Asalnya saya tidak mahu memaparkan gambar ini. Khuatir pembaca akan ingat saya ta’sub dengan PAS, lalu segala pandangan yang saya lontarkan adalah terbina di atas neraca ta’sub, fanatisme dan hizbiyyah. Namun, terus-terang saya katakan, kata-kata Husam Musa di atas begitu menggoncang jiwa saya, dan begitu menyentuh sanubari saya, sehingga akhirnya saya memilih untuk mengkongsikannya di sini.
Ini kerana, seperti Husam, saya sendiri apabila datang ke sesuatu tempat, saya tidak ada sesiapa.... maka kerana itulah saya berharap para mutarabbi saya itulah untuk menjadi sahabat saya. Lalu saya tidak menganggap mereka sebagai “anak murid” yang harus diajar oleh “Aku Sang Guru”, atau sebagai “jundi” yang hanya perlu dengar dan taat pada “Aku Sang Komandanmu”... tidak! Wallahi, tidak!
Saya sedar apabila saya datang ke tempat mereka, saya bukan siapa-siapa, saya juga tidak ada sesiapa..... saya hanya ada Allah sebagai tempat saya mengadukan kelemahan, kesedihan dan harapan saya. Lalu saya senantiasa memandang mereka –para mutarabbi saya- sebagai “rakan seperjuangan” saya. Yang harus saya hormati kehidupan mereka. Yang harus saya berbincang mendapatkan pandangan mereka. Yang harus saya setia mendengarkan luahan hati dan segala musykilah dan qadhaya mereka. Kerana sekali lagi –saya bukan siapa-siapa, saya juga tak punya siapa-siapa- saya hanya ada Allah, dan mereka untuk sudi menjadi teman seperjuangan saya.
Dan saya percaya dan berdoa, betapa mereka punya potensi besar dan luar biasa untuk memimpin ummah ini ke arah keredhaan Ilahi, insyaAllah. Saya hanyalah seorang “abang” yang tak henti-henti menasihat dan memotivasi agar mereka sedar potensi luar biasa yang mereka miliki. Dan kelak, ketika mereka telah mencapai “prime” mereka, puncak potensi mereka, mereka pulalah yang akan menjadi pimpinan saya, mereka pulalah yang akan menjadi guru saya.
Kerana itulah saya kurang berkenan dengan sesetangah duat yang treat mutarabbi mereka seumpama orang bawahan mereka. Iyelah... mungkin duat itu memang orang hebat lagi sempurna. Tetapi tidak saya.... hanya seorang marhain, tak punya apa-apa, tak punya siapa-siapa....
Maka dek kerana itulah saya tersentuh dengan “perasaan” seorang Husam Musa, dalam “misi mustahilnya” menawan Putrajaya. Kerana saya pun sering merasakan perasaan yang sama... Hingga tiap kali selepas solat, saya tidak pernah lupa mendoakan mutarabbi saya. Doa moga Allah bantu dakwah saya. Doa moga Allah perteguhkan hati mutarabbi-mutarabbi saya. Doa moga Allah pertaut dan perikatkan hati-hati kami. Semoga mereka kelak sedar potensi yang ada dalam diri mereka. Dan semoga mereka cepat mendewasa, agar mereka kemudiannya dapat membimbing saya pula...
p/s:- mereka-mereka yang “hebat” mungkin tak kan pernah memahami perasaan ini. Tapi buat mereka-mereka yang senantiasa rasa kerdil di dalam dunia D&T ini; “tak cukup baik”, “tak cukup ilmu”, “tak pandai cakap”, dan yang lain seumpamanya, anda tentu faham perasaan ini. Maka jadikanlah pemikiran sebegini sebagai motivasi untuk anda tetap berbuat, biarpun penuh dengan kelemahan-kelemahan, biarpun penuh dengan kekurangan-kekurangan, biarpun penuh dengan ketempangan-ketempangan...
Jazakallah akhi... Perkongsian yg sgt2 baik dan ana amat2 setuju.
ReplyDelete