Soalan
Saya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang hamba Allah yang boleh dikatakan macam tidak menggunakan akal sepenuhnya. Dia pegang jawatan ketua kelas, tapi macam hanya sekadar nama sahaja. Senang cerita macam ni la..dia tidak amanah.
Ustaz Faridul, macam mana saya perlu hadapi dengan orang yang tidak menggunakan akal ini, yang tidak dapat menerima apa yang saya sampaikan kepadanya.
Jawapan
Assalamualaikum
Minta maaf sebab ambik masa sikit nak merespon
musykilah anta. Pada masa yang sama, anak muda juga harus belajar tentang
perkara ini: jangan gopoh dalam merespon apa-apa permasalah atau persoalan
daripada ummah.
Kita belajar daripada asbabun nuzul Suratil
Kahfi. Ahli Kitab datang bertanya kepada baginda Nabi SAW tentang 3 persoalan.
Kata Nabi (SAW), esok aku jawab. Namun, ternyata esoknya wahyu tidak tiba (bagi
menjawab persoalan tersebut). Lusa juga. Tulat juga. Hanya 14 hari (atau lebih. Atau
kurang) kemudiannya, beserta teguran langsung daripada Allah Azza Wa Jalla:
“dan
janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan):
"Bahawa Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti".
melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan
ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah:
"Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan
lebih terang dari ini".
(Surah
Al-Kahfi [18]:23-24)
Juga, sebagai pelajaran kepada umat Islam betapa
Allah Azza Wa Jalla sahaja tidak gopoh menjawab setiap persoalan hamba-Nya.
Bukan kerana Allah “tak reti” nak jawab. Tapi sebagai pelajaran pada kita ni
yang banyak tak reti, kalau Allah sahaja tidak gopoh, mengapa kita mahu
berperlakuan sedemikian?
“Berkatalah orang-orang yang kafir:
"Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun
saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami
membacakannya secara tartil (teratur dan benar).”
(Surah Al-Furqan [25]:32)
Daripada apa yang ana faham daripada Whatsapp anta
yang panjang lebar, isu anta dengan sahabat anta ni adalah masalah dia tidak
menjalankan tugas sebagai ketua kelas. Yang lain daripada tu, dia ni ok. Dia
orang yang solat. Dia rajin datang kelas (dia hadir ke kelas ekonomi dan tidak
pergi kursus ketua kelas), dia bergaul dengan orang (main futsal), dan
sebagainya. So totally isu anta dengan dia adalah isu dia “tidak amanah”
(menurut perhitungan anta) sebagai ketua kelas, dan dia “tidak menggunakan
akal” kerana tak makan nasihat anta. Harap pemahaman ana terhadap musykilah
anta ni betul.
Sebagai Muslim, kita adalah golongan yang
senantiasa menjadikan Quran dan Sunnah sebagai reference teragung kita. Dalil
naqli baik daripada nash Quran, atau hadith, atau sirah, akan sentiasa kita
dahulukan berbanding dalil aqli, yakni pemikiran dan pemahaman kita sendiri.
Ketahuilah wahai adikku, golongan Quraisy Mekah
daripada Bani Ummayyah dalah di antara kelompok yang paling akhir memeluk Islam
di zaman baginda Rasul SAW. Di zaman permulaan dakwah, bahkan kelompok
merekalah yang paling kuat dan paling extreme menentang dakwah Ar-Rasul SAW.
Kemudian, menjelang kemenangan Islam dan setelah kemenangan Islam, barulah
kelompok Bani Umayyah ini memeluk Islam, sesuai dengan firman Allah:
“Apabila telah datang pertolongan Allah
dan kemenangan. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan
berbondong-bondong, “
(Surah An-Nashr [110]:1-2)
Tokoh Bani Umayyah, Abu Sufyan, yang dahulunya
terkenal sebagai ketua penentang dakwah baginda Nabi SAW, memeluk Islam
menjelang peristiwa pembukaan Makkah (Fathu Makkah). Begitu juga tokoh-tokoh
Bani Umayyah yang lainnya, sehingga, in terms of seniority sebagai
Muslim, Bani Umayyah ni tergolongan di kalangan kelompok yang antara “paling
junior” memeluk Islam (di zaman Nabi SAW).
Sudahlah junior, dari segi kesolehan dan kedekatan
dengan Allah SWT, ternyata tidak mampu menyaingi darjat kesolehan dan kedekatan
dengan para sahabat-sahabat senior yang lain, terutamanya mereka yang terlibat
dengan peristiwa Hijrah, atau mereka yang terlibat dengan Perang Badar
Al-Kubra. Sirah mengajarkan kita hadith daripada baginda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى نَظَرَ
إِلَى أَهْلِ بَدْرِِ فَقَالَ : اعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ
لَكُمْ
“Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala melihat ahli Badar dan
berfirman, ‘Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Aku telah mengampunimu.'”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3.007) dan Muslim (2.494) dari
hadis Ali radhiyallahu 'anhu]
Sungguhpun yang demikian, ternyata Islam tidak
culas dalam melantik sahabat di kalangan Bani Umayyah sebagai pemimpin mereka.
Sahabat Bani Umayyah bukan sekadar dilantik menjadi pemimpin di zaman Nabi,
bahkan juga dilantik sebagai pemimpin di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.
Soalnya sekarang, mengapa?
Bagi yang memahami persoalan ini, automatic mereka
akan memahami hadith Nabi SAW berkenaan hadith “pemimpin itu harus dari bangsa
Quraisy”. Yang lebih tepat, Bani Ummayyah.
Bani Umayyah, sungguhpun tidaklah se”gah”
sahabat-sahabat yang lain, terutamanya yang masuk ke kategori Muhajirin dan
Ansar, tetapi mereka merupakan kelompok yang memang “tera” dalam bab management
dan kepimpinan. Merekalah yang memegang kekuasaan sebelum kedatangan Islam,
maka dengan potensi dan kelebihan ini, sewajarlah mereka diberikan amanah
kepimpinan, sungguhpun masih “hijau” atau junior dari sudut keIslamannya.
Inilah antara lain mesej yang tekandung dalam hadith “logam”:
"Manusia seperti
logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam,
sekiranya mereka faham."
Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Ramai sahabat yang jauh lebih hebat kesolehannya
dibandingkan sahabat Bani Umayyah. Jauh lebih power dakwahnya, namun,
Nabi SAW tidak memberikan amanah kepimpinan kepada sahabat itu. Contohnya Abu
Dzar Al-Ghiffari R.A.
Abi Dzar memeluk Islam ketika di Mekah. Jumpa Nabi
SAW kejap je. Tarbiyyah dengan Nabi SAW terlalu pendek, namun bila balik kepada
kaumnya yang brutal, kaum Ghiffar, beliau mampu mengIslamkan, mampu
menjinakkan, mampu melunakkan kekerasan dan kebrutalan kaum Ghiffar untuk
memeluk Islam. How cool and powerful could that be?
Still, ketika Abu Dzar meminta jawatan daripada baginda
Nabi SAW, apa jawab baginda Nabi?
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ
بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ
بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ
الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ
أَبِي ذَرٍّ قَالَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ
فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا
أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ
أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : cAbd al-Malik bin Shucaib
bin Laith telah menceritakan
kepada kami, telah menceritakan kepadaku bapakku Shucaib bin Laith, Laith bin Sa’d telah menceritakan kepadaku, Yazid bin Abu Habib telah menceritakan kepadaku daripada Bakr bin cAmr daripada al-Harith bin Yazid al-Hadramiy daripada Ibn Hujairah al-Akbar daripada Abu Dhar dia berkata, saya bertanya,
"Wahai Rasulallah, sudikah tuanku melantikku sebagai seorang
pegawai?" Abu Dhar berkata,
"Kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda:
"Wahai Aba Dhar, kamu ini lemah (untuk memegang
jawatan), sedangkan jawatan itu merupakan satu amanah. Kelak pada hari kiamat
ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan
haq dan melaksanakan tugas dengan benar."
(Riwayat Muslim dalam
Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith
no. 3404)
Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bersabda;
“Wahai Wahai Aba Dhar, sesungguhnya aku melihat mu
sebagai seorang yang lemah (daripada menerima jawatan), sedangkan aku
mencintaimu sepertimana aku mencintai diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin
di antara dua orang dan janganlah kamu menguasai harta anak yatim”
(Riwayat Muslim dalam
Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith
no. 3405)
Begitulah.
Layak menjadi pemimpin tidak bererti dia punya kedudukan mulia di sisi Allah.
Belum tentu! Dan seorang yang tinggi darjat kesolehannya, tidak bererti yang
reti memegang jawatan. Lihatlah kisah di bawah (boleh rujuk blog lama ana http://faridul.blogspot.com/2007/06/serial-pengorbanan-orang-besar.html)
Tidak hairanlah Umar al-Khattab, di saat memenuhi
appointment para sahabatnya di zaman kekhilafahannya, mendahulukan Bilal,
kemudian Shuhaib, kemudian Salman, kemudian Ibnu Mas’ud, sehingga memetik suis
kebengangan Abu Sufyan. “Aku
tidak mengira bila Umar membuatku lama menanti sesudah mereka masuk terlebih
dahulu sebelumku,” keluh Abu
Sufyan kemarahan.
Namun, Umar punya parameternya yang tersendiri,
tatkala memilih “orang besar” yang harus ia utamakan. Maka sang bijak Suhail
Ibnu ‘Amr pun menegur, “Wahai Abu
Sufyan, demi ALLAH, aku tidak peduli dengan pintu ‘Umar dan izinnya. Akan
tetapi, aku khuatir bila kita dipanggil pada hari kiamat nanti, maka mereka
akan masuk Syurga, sedang kita ditinggalkan, kerana sesungguhnya mereka dan
kita ketika diseur, ternyata merekalah yang menyambutnya, sedang kita
terlambat. Mereka telah mengenal, sedang kita mengingkari. Oleh kerana itu,
pantaslah bila mereka didahulukan, sedang kita dikemudiankan.”
Maka, ana berpandangan, isu dengan sahabat anta ni
adalah dia tidak pandai menjadi pemimpin. Itu sahaja. Penyelesaiannya pun
mudah: tukar ketua kelas.
Kerana jika semua orang yang tidak pandai menjadi
pemimpin dikatakan “tidak menggunakan akal” atau “tidak amanah” lain
sebagainya, bagaimana pula dengan kedudukan Abi Dzar? Just bayangkan
kalau baginda Nabi SAW tetap menyerahkan urusan kepimpinan kepada Abu Dzar, ada
tak kemungkinan dia akan buat perangai macam sahabat anta ni? Lalu anta pun akan anggap Abu Dzar ni pun perangai sama. Walhal dia di
antara sahabat yang paling terkenal dan tersohor kesolehan dan kewarakannnya. Tidak syak lagi! Cuma, dia
tak reti memimpin, itu sahaja. Tak semua orang boleh memegang kepimpinan!
Pele merupakan lagenda
bola sepak. Hebat di atas padang. Tak bererti dia dapat jadi manager dan coach
yang baik. Alex Ferguson tak terkenal pun sebagai player bolasepak, tapi
berjaya menjadi antara manager paling berjaya, paling berpengaruh dan paling
dihormati di kemudian harinya. Ini contoh difference between main bagus
dalam padang, dengan strategi hebat dan keupayaan menguruskan sebuah pasukan.
Jadi, jika benar
pemahaman ana terhadap persoalan anta yakni isu anta sekarang ni just isu dia
sebagai ketua kelas, pada ana penyelesaiannya tukar ketua kelas. Tutup cerita.
Ada lagi banyak jenis manusia yang patut kita bimbangkan contohnya yang tak
solat, yang kerja pukul orang, yang
minum arak, dan sebagainya. Anta belum tengok dunia lagi ni, sebab judgement
anta sekadar pada budak yang nakal yang anta berjaya pujuk untuk berubah. Walhal ada lebih ramai
manusia yang lebih brutal di luar sana,
yang tak seperti expectation anta. Akhi, Nabi SAW pun tak dapat mengubah semua
manusia. Masih ramai yang keras penentangannya terhadap Nabi seperti Abu Jahal
dan Abu Lahab. Atau Musa berhadapan dengan Firaun. Apakah anta rasa semua orang
semudah itu didakwahi dan dinasihati? Oleh yang demikian, jangan beratkan otak
dengan isu yang kecil lalu dibesar-besarkan, kerana di luar sana lagi banyak isu-isu besar yang harus
kita bimbangkan.
Juga teguran ana kepada generasi muda hari ini. Di
zaman Nabi SAW dan salafus solih, semua orang ikut tarbiyah. Semua orang boleh
berdakwah. Tapi ramai yang menolak-nolak bila diberikan jawatan.
Generasi zaman sekarang, ikut tarbiyah tak nak. Nak suruh berdakwah kata tak
mampu. Tapi bila diberi jawatan cepat pulak terimanya. Totally 180 degree
daripada generasi ikutan umat ini, teladan para salafus soleh.
Kerana itu Hassan
Al-Banna memfamouskan kembali tarbiyah. Usrah-usrah dan sebagainya. Untuk
mengembalikan fikrah dan pemahaman umat ini seperti pemahaman salafus soleh.
Di dalam tarbiyah, kita
menyedari jalan dakwah ini panjang. Maka perlu melaluinya secara slow and steady.
Jangan gopoh memetik hasil, kata Al-Banna. Focus on takwin (pembinaan). Bukan program-program besar yang glamer dan
kemasyhuran.
Generasi hari ini, yang tak ikut tarbiyah, tapi
bersemangat Islam, mereka gagal memahami hakikat ini. Itulah sebabnya sibuk
melakukan program-program besar dan gempak, lalu tak ikut dan tak konsisten
dalam usrah. Tidak sabar memetik hasil. Mungkin terlupa dakwah era Makkah
baginda Nabi SAW sahaja memakan 13 tahun. 13
tahun tak boleh balas balik pukulan dan serangan! 13 tahun bersabar di atas
kesabaran! 13 tahun penumpuan kepada takwin (pembinaan. Buat usrah. Buat usrah.
Dan buat usrah), walhal ketika itu sudah ada dua orang tenno besar umat; Hamzah
dan Umar Al-Khattab! Namun, beginilah tabiat jalan dakwah....
Tarbiyah memahamkan
kita untuk berpendapat dan bertindak selari dengan nash dan dalil, bukan ikut
pendapat kita semata-mata. Siapalah kita kalau dibandingkan kebenaran dan
kebijaksanaan petunjuk Ilahi:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat,
sesat yang nyata.“
(Surah Al-Ahzab [33]:36)
Namun, berapa ramai di
kalangan anak muda sana, yang bersemangat dan berkeazaman tinggi kepada
agamanya, namun sering bertindak dan berpemikiran tidak selari dengan apa yang
dipandukan oleh Quran dan baginda Nabi? Hanya lantaran mereka perasan mereka
lebih Islamik berbanding petunjuk dan wahyu Ilahi?
Maka nasihat ana,
hidupkan kembali tarbiyah. Usrah. Daurah. Konsistenlah datang usrah, bukan konsisten
datang meeting! Kerana percayalah, kekuasaan itu akan datang sendiri
insyaAllah, setelah tarbiyah dan takwin kita cukup mantap! Firman Allah:
„Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu
dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang
telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan)
mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka
tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan
barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik.“
(Surah An-Nur [24]:55)
Belajarlah daripada
Hamas. Atau Ikhwan.Atau Nahdah. Atau PKS. Bagaimana kuasa itu datang, setelah
tarbiyah dan dakwah menyebar ke tengah-tengah masyarakat. Di Indonesia, ODOJ (On Day
One Juz), artis pun mampu nak fulfill. Di Malaysia, budak dakwah yang kononnya
power pegang jawatan, berapa hari baru dapat habiskan 1 juz? Mari kita berubah
agar kebangkitan Islam benar-benar reality tidak lagi fantasi.
Akhukum,
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab