Followers

Monday, August 1, 2011

Contoh email mewawarkan kuliah Ramadhan di surau ofis

Assalamualaikum

 

Tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik yang dihormati sekalian,

 

Baru-baru ini, sekolah-sekolah di serata Malaysia mengharamkan penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah, kerana konon ianya menyumbang kepada pemakanan yang tidak seimbang kepada murid sekolah, hingga menyebabkan terjadinya obesiti. Ringkaskan, pengambilan makanan yang tidak seimbang, boleh membawa kepada pelbagai macam penyakit.

 

Sedar tidak sedar, pemakanan yang seimbang sebenarnya tidak sekadar melibatkan pengambilan makanan secara fizikal, tetapi akal juga perlu makan, begitu juga dengan rohani.

 

Maka bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kami menjemput saudara-saudari semua untuk mengikuti kuliah Ramadhan harian (hari bekerja sahaja) di Surau ofis kita setiap hari pada jam 12.45 – 1.30pm, bermula HARI INI.

 

Marilah kita mengambil makanan rohani ala BERSAMA MU ini (sebab ianya percuma! Iya, percuma!) agar kita tidak ditimpa penyakit.

 

Wassalam.

 

Thank You and Best Regards.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab |  Senior Engineer |  Engineering Department 

 

2 comments:

  1. hahaha.. takde alasan nk gi kantin time bulan pose ni, moh le ke surau :) terbaek lah ustaz!

    ReplyDelete
  2. Anonymous,

    Ofis ana memang selama bulan Ramadhan ada kuliah zohor setiap hari bekerja. Untuk selain bulan Ramadhan, kami ada kuliah Jumaat 2 minggu sekali, serta bacaan Yasin + tazkirah sebulan sekali. Meaning dalam sebulan, 3 hari Jumaat ada aktiviti keagaamaan alhamdulillah.

    Majlis iftar tahun sudah, kami jemput Tn. Hj. Borazman, ketua kontigen Malaysia ke misi LL4G Mavi Mavara. Untuk tahun ini, kami jemput Dr. MAZA.

    wassalam

    ReplyDelete