Followers

Wednesday, April 13, 2011

[sms]: Bayaran Ceramah

Satu pagi, sms saya bergetar. Mesej yang masuk lebih kurang begini bunyinya;

 

“akhi, pihak XXX tanya, berapa bayaran yang biasa akhi kenakan untuk berceramah”

 

Pihak XXX menjemput saya, atas kapasiti sebagai seorang Engineer, untuk memberikan ceramah berkenaan bidang yang saya ceburi (engineering) kepada sekumpulan adik-adik. Terima kasih kepada pihak XXX di atas concern tentang masalah bayaran. Saya tidak hairan jika pihak XXX begitu mengambil berat soal bayaran ini, kerana saya pernah terlibat dalam sebuah mesyuarat sebuah gerakan Islam, yang antara lain membincangkan perihal program dan budget untuk menjayakan program. Dan antara yang dibudgetkan, termasuk bayaran kepada penceramah, yang justeru merupakan ahli gerakan Islam itu sendiri.

 

Saya jadi tertarik dengan kata-kata seorang tokoh yang saya ambil di sini (http://www.facebook.com/notes/drmazacom/dunia-penuh-kelucuan/191432747567219 ), bunyinya;

 

"pada hari aku memulakan dakwah ini, aku tidak pernah terfikir suatu hari aku akan diberikan habuan kerananya.”

 

 

Maka, saya pun menjawab sms itu seperti berikut:-

 

“wslm. Ckp kat XXX, jurutera professional diajar utk. berkhidmat kpd masyarakat (community service), bkn meminta bayaran”

 

 

 

7 comments:

  1. jawapan yg sungguh mantap, ya ustaz...

    hehe...

    mendalam bebenor tuh...

    *pada hari saya mula di-DF, tak pernah percaya bahawa ada lagi individu2 pada hari ini yang bekerja dengan penuh komited dan tak mengharap sedikitpun bayaran sebagai habuan bg setiap pengisian yang disampaikannya...

    syahdu2...

    ReplyDelete
  2. Am,

    Jangan salah paham. Sebetulnya ana selalu gak menerima bayaran bila bagi ceramah formal ni. Tapi isu adalah, sebenarnya tak yah bayar pun takpe. Di satu sisi, inilah kebaikan orang kita yang tahu menghargai penceramah. Tapi di sisi lain, ana masih berpandangan penceramah "part time" tak perlulah dibayar.

    Ini pandangan peribadi ana. Ramai kawan-kawan ana yang tak terlibat dalam gerakan Islam berpandangan sebaliknya, bahkan menyatakan adalah suatu penghinaan jika penceramah tidak penerima bayaran yang diberikan penganjur.

    Kesimpulan: kalau penganjur beri, ambillah. Tapi untuk ana, penganjur tak perlulah susah-susah beri bayaran kepada ana. apa ertinya ana jadi engineer, dapat gaji, tapi bila nak berdakwah, dapat bayaran pulak.

    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. salam akhi,

    ana stj dgn komen akhi..kalo dah ada keje hebat2, infaqkan harta utk dakwah,

    tp kalo dia full time penceramah, adalah wajar diberi bayaran, krn dia juga ada keluarga utk ditanggung, juga biaya2 lain..

    sbnrnya..mereka2 ini yg tidak meminta bayaran walhal sgt memerlukan utk biaya hidup harus gerakan2 islam teliti kebajikannya..

    bagi yang bekerja profesional, sediakan saguhati (mgkn dalam bntk buku2)sudah memadai rasanya, bukankah dakwah itu pengorbanan ...

    bekerjalah utk dakwah... kerana dakwah itu patut lebih kaya dari pejuangnya..
    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bertemu engneer yang tak pernah meminta bayaran atas sms yang di balas.. ^^

    ReplyDelete
  5. faham!

    jkk...

    lama tak jumpa ustaz. lawat2 blog utk ubat kerinduan..

    (^^,)V

    ReplyDelete