Saya sering kali berpesan kepada “adik-adik” saya tentang peri-pentingnya mengambil tahu hal ehwal semasa. Apa ertinya anda mengkritik hebat kezaliman yang berlaku di Palestin, atau Myanmar, atau Syria, sedang kezaliman di depan mata, di tanah airmu sendiri, anda tidak tahu, tidak sedar bahkan tidak ambil peduli pun? Orang yang clear pemahamannya, ia tidak akan pernah redha dengan ketidak adilan, hatta di mana pun ia berlaku. Baik di depan mata, baik di tanah airnya, bahkan di seberang sana, selamanya ia tidak bisa duduk diam melihatkan kezaliman dan kebatilan berleluasa Tapi sebahagian orang yang berarak berdemonstrasi isu Palestin dan Syria pula, belum tentu ia memahami isu, boleh jadi ia hanya imma’ah (ikut-ikutan), atau diarah oleh pimpinan gerakannya. Hingga wajar ia pun terkadang bisa bersekongkol dengan kezaliman dan kebatilan di hadapan mata.
Orang yang tidak ambil tahu isu semasa, akan membawa akibat seperti yang kita lihat hari ini: aktivis dakwah tapi berkompromi dengan thaghut dan kezaliman. Tapi, masyarakat yang mengambil peduli isu mutakhir persekitaran mereka, akan jadi seperti masyarakat Turki –yang begitu obsess dengan berita- hingga sedikit demi sedikit, perlahan dan perlahan, masyarakt Turki sedang membebaskan tanah air mereka daripada “berhala” Sekularisme.
Kerana itulah, para penuntut ilmu sejati, mereka sering terkehadapan berbanding yang lain-lainnya. Ini kerana mereka –para penuntut ilmu ini- mempunyai apa yang dikatakan oleh Mutanabbi: “orang-orang yang mempunyai pandangan.” Orang-orang yang mempunyai pendirian. Dan mereka totally opposite dengan masyarakat yang cuba dibina oleh para penguasa thaghut: masyarakat yang hanya “listen! Listen! Listen!” Maka benarlah kata wise man: “to become a leader, is to become a reader.”
Saya sangat kagum lagi respect kepada sahabat saya, Dr. Syed Al-Hafiz. Daripada kembara menuntut ilmunya, kepada pembacaannya yang pelbagai; dari karangan-karangan ulamak-ulamak salaf seperti Ibnu Qayyum Al-Jauziyah, kepada tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Ustaz M.Anis Matta, tentu sikap penuntut ilmu sejati yang ada pada dirinya inilah yang mendorong keterbukaan jiwa dan keluasan pikiran yang ada di dalam dirinya. Inilah yang menjadikan saya seronok mengikuti taujihat yang dikongsikan di dalam blognya (mindaislah.blogspot.com).
Kemarin (semalam), beliau bahkan menjemput saya untuk memberikan sedikit taujih. Saya tentunya segan padanya, lalu berpesan agar ia memanfaatkan tokoh-tokoh yang sudah ia kenali, agar saya juga boleh tumpang sekaki meraih manfaat daripada tokoh-tokoh ini. LIhatlah sendiri sikap penuntut ilmu sejati ini: biarpun ia lebih hebat berbanding diri ini, sikap tawadhuk dan rendah diri sentiasa mengiringi dirinya, biarpun sudah berkenalan dengan beberapa nama tokoh besar tanahair kita. Bukan seperti sebahagian yang “syok sendiri” dan perasan hebat; kehebatan mereka diiringi rasa sombong dan besar diri, bukan tawadhuk dan rendah hati. Semuanya kerana ia confinekan dirinya dengan pemikiran sebahagian kelompok, sedang para penuntut ilmu sejati membebaskan diri mereka daripada fanatisme kekelompokan (hizbiyyah).
Menurut saya, penuntut ilmu seperti sahabatku Dr. Syed Al-Hafiz inilah yang selayaknya menjadi pemimpin masa depan, dek keluasan ilmunya dan positif sikapnya, persis respon positif yang diberikan media Indonesia kepada Ustaz M. Anis Matta yang dilihat mereka tidak sekadar tercipta untuk Partinya sahaja yakni Partai Keadilan Sejahtera, malahan layak untuk untuk memimpin Indonesia. Maka, saudaraku Syed Al-Hafiz menepati kelayakan itu: to become a leader is to become a reader. Di atas kriteria inilah seorang pemimpin harus dipilih, bukan dilihat atas aktiviti berpersatuannya semata-mata.
Semoga Allah menganugerahkan kepada umat ini dan kepada dakwah ini lebih ramai tokoh muda sepertinya.
No comments:
Post a Comment