Followers

Saturday, August 20, 2011

F.A Charity Shield 2011

Perkembangan mutakhir dunia bola sepak: Manchester United akhirnya terpaksa melupakan Wesley Sneijder!

 

Dengan kedegilan pemain itu untuk mempertimbangkan penurunan gajinya untuk mengesahkan tempat ke Old Trafford, jutaan peminat the Red Devils terpaksa berputih mata untuk melihat kelibat pemain itu di dalam jersi serba merah mereka. Sneijder, bintang Belanda dan Inter Milan yang disebut-sebut sebagai pengganti paling sesuai kepada Paul Scholes yang memilih bersara sebelum bermulanya musim baru EPL, dilihat sebagai calon paling layak untuk mengemudi jentera tengah juara bertahan EPL itu.

 

Maka, apakah kegagalan mendapatkan Sneijder ini harus ditanggisi oleh jutaan peminat Red Devils? Jawabnya: Tidak! Apatah lagi ketika perlawanan merebut Charity Shield menentang musuh setempat, Manchester City, dengan Man U sedang ketinggalan 2 gol berbalas 0, tiba-tiba Sir Alex Ferguson mengeluarkan pemain-pemain bintangnya; Rio Ferdinand, sang kapten Nemanja Vidic serta Michael Carrick, untuk membawa masuk “entah sapa-sapa” seperti Tom Cleverley, Phil Jones dan Jonny Evans, berganding bahu dengan pemain muda yang lain seperti David De Gea dan Danny Welbeck. Serta merta, barisan pemain United yang berada di atas padang, dibarisi pemain yang secara puratanya berusia hanya 22 tahun!

 

Dan hasilnya? Man U menumbangkan ego barisan bintang Manchester City dengan 3 gol berbalas 2. Serta-merta, peminat teringat akan “Fergie Fledglings”, barisan anak muda yang tidak dikenali, tetapi kemudiannya menjadi bintang dan nadi Man U untuk bertahun-tahun lamanya. Nampaknya generasi Paul Scholes, Nicky Butt, adik-beradik Neville, David Beckham dan ramai lagi, sudah menemui pengganti! Dan siulan yang mula kedengaran: who needs Sneijder? (siapa perlukan Wesley Sneijder?)

 

Pengajarannya:

1)      Mari kita belajar bagaimana Manchester United membina pasukan. Mereka tidak terlalu mengharapkan pembelian binatng-bintang besar. Tetapi focus mereka sentiasa pada pembinaan pemain-pemain muda mereka melalui akademi bola sepak mereka. Maka, gerakan Islam jangan asyik tertipu dengan gahnya program-program besar, lalu melupakan pembinaan kader.

2)      Pepatah “patah tumbuh hilang berganti” punya kebenaran, tatkala gerakan Islam benar-benar menyiapkan generasi pelapisnya. Dengan pujian melambung kepada Tom Cleverley dan rakan-rakan, persaraan Paul Scholes kini tidak terlalu dirasai. Begitulahjuga dengan sejarah Islam, juga sekarah gerakan Ikhwanul Muslimin. Pembunuhan Mursyidul Am Ikhwan Hasan Al-Banna, ternyata tidak menamatkan riwayat gerakan Ikhwan, lantaran timbulnya tokoh-tokoh baru seperti Hudhaibi, Timisani, Hamid Abu Nasr dan lain-lain lagi.

3)      Never give up, no matter what! Siapa sangka deficit 2 gol tidak mematahkan semangat anak muda Man U untuk menenggelamkan barisan “mewah” Manchester City.

4)      Jangan hanya menggunakan pendekatan defensive semata-mata. Man U, setelah lama ternanti-nanti proses mendapatkan Sneidjer –suatu pendekatan yang defensive- mereka kemudiannya menukar taktik dengan lebih offensive tatkala bereksperimen dengan menurunkan pemain-pemain baru dan muda untuk diuji di pentas tertinggi. Maka, dalam membela Islam, jangan hanya defensive dengan menggunakan undang-undang semata-mata bagi mempertahankan hak dan kesucian umat Islam. Harus juga offensive memikirkan bagaimana mahu menarik non-Muslim pula untuk menghayati Islam

 

 

 

-penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab percaya masa depan berada di tangan para pemuda-

 

4 comments:

  1. ana cadangkan mungkin boleh ustaz letakkan button like facebook kat blog ustaz..

    ^^

    ReplyDelete
  2. Akhi, butangnya dah ada si atas tu. Cuma tak berkaler. :)

    ReplyDelete
  3. inilah satu drp makna membumikan da'wah...biar da'wah itu dilihat hidup sbgmana hidup-hidup yg lain. tahniah atas perkongsian

    ReplyDelete