia. Kerana itu kita harus sedar, betapa tugas kita hanyalah “memantulkan cahaya”, sedang Allahlah sumber cahaya hidayah itu. Hingga baginda Nabi SAW sahaja diingatkan oleh Allah SWT tentang hakikat ini:
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(Surah Al-Qashas [28]:56)
Nah, apakah yang dikau tunggu-tunggukan lagi?
Mati itu hanya sekali,
Jadikanlah ia untuk syahid di jalan Allah.
Muliakan hidup ini dengan dakwah dan jihad.
Jangan berundur walau sesaat,
Haruman Syurga pendorong semangat,
Mati syahid jadi matlamat,
Buat Mujahid di medan jihad.
Atau, kau masih ingin bersabar dengan internet yang lembap? Mari memantulkan cahaya, wahai sahabat-sahabatku!
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah, Jurutera Profesional (BEM) dan Jurutera Elektrik Kompeten (Suruhanjaya Tenaga) |
No comments:
Post a Comment