Demikian selesai mengendalikan program “Sains & Al-Quran” anjuran Futuwwah Training & Consultancy di sebuah sekolah tengahari tadi (Ahad), saya memaksa diri saya untuk ke Pesta Buku di PWTC. Tujuannya cuma satu (dua sebenarnya), iaitu selain untuk menghantar akhi Iduan ke Stesyen Komuter, saya berazam dan bertekad untuk mencari dan membeli kitab “lisanul arab”. Kitab lisanul arab ini ialah antara kamus bahasa arab yang sangat lengkap, di mana di dalamnya tidak sekadar diberikan makna sesuatu perkataan arab, bahkan dirakamkan juga kata-kata ramai ulama’ tentang definisi perkataan tersebut, beserta syair arab yang menggunakan perkataan itu, hadith dan ayat al-Quran, bahkan turut terdapat footnote juga untuk sebahagian perkataan. Biarpun harganya agak mahal, Alhamdulillah saya membulatkan tekad untuk tetap memilikinya.
Dan ketika “merasmikan” proses “menikmatinya” (nota: kamus ini di dalam bahasa arab sepenuhnya), antara perkataan yang saya cuba cari maknanya dahulu adalah perkataan “Rijal” atau yang biasa kita terjemahkan kepada “lelaki”.
Dalam banyak pengisian saya, ketika saya menceritakan definisi Ar-Rijal ini seperti yang saya rakamkan dan rawikan daripada murabbi saya, adalah dipercayai makna ar-Rijal adalah “qiamu linafsih wa yuqimu lighairih”. Oleh murabbi saya, dikatakan definisi ini diambil daripada kitab atau kamus lisanul arab.
Satu perangai saya sejak dulu lagi, saya suka menyemak kembali apa-apa input yang saya dapat, baik dari mana pun, baik dari siapa pun. Bukan bererti kita tidak tsiqah, tetapi beginilah disiplin ilmu mengajarkan kita. Maka apa-apa yang disampaikan kepada saya, terutamanya hadith, tidaklah saya terima bulat-bulat, melainkan pasti saya akan cuba sedaya termampu saya untuk check balik status hadith yang sampai ke telinga saya. Setelah memiliki kitab lisanul arab (yang memang telah terlalu lama saya damba-dambakan), kini saya mula mengecheck pula definisi perkataan arab yang pernah di sampaikan kepada saya tadi. Dan salah satunya, iya perkataan ini, ar-Rijal.
Dukacitanya, definisi perkataan itu sebagai qiamu linafsih wa yuqimu lighairih yang konon berasal dari lisanul arab, setelah saya check muka surat-muka surat yang berkenaan di dalam kamus lisanul arab (seriously, perkataan rijal memang makan verhelai-helai pages) ternyata definisi yang diberikan tadi tidak saya jumpai. Maka dengan ini, saya meminta maaf kepada ikhwah dan akhawat yang pernah mendengar penyampaian saya tentang perkara ini, yang biasanya saya sampaikan di bawah tajuk rabbaniyyatud dakwah, di bawah sub-title rabbaniyatur rijal. Tetapi, saya tidak menyatakan definisi yang diberikan sebelum ini salah. Menurut saya definisi itu masih betul, cuma ianya tidak berasal dari kamus lisanul arab. Maka yang perlu dipotong oleh kalian hanyalah sumbernya sahaja iaitu konon ianya berasal dari kamus lisanul arab. Itu saja.
Saya mengucapkan terima kasih kepada murabbi saya yang mengajarkan saya tajuk rabbaniyyatur rijal itu, juga kepada anda yang sudi mendengar pengisian-pengisian saya, serta maaf kerana memberikan sedikit kesalahan fakta. Semoga kalian juga akan ada sikap rajin mengecheck setiap perkataan yang sampai kepada kalian, hingga jadilah kita generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhukum,
Ustaz Faridul Farhan Abd Wahab
(p/s – saya tulis title “ustaz” coz mereka yang biasa dengar pengisian saya selalu memanggil saya dengan gelar “ustaz”. Mungkin kerana Sijil Syariah saya kot. Maka kerana pengumuman ini ditujukan kepada mereka, maka saya perlulah perkenalkan diri saya sebagai ustaz)
No comments:
Post a Comment