Followers

Wednesday, August 10, 2011

Isu Gereja

JAIS oh JAIS!

 

Sejak sekian lama, saya sudah merasakan betapa umat Islam di tanah air kita sering bersikap “defensive” dalam memperjuangkan Islam, berbanding “offensive”. Contohnya:-

 

1)      Isu Lina Joy. Saya pada awalnya setuju dengan “perhimpunan sejuta umat” di Masjid Wilayah susulan isu Lina Joy ini. BAhkan saya dan rakan-rakan turut berkempen dan hadir ke perhimpunan ini.  Tetapi selepas mahkamah tidak membenarkan Lina Joy murtad, saya tersedar betapa kita ini terlalu defensive. Kita bersorak riang dan bergembira dengan “kemenangan” ini. Soalnya, sama ada mahkamah membenarkan permohonan Lina Joy atau tidak, Lina Joy tetap telah murtad! Jadi, pada saya ketika itu, saya bersyukur kerana kedudukan mahkamah syariah kembali dihargai. Malangnya kebanyakan daripada kita merasakan gagalnya Lina Joy menukar status dalam i.c nya sebagai kemenangan ulung umat Islam yang kita cari-cari. Buktinya, apa khabar Lina Joy sekarang? Di mana dia kini? Kita tidak tahu dan tidak ambil tahu, coz matlamat kita ketika itu hanyalah MENGHALANG. Kita tidak MENYELESAIKAN MASALAH. Menghalang itulah yang saya katakan defensive, menyelesaikan masalah itulah yang saya katakan offensive. Menghalang dengan cara mencari kemenangan menggunakan undang-undang. Menyelesaikan masalah dengan cara melipat-gandakan usaha dakwah, banyakkkan dialog inter-faith, dan sebagainya.

 

2)      Akhbar Herald mahu menggunakan “kalimah Allah.” Sekali lagi, HALANG. Kerana kalau tak halang, ramai orang akan keliru, lalu murtad. Kenapa kita tidak fikir secara offensive? Yakni jika kita benarkan apa yang tidak dihalang oleh Al-Quran (lihat surah 9:30) itu, kita boleh kembangkannya dengan MEMBERIKAN PENJELASAN tentang Allah. Bahawa Allah itu adalah seperti di dalam surah Al-Ikhlas, bukan seperti konsep trinity dan sebagainya. Kita boleh buat debat agama, boleh panggil Dr. Zakir Naik, dan sebagainya. Saya yakin dengan cara ini, silap-silap Herald yang kemudiannya akan menarik balik permohonan mereka lantaran strategi mereka “back-fire” balik pada mereka.

 

Di zaman student, saya pernah berusaha membawa masuk Dr. Zakir Naik ke Malaysia untuk siri debat agama. Tetapi ada yang menghalang dan tidak menyokongnya. Itulah, tiada usaha offensive memberikan penjelasan pada orang, baik Muslim mahu pun non-Muslim, tapi sibuk defensive menghalang itu dan ini.

 

3)      Isu MP masuk ke masjid. Entah mengapa dilarang orang masuk ke masjid/surau. Tatkala masuk ke “pusat aktivisma dan penyebaran dakwah” pun kita sudah larang non-Muslim mendekatinya, entah ke mana lagi mereka mahu pergi untuk mengenali Islam? Benar kata Dr. Asri, kalau masuk gereja bermakna terpengaruh dengan Kristian, maka masuk ke rumah Allah bererti mereka akan terpengaruh dengan Islam. Malangnya kita tidak mahu non Muslim terpengaruh dengan Islam, hatta doa mohon hidayah buat Lim Guan Eng pun jadi isu besar.

 

4)      Isu” terhangat di pasaran” kini, yakni isu JAIS. Kalau nak kata gereja ada agenda, maka memanglah semua orang patut ada agenda. Malangnya orang Islam saja yang “tiada agenda” untuk bawak orang pada Islam, tiada sikap offensive. Bukankah dari dulu non-Muslim ada agenda? Tapi, adakah itu membolehkah kita melarang, menyerbu, atau meruntuhkan rumah ibadah mereka (bukan JAIS buat, just cakap)? Apakah ada dalam sejarah islam kes-kes seumpamanya? Kalau hanya kerana isu “ada agenda”, maka itu bererti islam sebenarnya tidak membenarkan didirikan rumah ibadah agama lain, coz ianya boleh membawa kepada umat Islam terpengaruh. Jadi, pada saya, kalau iya pun nak tangkap orang-orang yang disyaki murtad, tangkaplah sebelum mereka masuk ke gereja atau selepas mereka sudah keluar. Coz dengan cara itu, secara defensive matlamat kita tercapai, tetapi dengan cara JAIS baru-baru ini, dari segi offensivenya, apakah minat umat lain terhadap Islam akan meningkat?

 

5)      Secara peribadi, saya sangat kecewa dengan sebahagian NGO Islam, kerana of all persons, mereka yang terlibat aktif dengan dakwah dan tarbiyah sepatutnya melihat isu-isu sebegini dari sudut offensive (menyebarkan Islam) juga. Jika sekadar melihat dari segi defensive semata-mata, apa bezanya kita dengan orang lain? Soalnya sekarang, benarkah kita berprogram selama ini untuk menambahkan orang yang berminat dengan Islam (offensive) atau sekadar menambah keahlian kita, atau sekadar nak bersaing siapa ramai ahli dengan NGO lain?

 

Setelah meneliti banyak pendapat dan pandangan, termasuk daripada tokoh-tokoh yang saya hormati seperti UZAR, maka saya masih berpendapat dan sependapat dengan tokoh-tokoh seperi Dr. MAZA dalam isu ini (tanpa mengurangkan rasa hormat saya kepada UZAR).

 

Lebih lanjut boleh jug abaca artikel lama saya:  http://farhan-albanna.blogspot.com/2011/05/christianphobia.html

 

 

-          Penulis, Ir. FARIDUL FARHAN merasakan sifat offensive turut diperlukan selain defensive di dalam membela Islam --

 

 

1 comment:

  1. baca dalam akhbar ttg hamba ALLAH yang bernama Nurul, kalau tak silap, terima bantuan gereja. dan keesokan harinya ramai yang fire kat dia baik pada ruangan penghantaran sms mahupun 'tokoh ilmiah' sendiri kononnya tak boleh terima bantuan gereja walau terdesak..

    yang sedihnya, mereka terlupa kenyataan akhbar yg dibuat oleh Nurul bahawa dia diherdik dan dimaki ketika ingin mendapatkan bantuan dari orang Islam (sengaja guna Islam instead of islam) melalui saluran NGO itu dan jabatan ini..
    isu diherdik ini yang menyebabkan si Nurul lari mendapatkan gereja..

    standard, cam ustaz katakan, hanya defensive, not being offensive dalam bergerak..

    doakan agar mereka yang berjuang tak kenal erti untuk berhenti..

    ^^-

    ReplyDelete