Followers

Tuesday, April 30, 2013

[JOM]: Pembiasan Cahaya

PEMBIASAN CAHAYA

 

Saudaraku,

 

Tidakkah dikau merasa pelik, iaitu tatkala engkau ambil sebatang pensil, dan memasukkan pensil tersebut ke dalam sebuah cawan, lalu engkau tuangkan air kosong ke dalam cawan itu separuh penuh, serta-merta pensil itu akan kelihatan bengkok.

 

Apakah ini? Sejak bila dikau peroleh kuasa ala Harry Porter? Atau adakah keajaiban dan kepelikan ini, merupakan petanda Al-Masih Dajjal berada berdekatan denganmu, lalu aura magicalnyalah yang telah membengkokkan pensil itu? Atau justeru itulah kehebatan air: ia mampu membengkokkan sebatang pensil. Masakan tidak, yang namanya air, kalau dicincang pun, tidak akan pernah putus!

 

 

Sebenarnya, hentikan segera segala pandangan merapu mu itu! Ada pun fenomena pensil bengkok itu, adalah contoh permisalan paling mudah berkenaan satu lagi fenomena kepada makhluk bernama cahaya -selain daripada pantulan cahaya yang telah kita bincangkan dalam edisi yang lalu. Dan fenomena inilah yang kita panggil sebagai "pembiasan cahaya", iaitu pemesongan arah cahaya tatkala ia melalui banhantara yang berbeza ketumpatan.

 

Akibatnya, selain pen atau sudu atau apa-apa barang yang engkau masukkan ke dalam segelas air akan kelihatan bengkok, ia juga menyebabkan kedudukan sesuatu objek –seperti ikan- yang berada di dalam air berubah dari kedudukannya yang sebenar, tatkala dilihat dari atas permukaan. Dalam erti kata yang lain, fenomena pembiasan ini menyebabkan perkara yang kelihatan padamu tidak lagi tepat, lantaran pancainderamu tidak lagi bisa untuk dipercayai!

 

 

 

Saudaraku,

 

Itulah sebabnya, apa yang zahir pada mata, belum tentu benar di alam nyata. Dan apa yang kelihatannya benar di sisi manusia, belum pasti benar di sisi agama. Lantas, agama mengajarkan penggunakan satu lagi "mata" untuk membantu memahami kebenaran yang hakiki -itulah "mata hati"- lantaran mata hati itu akan bisa melihat apa yang "buta" di sisi mata indera. Sabda nabimu; "istafti qolbak." Mintalah fatwa daripada hatimu."

 

Kenapa an-Nabi SAW menyuruh kita untuk meminta fatwa daripada hati? Mengapa harus percaya pada yang kita tidak nampak (hati), dan berjaga-jaga pada apa yang sudah nyata(pancaindera)? Kerana hati –sambung Nabi SAW lagi- "kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada, sekalipun berbagai fatwa yang diberikan oleh manusia."

 

Kerana itu, belum tentu manusia yang mendapat pujian dan sanjungan daripada para penghuni bumi, beroleh perhatian dan siulan oleh para penghuni langit. Dan boleh jadi juga manusia yang hina dina di sisi para penghuni bumi, malah beroleh penghormatan dan sanjungan dari para penghuni langit. Kerana penghuni bumi dan penghuni langit itu, seakan "ketumpatan" yang berbeza, lalu hukum pembiasan menjadikan pandangan manusia sering kali tersilap, hingga memerlukan agama untuk membetulkan kebenaran dan kebahagian yang mereka semua idam-idamkan.

 

Maka, manusia yang menyedari hakikat ini, akan senantiasa sedar lagi berwaspada akan tipu daya-tipu daya yang ditawarkan oleh dunia, yang bisa menyimpangkan ia dari landasan kebahagiaan yang hakiki. Lantas, di saat dunia menggodanya untuk berbuat kesalahan yang sifatnya kecil, ia akan pantas mengingati perkataannya Bilal bin Sa'ad; "Janganlah kamu melihat kepada kecilnya kesalahan, tetapi lihatlah kepada Maha Besar-Nya Dzat yang kamu tentang"

 

 

Manusia juga akan reserve di dalam dirinya sifat baik sangka, lantaran kemuliaan seseorang di sisi manusia, tidak menjamin kemuliaannya di sisi Allah Ta'ala. Masih ingatkah kita dengan kisah wanita pelacur dengan seekor anjing yang sedang dahaga? Biarpun hina di sisi manusia, ia beroleh Syurga dari Yang Maha Mulia, lantaran sifat belas dan kasihnya ia kepada anjing yang kehausan itu, hingga mendorongnya member minum "najis mugholazoh" itu.

 

Dan juga, kisah yang diceritakan oleh Nabi SAW melalui beberapa jalur riwayat di dalam Hadith Qudsi, tentang seorang yang kurang amalnya, bahkan menyuruh dibakar mayatnya, tetapi kerana ketakutannya pada Allah, malahan beroleh keampunan dan kemaafan daripada-Nya. Sabda Nabi:

"Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hendak meninggal dunia. Ketika ia sudah merasa putus asa dan merasa tidak akan hidup lagi, dia pun berwasiat kepada keluarganya;

"Jika aku mati nanti, maka kumpulkanlah kayu bakar yang banyak untukku, lalu bakarlah aku di dalamnya. Jika dagingku telah terbakar dan terkelupas dari tulang-tulangku dan menjadi hangus, maka ambillah dan tumbuklah sampai halus. Kemudian tunggulah ketika tiba hari yang berangin, lalu taburkanlah debuku itu ke laut."

Mereka (keluarganya) pun melakukannya. Kemudian Allah pun mengumpulkannya lalu bertanya kepadanya;

"Mengapa kamu melakukan hal yang demikian?"

Ia pun menjawab; "kerana takut kepada-Mu."

Kemudian Allah pun mengampuninya."

(Riwayat Al-Bukhari di dalam Kitab Bad'il-Khalaq, Bab: Ma Dzukira Min Bani Isra'il, juz IV, hlmn. 169. Diriwayatkan juga dengan lafaz yang sedikit berbeza oleh Imam Muslim di dalam Shahihnya serta Ibnu Majah di dalam Sunannya.)

 

Saudaraku,

 

Penilaian "kita" dan penilaian "Dia", berbeza dari segi "ketumpatannya." Maka benarkah amal-amal yang kita bangga-banggakan, bisa mengantar kita ke Syurga idaman? Oleh yang demikian, janganlah mudah percaya dengan pandangan mata indera, lalu melalaikan penilaian mata hati. Janganlah bangga dengan prestasi diri, kerana mungkin itu semua ghurur yakni tertipu dengan penilaian diri sendiri. Renunglah kembali syairnya Al-Hutay'ah:

 

وَلَسْتُ أرَى السَّعَادَةَ جَمْعَ مَالٍ ~ وَلكِن التَّقِيَّ هُوَ السَّعِيدُ
وتَقْوَى اللهِ خَيرُ الزَّادِ زخْرًا ~ وعِندَ اللهِ لِلأتقَى مَزِيدٌ
ومَا لا بُدَّ ان يَأتِي قَرِيبٌ ~ ولكن الَّذي يَمْضِي بَعِيدٌ

dan tidak kulihat kebahagiaan itu ialah mengumpul harta,

kan tetapi yang bertaqwa jua yang akan bahagia
dan menakuti Allah itu sebenarnya sebaik-baik bekalan,

dan disisi Allah ada tambahan rahmat buat yang paling bertaqwa
dan apa yang pasti datang itu sebenarnya dekat,

'kan tetapi yang sedang berlalu pergi itulah yang jauh

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik (USM), Sijil Pengajian Syariah (UM), Jurutera Profesional (BEM)  dan Jurutera Elektrik Kompeten (Suruhanjaya Tenaga)

 

 

 

Saturday, April 27, 2013

[serial kepolitikan]: Menjuarai Kebaikan Sejagat

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

 

Terdapat beberapa perkataan di dalam Bahasa Arab, untuk menggambarkan perkataan "baik." Menurut Kiyai Hj. Rahmat Abdullah di dalam bukunya "Untukmu Kader Dakwah," antara perkataan-perkataan itu adalah seperti حسن, خير, معروف, بر dan lain-lain (lihat Untukmu Kader Dakwah, ms. 24). Namun, satu hal yang juga perlu kita sedari, sungguh pun pelbagai perkataan ini terkadang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa Malaysia yang sama, namun sebenarnya setiap satunya mempunyai kandungan makna yang berbeza. Maha Suci Allah, yang telah memilih perkataan yang paling tepat untuk digunakan dalam setiap satu ayat Al-Quran.

 

Pasa ayat 104 daripada Surah Ali Imran di atas, kita dapat jumpa dua perkataan "baik." Satu ialah خير, sedang yang satu lagi adalah معروف. Untuk خير, Allah menyebut  يدعون yakni dakwah kepada yang baik. Sedang untuk معروف, Allah menyebut ياءمرون yakni menyuruh dengan yang baik. Kenapa implementasi kebaikan ini melalui dua kaedah yang berbeza (yakni satu dengan cara dakwah, yang satu lagi dengan cara menyuruh)?

 

Mari kita perhatikan perbezaan makna di antara خير dengan معروف. Jika disebut "ma'ruf" (kata akarnya "ma'rifah" yang bererti "tahu"), sesuatu kebaikan itu perlu diberi kefahaman. Ia agak susah hendak difahami, melainkan perlu ada "pemberitahuan". Sedangkan untuk "khair" (kata akarnya "al-khiyar" yang bermaksud "pilih"), pengetahuan kebaikan itu berlaku dengan ikhtiar atau pilihan manusia, tanpa diajar oleh sesiapa pun, lantaran ianya bisa difahami dengan fitrah semulajadi yang ALLAH kurniakan kepada manusia. (lihat http://g-82.blogspot.com/2010/05/beda-al-khair-dan-al-maruf.html)

 

Itulah sebabnya, di dalam surah ali Imran [3] ayat yang ke 104, untuk berbuat al-khair, cukup dengan diseru/ di dakwahkan sahaja. Tetapi, dalam hal berbuat ma'ruf, harus diperintah/ diarahkan. Kenapa? Kerana hal yang bersifat khair, ianya sudah dimaklumi kebaikankannya kepada manusia secara fitrah, lantas, yang perlu hanyalah seruan, ajakan ataupun dakwah. Misalannya menolong orang, atau bercakap benar, atau berbakti kepada kedua ibu bapa, semua agama, mahupun civilized person sudah sedia maklum akan kebaikan dan keperluan untuk melaksanakannya. Sedang hal yang ma'ruf, lantaran ianya adalah sub-set kepada al-khair, tanpa pemahaman, suruhan dan perintah, sulit manusia untuk melaksanakannya. Baik kerana tidak tahu, tidak sedar mahu pun berdegil untuk melaksanakannya.

 

Itulah sebabnya, oleh Sayyid Qutb di dalam Fi Zhilalil Quran, untuk menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah hal-hal yang mungkar, umat ini memerlukan "kekuasaan" untuk menegakkannya. Maka wajar, politik pada sisi pandangan Islam, adalah satu cabang yang sangat penting, hingga saja proses pemakaman baginda Nabi SAW sahaja mengambil masa 3 hari, lantaran sahabat-sahabatnya Radhiallahu anhum ajmain perlu mensettlekan proses pemilihan Khalifah di antara mereka.

 

Namun, jangan lupa, sebelum kita bicara tentang amar ma'ruf nahi mungkar ini, atau berbicara tentang politik dan kekuasaan, kita harus terlebih dahulu menyeru kepada kebaikan yang bersifat universal. Kebaikan yang "rentas agama dan aqidah." Dan kebaikan inilah yang kita sebutkan sebagai khair.

 

 

Saudaraku,

 

Undang-undang Hudud adalah undang-undang Islam. Sebagai seorang Muslim yang beriman, siapakah yang tidak mahu melihat perundangan Allah ditegakkan di muka bumi Malaysia ini? Namun, kerana ianya undang-undang Islam –yang kita yakini tentunya sarat dengan kebaikan- namun, kebaikan yang ada padanya adalah kebaikan yang memerlukan penerapan kefahaman kepada masyarakat –terutamanya non-Muslim- kerana sebahagiannya sulit memahaminya, lantaran itulah penguat kuasaan perundang diperlukan untuk melaksanakannya. Oleh itu, sebelum kita bicara tentang hal yang kebaikannya bersifat ma'ruf, harus terlebih dahulu kita perjuangkan kebaikan yang sifatnya sejagat, yang sifatnya khair, agar non-Muslim tidak sangsi akan kebaikan, keadilan dan kesyumulan Islam.

 

Apakah contoh kebaikan yang sifatnya khair itu? Good governence contohnya, kerana semua orang tidak kira kaum dan agama inginkan urus tadbir Negara yang cekap. Membanteras rasuah dan penyelewangan sumber Negara misalnya. Menentang kezaliman misalnya. Maka soalnya, sudahkah kita kaum Muslimin, menjuarai perjuangan mengecap yang khair ini?

 

 

 

Itulah sebabnya, dalam hendak mengecap yang ma'ruf, janganlah sampai meninggalkan yang khair. Kaum Cina dan India, serta non-Muslim warganegara Malaysia, sedang bersama menentang penyelewangan, kezaliman dan penipuan penguasa. Mereka ingin tahu apakah pandangan Islam terhadap hal ini. Jika kita reply hal ini dengan tidak menunjukkan keseriusan kita untuk bersama mereka menjuarai isu-isu ini, sebaliknya tatkala mereka berbicara tentang perlawanan menentang kezaliman, kita pula reply dengan slogan "Melayu Sepakat!," mereka berbicara tentang keperluan mengakhiri penindasan, kita pula mereply dengan mempromosikan "Pemimpin haruslah Calon Muslim Yang Berwibawa," bagaimana bisa mereka melihat keindahan dan keadilan Islam? Dan apabila mereka tidak melihat keadilan dan keindahan Islam ini, apa yang hendak dihairankan tatkala mereka menolak Hudud untuk dilaksanakan?

 

Islam akan kekal kelihatan seolah-olah eksklusif untuk orang Melayu semata-mata, lantaran orang Melayu merespon isu-isu kezaliman dan penyelewangan pemerintah dengan seruan untuk mengekalkan status-quo pemerintahan di tangan orang Melayu. Mereka akan merasakan betapa mereka sebagai golongan yang dikatakan insignificant oleh seorang Ustaz dalam sebuah forum di Kelantan –biarpun bilangan mereka mencecah 40% lebih daripada penduduk Malaysia, sedang "geng-geng" Ustaz tersebut bertanding pilihanraya dengan bilangan kerusi tak sampai 10% pun dengan harapan dapat buat macam-macam walhal kalau menggunakan kaedah ustaz tersebut, lagilah suara mereka ni insignificant- maka mereka akan rasa betapa kalau saja Islam memerintah, hak mereka akan ternafi, lalu mereka pun akan hidup tertindas di bawah pemerintahan Islam.

 

Lihatlah sahaja sikap umat Islam. Ketika mereka request untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible, atau menggunakan Bible dengan terjemahan Bahasa Melayu, yang menurut mereka adalah hak mereka menurut agama mereka, respon kebanyakan umat islam sangat menakutkan. Umat Islam berdemonstrasi dengan pekikan-pekikan yang warning mereka, dan menggunakan undang-undang untuk menghalang hak mereka. Kalau ya pun umat Islam tidak bersetuju dengan tuntutan mereka (sedang Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sahaja membenarkan dan hairan dengan sikap umat islam Malaysia yang sangat hardcore menghalang), kenapa pula membantai bermatian-matian mereka yang menuntut perkara yang menurut mereka adalah hak mereka? Lihatlah pelbagai macam tuduhan terhadap Lim Guan Eng, hanya kerana ia memohon dibenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, sedangkan dari segi track record beliau memerintah Pulau Pinang, apakah terjadi penindasan, peminggiran dan double standard terhadap umat islam di negerinya? Apakah Pulau Pinang di bawah seorang Lim Guan Eng lebih buruk syiar islamnya, berbanding belasan malah puluhan tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional?

 

 

Maka itulah sebabnya, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebutkan secara terang lagi bersuluh di dalam bukunya Min Fiqhid Daulah Fil Islam , non-Muslim dibenarkan untuk mencalonkan dirinya di dalam pilihanraya, kerana ia mewakili kelompok minority non-Muslim dalam Negara kita, yang dianggap insignificant oleh sebahagian pihak. Malahan Qaradhawi menyebutkan lagi: "ini merupakan persaudaraan kemanusiaan. Maka tidak hairan jika antara orang-orang Muslim dan Qibti di Mesir mempunyai hubungan persaudaraan sebangsa, antara orang-orang Muslim dan orang-orang Nasrani di Lebanon, Syiria dan Jordan memiliki hubungan persaudaraan sebangsa, antara orang-orang Muslim dan orang-orang Nasrani di seluruh Negara Arab yang mempunyai persaudaraan kaum…"

 

Saudaraku,

 

Isunya di sini bukanlah untuk mengajak anda menjadi ahli atau penyokong fanatik sesebuah parti. Justeru tidak! Tetapi isunya di sini adalah mengajak anda membuka mata kita untuk melihat reality masyarakat di Malaysia. Kita berbilang kaum, dengan Muslim hanya majority lebih sedikit berbanding non-Muslim. Dan Muslim yang murtad semakin ramai. Non-Muslim pula tidak berminat untuk mendalami dan mendekati Islam. Ekonomi dan kecemerlangan akademik dikuasai oleh non-Muslim. Maka janganlah kita burukkan lagi keadaan dengan seruan-seruan dan gambaran-gambaran angkuh konon "we are the best," kerana ianya tidak menambah melainkan kemeluatan dan rasa poyo orang lain. Umpama kita yang selalu nombor corot dalam kelas, tiba-tiba menjerit kepada seluruh kelas "akulah yang paling pandai dalam kelas ini." Apakah mereka-mereka yang nombor top dalam kelas akan makin respect kita, atau rasa betapa poyonya diri kita? Marilah kita tukar strategi, instead of gambarkan betapa kitalah yang the best, kepada menunjukkan keindahan nilai dan values yang ada pada Islam. Instead of minta semua orang tunduk di bawak kepimpinan kita yang Muslim, kepada menjuarai dahulu isu-isu sejagat, yang dengannya otomatik orang akan hormat dan dengar perkataan kita. Inilah يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ yang kita harap-harapkan, kerana yang khair itu, adalah hal yang dipersetujui oleh manusia semuanya. Sudahkah kita menjuarainya?

 

 

Friday, April 26, 2013

Wednesday, April 24, 2013

Dari Changkat Jering...

Politik macam nilah yang kita nak!!!

 

 

 

 

 

Tahniah kepada jentera kempen BN yang memberikan layanan yang baik kepada calon PAS yang datang bertandang ke Bilik Gerakan mereka. Bila kita tengok sirah, se”barbarian-barbarian” masyarakat Jahiliyah Quraisy sebelum kedatangan Islam, masih tersisa pada mereka beberapa good values, antaranya melayani tetamu.

 

Semoga orang Melayu Islam pula menghentikan “politik ganas” dan “politik samseng.” Contohilah jentera kempen BN –yang di dalam gambar, rata-rata berbangsa India- agar umat kembali melihat politik is not about power, but about serving the people.

 

Tuesday, April 23, 2013

mindaislah.blogspot

Saya sering kali berpesan kepada “adik-adik” saya tentang peri-pentingnya mengambil tahu hal ehwal semasa. Apa ertinya anda mengkritik hebat kezaliman yang berlaku di Palestin, atau Myanmar, atau Syria, sedang kezaliman di depan mata, di tanah airmu sendiri, anda tidak tahu, tidak sedar bahkan tidak ambil peduli pun? Orang yang clear pemahamannya, ia tidak akan pernah redha dengan ketidak adilan, hatta di mana pun ia berlaku. Baik di depan mata, baik di tanah airnya, bahkan di seberang sana, selamanya ia tidak bisa duduk diam melihatkan kezaliman dan kebatilan berleluasa Tapi sebahagian orang yang berarak berdemonstrasi isu Palestin dan Syria pula, belum tentu ia memahami isu, boleh jadi ia hanya imma’ah (ikut-ikutan), atau diarah oleh pimpinan gerakannya. Hingga wajar ia pun terkadang bisa bersekongkol dengan kezaliman dan kebatilan di hadapan mata.

 

Orang yang tidak ambil tahu isu semasa, akan membawa akibat seperti yang kita lihat hari ini: aktivis dakwah tapi berkompromi dengan thaghut dan kezaliman. Tapi, masyarakat yang mengambil peduli isu mutakhir persekitaran mereka, akan jadi seperti masyarakat Turki –yang begitu obsess dengan berita- hingga sedikit demi sedikit, perlahan dan perlahan, masyarakt Turki sedang membebaskan tanah air mereka daripada “berhala” Sekularisme.

 

Kerana itulah, para penuntut ilmu sejati, mereka sering terkehadapan berbanding yang lain-lainnya. Ini kerana mereka –para penuntut ilmu ini- mempunyai apa yang dikatakan oleh Mutanabbi: “orang-orang yang mempunyai pandangan.” Orang-orang yang mempunyai pendirian. Dan mereka totally opposite dengan masyarakat yang cuba dibina oleh para penguasa thaghut: masyarakat yang hanya “listen! Listen! Listen!” Maka benarlah kata wise man: “to become a leader, is to become a reader.”

 

Saya sangat kagum lagi respect kepada sahabat saya, Dr. Syed Al-Hafiz. Daripada kembara menuntut ilmunya, kepada pembacaannya yang pelbagai; dari karangan-karangan ulamak-ulamak salaf seperti Ibnu Qayyum Al-Jauziyah, kepada tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Ustaz M.Anis Matta, tentu sikap penuntut ilmu sejati yang ada pada dirinya inilah yang mendorong keterbukaan jiwa dan keluasan pikiran yang ada di dalam dirinya. Inilah yang menjadikan saya seronok mengikuti taujihat yang dikongsikan di dalam blognya (mindaislah.blogspot.com).

 

Kemarin (semalam), beliau bahkan menjemput saya untuk memberikan sedikit taujih. Saya tentunya segan padanya, lalu berpesan agar ia memanfaatkan tokoh-tokoh yang sudah ia kenali, agar saya juga boleh tumpang sekaki meraih manfaat daripada tokoh-tokoh ini. LIhatlah sendiri sikap penuntut ilmu sejati ini: biarpun ia lebih hebat berbanding diri ini, sikap tawadhuk dan rendah diri sentiasa mengiringi dirinya, biarpun sudah berkenalan dengan beberapa nama tokoh besar tanahair kita. Bukan seperti sebahagian yang “syok sendiri” dan perasan hebat; kehebatan mereka diiringi rasa sombong dan besar diri, bukan tawadhuk dan rendah hati. Semuanya kerana ia confinekan dirinya dengan pemikiran sebahagian kelompok, sedang para penuntut ilmu sejati membebaskan diri mereka daripada fanatisme kekelompokan (hizbiyyah).

 

Menurut saya, penuntut ilmu seperti sahabatku Dr. Syed Al-Hafiz inilah yang selayaknya menjadi pemimpin masa depan, dek keluasan ilmunya dan positif sikapnya, persis respon positif yang diberikan media Indonesia kepada Ustaz M. Anis Matta yang dilihat mereka tidak sekadar tercipta untuk Partinya sahaja yakni Partai Keadilan Sejahtera, malahan layak untuk untuk memimpin Indonesia. Maka, saudaraku Syed Al-Hafiz menepati kelayakan itu: to become a leader is to become a reader. Di atas kriteria inilah seorang pemimpin harus dipilih, bukan dilihat atas aktiviti berpersatuannya semata-mata.

 

Semoga Allah menganugerahkan kepada umat ini dan kepada dakwah ini lebih ramai tokoh muda sepertinya.

 

Saturday, April 20, 2013

P-125

 

Asalnya saya tidak mahu memaparkan gambar ini. Khuatir pembaca akan ingat saya ta’sub dengan PAS, lalu segala pandangan yang saya lontarkan adalah terbina di atas neraca ta’sub, fanatisme dan hizbiyyah. Namun, terus-terang saya katakan, kata-kata Husam Musa di atas begitu menggoncang jiwa saya, dan begitu menyentuh sanubari saya, sehingga akhirnya saya memilih untuk mengkongsikannya di sini.

 

Ini kerana, seperti Husam, saya sendiri apabila datang ke sesuatu tempat, saya tidak ada sesiapa.... maka kerana itulah saya berharap para mutarabbi saya itulah untuk menjadi sahabat saya. Lalu saya tidak menganggap mereka sebagai “anak murid” yang harus diajar oleh “Aku Sang Guru”, atau sebagai “jundi” yang hanya perlu dengar dan taat pada “Aku Sang Komandanmu”... tidak! Wallahi, tidak!

 

Saya sedar apabila saya datang ke tempat mereka, saya bukan siapa-siapa, saya juga tidak ada sesiapa..... saya hanya ada Allah sebagai tempat saya mengadukan kelemahan, kesedihan dan harapan saya. Lalu saya senantiasa memandang mereka –para mutarabbi saya- sebagai “rakan seperjuangan” saya. Yang harus saya hormati kehidupan mereka. Yang harus saya berbincang mendapatkan pandangan mereka. Yang harus saya setia mendengarkan luahan hati dan segala musykilah dan qadhaya mereka. Kerana sekali lagi –saya bukan siapa-siapa, saya juga tak punya siapa-siapa- saya hanya ada Allah, dan mereka untuk sudi menjadi teman seperjuangan saya.

 

Dan saya percaya dan berdoa, betapa mereka punya potensi besar dan luar biasa untuk memimpin ummah ini ke arah keredhaan Ilahi, insyaAllah. Saya hanyalah seorang “abang” yang tak henti-henti menasihat dan memotivasi agar mereka sedar potensi luar biasa yang mereka miliki. Dan kelak, ketika mereka telah mencapai “prime” mereka, puncak potensi mereka, mereka pulalah yang akan menjadi pimpinan saya, mereka pulalah yang akan menjadi guru saya.

 

Kerana itulah saya kurang berkenan dengan sesetangah duat yang treat mutarabbi mereka seumpama orang bawahan mereka. Iyelah... mungkin duat itu memang orang hebat lagi sempurna. Tetapi tidak saya.... hanya seorang marhain, tak punya apa-apa, tak punya siapa-siapa....

 

Maka dek kerana itulah saya tersentuh dengan “perasaan” seorang Husam Musa, dalam “misi mustahilnya” menawan Putrajaya. Kerana saya pun sering merasakan perasaan yang sama... Hingga tiap kali selepas solat, saya tidak pernah lupa mendoakan mutarabbi saya. Doa moga Allah bantu dakwah saya. Doa moga Allah perteguhkan hati mutarabbi-mutarabbi saya. Doa moga Allah pertaut dan perikatkan hati-hati kami. Semoga mereka kelak sedar potensi yang ada dalam diri mereka. Dan semoga mereka cepat mendewasa, agar mereka kemudiannya dapat membimbing saya pula...

 

 

 

p/s:- mereka-mereka yang “hebat” mungkin tak kan pernah memahami perasaan ini. Tapi buat mereka-mereka yang senantiasa rasa kerdil di dalam dunia D&T ini; “tak cukup baik”, “tak cukup ilmu”, “tak pandai cakap”, dan yang lain seumpamanya, anda tentu faham perasaan ini. Maka jadikanlah pemikiran sebegini sebagai motivasi untuk anda tetap berbuat, biarpun penuh dengan kelemahan-kelemahan, biarpun penuh dengan kekurangan-kekurangan, biarpun penuh dengan ketempangan-ketempangan...

 

 

Bila non-Muslim pun menyayangi ulama’...

 

Janganlah pulak gerakan Islam menjauhkan lagi mereka dengan meng”eksklusif”kan Islam kepada Melayu, dan hanya Muslim yang boleh memerintah mereka...

 

 

Assalamu'alaikum

 

Keluarga kami merai dan mengalukan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami; Abdul Qayyum Farhan yang hadir sejak 6.52pm pada tanggal 15 April 2013 (Isnin). Semoga menjadi pewaris zuriat yang melanjutkan legacy dakwah di dalam keluarga besar kami. Amin.

 

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

(Surah Al-Baqarah [2]:128)

 

 

 

Friday, April 19, 2013

UPs and DOWNs

 

Kesopanan dan Kesusilaan

 

Gambar di atas ditangkap di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya. Gambar yang sama turut dipampangkan di JPN Salak Tinggi, bahkan saya percaya turut dipampangkan di semua JPN seluruh Malaysia.

 

Mereka menyatakan bahawa kod etika berpakaian itu, adalah selaras dengan Prinsip Rukun Negara yang kelima: Kesopanan dan Kesusilaan.

 

Maka, artis tempatan yang berpakaian seksi dan “berani mati”, kemudian mengatakan bahawa cara ia berpakaian adalah hak peribadinya, adalah orang yang tidak memahami Rukun Negara, maka tidak layak untuk menjadi warganegara.

 

Bukan saya kata, JPN (secara qias) yang kata...

 

Saturday, April 6, 2013

Kereta

Saya tidaklah fanatik mana-mana parti. Malah, saya juga tidak pernah mendaftar untuk menjadi ahli bagi mana-mana parti politik. Saya hanyalah seorang rakyat marhain yang cenderung kepada kebenaran, keadilan dan what’s best for Islam. Maka, saya akan sokong apa-apa usaha baik yang dilakukan atau diketengahkan baik oleh pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang. Dan saya juga tidak bersetuju dan mengkritik apa-apa yang saya kira tidak baik, baik dari Kerajaan mahupun Pembangkang.

 

Malah, saya juga percaya sikap fanatik dan hizbiyyah adalah antara punca utama merebaknya kibr di dalam tubuh masyarakat, lantaran Nabi Sallallahu ‘alaihi wassallam menyatakan kibr yakni ego itu sebagai batrul haq wa ghamtun nas (menolak kebenaran dan melecehkan manusia). Apabila berdepan dengan padangan yang berbeza, ia tidak akan melihat hujah pihak lain dengan adil, malahan ia akan terus menyerang peribadi orang tersebut (character assassination). Dan perbuatan sebegini tidak sekadar dilakukan oleh parti-parti politik, malahan juga oleh gerakan-gerakan Islam. Seolah-olah hanya pihak mereka yang dijanjikan Syurga oleh Allah Azza Wajalla, dan seolah-olah sahabat-sahabat Nabi dan imam-imam mazhab tidak pernah berbeza pandangan dengan mereka.

 

 

Oleh yang demikian, saya menyambut baik pengumuman atau manifesto kerajaan yang berhasrat menurunkan harga kenderaan. Syabas dan tahniah buat PM ku tersayang, DS Najib Razak! I Love PM!

 

 

 

 

Wednesday, April 3, 2013

[Serial Kepolitikan]: Merenung Sejenak Tragedi Perang Jamal

Pada tahun 36-Hijrah, berlakulah sebuah peperangan yang kita kenali dalam sejarah sebagai Perang Jamal. Perang Jamal adalah salah satu peristiwa penting di dalam sejarah umat Islam. Ini kerana, ia justeru merupakan sebuah tragedi, yang menyaksikan terkorbannya sahabat-sahabat besar Nabi Sallallahu ‘alaihi wassallam seperti Az-Zubair Radhi’allahu ‘anhu dan juga Thalhah Radhi’allahu ‘anhu. Perang yang menyaksikan orang Islam di bawah pimpinan Sayyidina Ali Radhi’allahu ‘anhu di satu pihak, serta orang Islam juga di bawah pimpinan Saydatina Aisyah, Az- Zubair dan Thalhah Radhi’allahu ‘anhum di pihak yang satu lagi.

 

Tahukah kalian punca sebenar tercetusnya Perang Jamal? Atau, dalam lain perkataan, atas alasan apa sekumpulan orang-orang yang beriman, yang bilangannya sekitar 1,000 atau 900 pasukan berkuda di bawah pimpinan Saydatina Aisyah, Az- Zubair dan Thalhah Radhi’allahu ‘anhum berangkat menuju ke Basrah? “Menuntut atas tertumpahnya darah Utsman,” sepakat ketiga-tiga sahabat besar baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wassallam itu menjawab, atau, dalam lain perkataan menuntut perlaksanaan hukuman Qishas dilaksanakan terhadap para pembunuh Saydina Utsman ibni Al-Affan Radhi’allahu ‘anhu, Khulafa Ar-Rasyidin yang ketiga. (rujuk Al-Hafizh Ibnu Katsir, “Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung” (Tartib wa Tazhib Al-Bidayah wa An-Nihayah), Darul Haq ms. 590-598)

 

Satu masa dahulu, apabila disebut tentang Negara Islam, pantas orang akan menyebut ianya adalah Negara yang mana melaksanakan undang-undang Islam, iaitu Hudud dan Qishas. Seiring dengan mendewasanya gerakan-gerakan Islam dan juga parti-parti Islam, seruan tentang pelaksanaan Negara Islam ini bertukar dengan penampilan slogan “Negara berkebajikan.” Bukan hanya Parti Islam di Malaysia yang menukar slogan sebegini, malahan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia turut menggunakan pendekatan yang serupa, lantaran Islam is not just about hukum, hukum, dan hukum. Islam juga adalah kebajikan. Keadilan. Nilai-nilai yang baik. Dan dengan pemahaman Islam yang sebegini, Islam akan lebih kelihatan rahmatan lil ‘alamin di kaca mata umat manusia berbilang bangsa dan agama seluruhnya.

 

 

Malangnya, ada pula sebilangan aktivis Islam, menganggap penukaran pendekatan yang tidak lagi lantang menyebut Islam dengan Hudud dan Qishas ini, sebagai penyimpangan terhadap prinsip, atau dipermain atau diperkudakan oleh puak-puak Kafir dan liberal, atau merupakan proksi kepada mereka, dan pelbagai lagi tohmahan dan tuduhan lain yang mereka lemparkan.

 

Ini mengembalikan ingatan saya kepada Perang Jamal ini. Isunya mudah: kami mahu Qishas! Hukum cepat pembunuh Saydina Utsman! Bawa para penjenayah yang zalim itu (para pembunuh Utsman) ke muka pengadilan! Maka ternyata tuntutan para sahabat besar ini sangat berasas, apatah lagi ia berlaku di zaman generasi terbaik di dalam batang tubuh umat Islam –itulah para sahabat- yang masih hidup dan berjalan di muka bumi ini.

 

 

Lalu, kenapa Saydina Ali Radhi’allahu ‘anhu “Mc Donno” (make don’t know) terhadap tuntutan ini? Apakah kerana Saydina Ali kurang Islamik? Atau, demi kuasa, beliau melalaikan hukum-hakam yang wajib dilaksanakan di dalam Islam? (Dan ingat, memang ada pertuduhan yang mengatakan demikian, malah mengaitkan Ali di balik konspirasi pembunahan Saydina Utsman) Mari kita renungkan jawapan Saydina Ali Radhi’allahu ‘anhu terhadap tuntutan ini. Kata At-Tabari di dalam Tarikh At-Tabari:

 

“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bukannya jahil tentang apa yang kamu semua tahu. Namun apa yang boleh aku lakukan terhadap suatu kaum yang menguasai kita dan kita tidak mampu menguasai mereka…

(Mohd Asri Zainul Abidin, “Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w.: Antara Ketulenan Fakta dengan Pembohongan Sejarah (Edisi Kedua),” Pustaka Yamien Sdn. Bhd. ms. 112)

 

Ini juga mengingatkan saya terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap Umar bin Abdul Aziz, konon beliau tidak reti berpolitik. Ini kerana putranya sendiri, Abdul Malik pernah “sound tepat” Sang Khalifah ini, dengan mengatakan; “Mengapa Ayahanda tidak melaksanakan urusan-urusan ini? Demi Allah, saya tidak peduli, meskipun periuk-periuk akan mendidih kerana aku dan engkau dalam membela kebenaran,” begitulah kata pemuda yang penuh taqwa dan keberanian, yang tidak menghendaki melainkan ayahanda itu segera menyelesaikan kezaliman dan kerusakan sekaligus, tanpa ditunda-tunda mahupun bertahap, biar apa pun yang harus terjadi.

 

Lihatlah, dan renungkanlah jawapan Sang Khalifah yang lurus lagi ahli fiqih yang mujtahid ini:

 

“Wahai Anakku, janganlah engkau tergesa-gesa! Sesungguhnya Allah telah mencela khamar lewat Al-Qur’an sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Jika aku memaksakan kebenaran kepada manusia dengan sekaligus, aku khawatir mereka akan menolaknya sekaligus pula, sehingga hal ini menjadi fitnah.”

(Dr. Yusuf Qardhawi, “Fatwa-Fatwa Kontemporer Jilid 2,” (Hadyul Islam Fatawi Mu’ashirah), Gema Insani Press ms. 1040-1041)

 

Apakah ada Muslim atau gerakan Islam di zaman moden hari ini, yang sanggup mengatakan bahawa mereka lebih Islamik atau lebih berwibawa, berbanding dua insan agung –yakni Saydina Ali dan Umar bin Abdul Aziz- ini? Apa yang mereka berdua katakana itu, justeru merupakan sebuah refleksi terhadap pemahaman mendalam mereka terhadap Islam, kerana Islam dari sudut bahasa, tidak sekadar bermaksud As-Salam (selamat dan sejahtera) atau As-salamah (suci bersih) semata-mata, malah ia juga berasal dari perkataan Sullam, yang bermaksud “tangga”, kerana Islam itu bermakna tadarruj yakni bertahap (rujuk “Manhaj Tarbiyah PK Sejahtera,” Media Insani ms. 48)

 

Mempunyai pemimpin-pemimpin –terutamanya Anggota Parlimen dan ADUN- di kalangan Muslim, apa lagi jika mereka Muslim yang berwibawa, tentunya menjadi impian kita semua. Namun, di sebalik keghairahan dan cita-cita murni kita ini, kita harus realistik, sedar diri, dan berpijak di bumi yang nyata. Kalau Saydina Ali dengan segenap kekuatan dan ketokohannya, dengan beliau masih dikelilingi sahabat-sahabat besar Nabi Sallallahu ‘alaihi wassallam, namun masih mengambil kira situasi semasa hingga meninggalkan pelaksanaan Qishas terhadap para pembunuh Saydina Utsman lantaran merasa tidak cukup kekuatan di saat ketika itu, atau Umar Abdul Aziz yang namanya masyhur lagi harum di dalam lipatan sejarah, namun tidak tergesa-gesa menguat-kuasakan kebenaran sekaligus, maka umat kita yang masih ketinggalan berbanding dengan Non-Muslimnya baik dari sudut akademik, ekonomi malahan banyak hal lain lagi, dan hanya mendahului dari segi penghuni pusat senti, atau wanita hamil luar nikah, atau pakar-pakar rempit (mat rempit) dan lain-lain hal negative lagi, maka apakah benar kita tidak memerlukan sokongan dan undi Non-Muslim?

 

Apakah benar kita sudah cukup kuat dan cukup gah hingga berhak berkata apa-apa, tanpa mempedulikan tanggapan Non-Muslim terhadap kita, apakah mereka akan makin menyampah, makin membenci dan makin menjauh dari kita dan keindahan Islam seluruhnya? Apatah lagi dengan nisbah Melayu yang hanya lebih sedikit nisbahnya berbanding yang non-Melayu, berbanding nisbah Muslim yang jauh lebih dominan di Mesir, atau Palestin, atau Indonesia, namun tidak pula mereka mengambil pendekatan yang tidak mempedulikan non-Muslim di tempat mereka.

 

 

Marilah kita kembali merendah, betapa kita masih belum cukup besar, dan masih memerlukan orang lain, seperti yang dikatakan ikhwah-ikhwah PKS, yang baru saja perform dalam Pemilu 2004, namun tetap merendah saat terjadinya peristiwa Tsunami di Acheh.

 

Adakah ini gambar HAMAS satu saff dengan golongan liberal?