Followers

Thursday, March 28, 2013

Cristiano Ronaldo

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq dengan membawa sebuah berita, maka checklah (kesahihan) berita tersebut.."

(Surah Al-Hujurat [49]:6)

 

Maka, dalam keghairahan sebahagian kita mempromosikan "berita-berita baik" mengenai seorang Cristiano Ronaldo, seperti gambar di atas, saya berusaha mencari kesahihan maklumat yang diwar-warkan. Dan secara peribadi, saya juga berdoa, moga-moga Allah memberikan hidayah kepada Cristiano Ronaldo. Amin.

 

Berkenaan beliau tidak minum minuman keras, Wikipedia membenarkannya:

 

"Ronaldo's father, José Dinis Aveiro, died of an alcoholism-related liver condition in September 2005 at age 52 when Ronaldo was 20.[257] Ronaldo's mother and Manchester United coach have stated that he does not drink alcohol as a result"

(http://en.wikipedia.org/wiki/Cristiano_Ronaldo)

 

Berkenaan beliau tidak mempunyai tatu di badan, Zimbio membenarkan hal yang demikian:

 

"I don't have tattoos because I donate blood very often " – Cristiano Ronaldo said."

(http://www.zimbio.com/Cristiano+Ronaldo/articles/jrlCv3_MPkK/Don+t+Tattoos+My+Body+Cristiano+Ronaldo)

 

Juga di sini:

http://www.asiaplate.com/blog.php?blog_title=Reason%20Cristiano%20Ronaldo%20Does%20Not%20Has%20Tattoo

 

Dan lain-lain lagi.

 

Berkenaan derma-derma yang beliau sumbangkan kepada warga Gaza, Wikipedia memetik pelbagai macam sumber yang menyatakan hal itu:

"In November 2011, Ronaldo donated a pair of his football boots to be auctioned by Real Madrid's 'Clasico' network. They were sold for £2050 with the proceeds going to fund schools in Gaza, Palestine.[269]

In May 2012, Ronaldo and his agent, Jorge Mendes, decided to fund a pioneering treatment for a nine-year-old boy when it seemed that there was no hope left for the child, who has been battling cancer since before his second birthday.[270]

In November 2012, Ronaldo sold the golden boot he had won in 2011 for €1.5 million and gave the money to fund schools for children in Gaza.[271]"

(http://en.wikipedia.org/wiki/Cristiano_Ronaldo)

 

Sekarang, berkenaan beberapa kenyataan yang konon menunjukkan kecenderungan Ronaldo kepada Islam.

 

 

Saya cuba memastikan kesahihan berita ini (yang sebarkan dalam pelbagai macam blog, tanpa menyebutkan sumbernya yang sebenar). Maka, saya dapati bahawa berita ini masih boleh dipertikaikan, kerana menurut International Business Times (http://www.ibtimes.co.uk/articles/449952/20130325/cristiano-ronaldo-palestine-israel-real-madrid-swap.htm dan http://www.ibtimes.co.uk/articles/450518/20130326/cristiano-ronaldo-israel-palestine.htm ), Ronaldo sememangnya moody sepanjang perlawanan.

 

Berkenaan komentar beliau kepada David Villa berhubung insiden pemain itu dengan pemain Muslim Madrid, Mesut Ozil, dan benarkah beliau belajar Al-Fatihah dengan Ozil, saya masih mengkaji kesahihan berita itu.

 

Cumanya pesanan saya, jangat cepat menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya. Apa pun, kita sama-sama berdoa moga Allah berikan hidayah-Nya kepada Cristiano Ronaldo, dan moga Islam akan semakin kuat dengan pengaruh dan sikap baik yang ada pada dirinya.

 

3 comments:

  1. semoga Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya...aminn ya rabbal 'alamin~

    ReplyDelete
  2. Semoga setiap jiwa yg belum Islam tapi suka berbuat kebajikan akan dibukakan pintu hati mereka utk menerima Islam.. Amiin~

    ReplyDelete
  3. HEH..sy memang tak minat MU dgn Real Madrid ni...

    ReplyDelete