Anonymous has left a new comment on your post "[copy&paste] isu gereja: kembali kepada sirah nabi...":
sy nk tanya psl ni Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
blh cerita lebih x? atau kt mana nk baca bnda ni?
gereja lindungi islam?
Jawapan Ir. Faridul:
Bilakah Hijrah yang pertama di dalam sejarah umat Islam? Jika anda menjawab Hijrah dari Mekah ke Madinah, maka jawapan anda SALAH.
Habis, bilakah hijrah yang pertama? Jawabnya: Hijrah ke Habsyah!
Soalan: Apakah agama pemerintah dan penduduk-penduduk Habsyah?
Jawapan: Mereka semua beragama Kristian. Lihatlah saja dialog antara wakil puak Quraisy –diketuai oleh Abdullah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al-Ash- tatkala cuba menghasut Najasyi (pemerintah Habsyah). Mereka menegaskan betapa orang-orang Islam yang datang ke Habsyah selalu mengecam Nabi Isa dan Maryam. Mujur wakil umat Islam, Ja'far Bin Abi Thalib mampu memberikan hujah yang mantap, hingga mengalir air mata seorang Najasyi mendengar penerangan dan pandangan Islam terhadap Isa dan Maryam.
Maha benar firman Allah SWT tatkala menggambarkan kedekatan hati antara orang-orang Kristian dengan para penganut agama Islam.
۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah Al-Maidah [5]:82)
Berkenaan perlindungan pihak gereja kepada para mujahidin Palestin, saya tidak mampu mengesahkan perkara tersebut. Namun, jika benar pun, saya sedikit pun tidak merasa hairan, kerana kita orang Islamlah yang selalu terlewat menghulur bantuan. Wallahu a'lam
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah
No comments:
Post a Comment